Assalamualaikum


Hari ni Marsha nak share sikit tentang persediaan Marsha buat masa Anith nak masuk darjah satu 3 tahun lepas. Opkos la Marsha rasa excited, risau, happy kiranya begelumang rasa dalam hati ni. Boleh ke Anith nanti dan banyak lagi bermain di fikiran seorang ibu yang 1st time anak nak masuk sekolah walaupun hanya sekolah rendah. Faktor yang lain pula ialah kakak Anith akan bersekolah di SJKC itulah juga yang buat hati ibu ni bercampur baur rasanya.

Disember| Persediaan Sekolah untuk Anak-anak


Tak dinafikan mostly parents akan mula membuat persediaan seawal bulan Disember sebab masa tu lah ada sale kembali ke sekolah. Betul kan? Marsha pun tak terkecuali juga sebenarnya. Kalau lambat nanti semua saiz dah sold out payah pula. Dah la kakak Anith ni tinggi saiz masa tu seperti kebanyakan kanak-kanak lain. Kalau lambat-lambat memang kakak Anith pakai yang adalah jawabnya nanti...hahahaha

Ok ni beberapa list yang Marsha buat untuk keperluan Kakak Anith. Every year mesti buat sebab Kakak Anith ketinggian dan saiz kaki setahun akan bertambah 2 saiz sehingga hujung tahun. Cepat betul seketul Kakak Anith ni membesar. Ok jom kita tengok list:

  • Pakaian

  1. Baju Sekolah
  2. Kasut Sekolah
  3. Stokin
  4. Tudung putih sekolah
  5. Camisole
  6. Serkup putih
  7. Stokin Putih
  • Alat tulis
  1. Pensel 2B 
  2. Pemadam
  3. Kotak pensel
  4. Sharpener
  5. Pensel Warna
  • Beg Sekolah
  • Buku Teks, Buku Tulis dan Buku Kerja (Sekolah bagi dengan bayaran yuran. Buku teks dapat pinjaman. Alhamdulillah.
  • Purse kecik (untuk isi bekal duit ke sekolah)
Rasanya itu je yang Marsha beli semasa Kakak Anith masuk darjah satu. Baju sekolah dan tudung Marsha beli sesiap 5 pasang. Kira sehari 1 pasang sebab takut xsempat nak menyental. Tudung tu beli borong je sesiap. Kasut Marsha beli 3 pasang masa tu ada sale gudang kat KL dapat kasut barbie cantik-cantik lagi. Stokin pun 5 pasang sebab stokin ni selalu banyak hilang. Tak sanggup den nak mencari...hahahaha. Brand yang Marsha suka beli ialah brand school sebab kain dia cantik yang licin tu. Senang nak sental dan gosok...hihi. Oh ya, walaupun ke SJKC, Marsha tak belikan Kakak Anith pinafore risau sebab semek ni ganas...hahaha

*semek=che mek

Kakak Anith bersama Marsha dan Encik Hubby

Untuk alat tulis tu Marsha beli banyak sesiap buat stok sebab jenis seketul Kakak Anith ni suka 'derma' alat tulis...hihihi. Pagi bawa pemadam besar balik tinggal sebesar kerikil sebab kongsi potong bagi kawan...hadoiii. Pensel hari-hari hilang....radar pun tak jumpa..hahahaha. Beg sekolah masa tu suka Barbie & Princess so Marsha layankan aje. Hari ke3 beg dah berlubang nak oii. Pakai lah beg berlubang tu sampai akhir tahun. Ibu jahitkan tutup lubang. Harga RMxxx juga tap tak tahan. Tahun kedua pun jadi yang sama. Tahun ke3 terus banned...hahaha. Beli beg sekolah kat popular jenama Pop Kids. Tapi walaupun harga 2 kali ganda tapi setahun elok macam baru dah siap jatuh bergolek dari tingkat 3 pun steady je. So tahun ni jimat tak perlu beli beg sekolah. (untuk tahun 2018)

Jadi itu je persiapan simple Marsha. Yang mana boleh jimat kita jimatkan. Marsha tak nak ajar anak mewah setiap tahun belikan yang baru. Biar dia rasa susah juga. Tapi baju sekolah dan kasut memang kena beli 2 saiz setiap tahun terutamanya kasut. Kalau tak sakit kaki dia. Baju sekolah dah senteng sikit pun pakai je habiskan tahun...hihi.




Marsha
Part Time Blogger Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018