Assalamualaikum



Hari ni Marsha nak kongsikan produk kecantikan jenama Safi yang Marsha pasti semua pernah dengar dan ada yang memang pengguna setia pun. Betul tak? Rangkaian produk Safi ni ada bermacam-macam dari remaja hingga ke pengguna yang agak berumur. Umur Marsha dah 35 tahun. Jadi memang perlukan skincare untuk melambatkan penuaan. Kita tak boleh mencegah atau mengelak penuaan tapi kita boleh melambatkan penuaan dengan teknologi terkini. Ok kali ni Marsha nak kongsikan rangkaian baru Safi Rania Gold iaitu rangkaian antipenuaan lengkap dengan kehebatan teknologi Beetox baharu.


Safi Rania Gold | Tawan Daya Muda dengan Teknologi Beetox Baharu



Safi Rania Gold Beetox Teknologi dengan Kotak Blink2
Ok Marsha juga adalah antara pengguna Safi terutamanya Safi Rania Gold kerana ia membantu Marsha untuk kekal awet muda walaupun umur makin bertambah. Betul kadang-kadang kita nampak lebih tua dari umur sebenar kerana banyak faktor seperti stress, persekitaran dan banyak lagi. Orang-orang tua kata yang asik masam je nanti mudah kedut. Ada relevannya tau...hihi. Apa yang ada dalam kotak blink-blink tu??

Rangkaian Antipenuaan dengan Teknolgi Beetox
Ok ini adalah produk Safi Rania Gold baru iaitu diperbaharui dengan formulasi Teknologi Beetox dan Bio Nano Gold 24K agar kulit tampak anggun muda secara kekal dengan sel pemulihan kulit pada kadar kulit remaja. Produk di dalam pic tu terdiri dari kiri Pembersih Wajah (Royal Jelly), Esen Emas Keremajaan (Honey), Eliksir Keremajaan ( Beetox & Propolis) dan Krim Pelembap Siang (Propolis). Kandungan yang terdapat dalam rangkaian produk Safi Rania Gold Teknologi Beetox ni ialah: 

  1. Nano Gold 24K - Meyerap kedalam lapisan dermis dan merangsang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus malah mampu mengurangkan kadar kedalaman kedutan dengan lebih ketara.  
  2. Honey - Merupakan pelembap semulajadi untuk mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan dan kehalusan kulit.
  3. Royal Jelly- Kaya dengan 20 jenis asid amino, vitamin dan mineral untuk pembaharuan kulit dan menenangkan kulit yang stress dan tidak bermaya.
  4. Propolis - Merupakan antioksidan semulajadi yang melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal.
  5. Bee Venom - Kulit menegang seolah-olah bertindakbalas terhadap sengatan lebah. Hasilnya kulit menjadi lebih anjal.

Dalam rangkaian Safi Rania Gold Teknologi Beetox ni ada pelbagai produk dan mempunyai 5 langkah dalam penjagaan antipenuaan ini iaitu:

  1. Membersih| Pembersih Solekan (Honey), Pembersih Wajah (Royal Jelly), Gel Pembersih Wajah (Honey), Pembersih Wajah Lembapan Mendalam (Honey & Royal Jelly), Skrub Wajah (Propolis)
  2. Menyegar| Penyegar (Honey), Semburan Booster & Penyegar (Royal Jelly), Esen Emas Keremajaan (Honey)
  3. Merawat| Serum Konsentrasi 50x (BEETOX & Propolis), Eliksir Keremajaan (BEETOX & Propolis)
  4. Melembap| Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR (Propolis), Krim Pelembap Malam (Royal Jelly)
  5. Menyeri| Krim CC SPF37PA++IR (Royal Jelly), Masker Keremajaan (Royal Jelly), Krim Kecantikan (Honey)
Setiap produk mempunyai kelebihan masing-masing dan kita boleh sesuaikan penggunaan dengan beberapa produk yang sesuai dengan masalah kita. Untuk masalah Marsha, Marsha hanya guna empat jenis produk dalam rangkaian Teknolgi Beetox ni iaitu:

Pembersih Wajah (Royal Jelly)| Membersih


Pembersih Wajah|Royal Jelly

Formulasi Micro-Foam dan agen antioksidan membersih secara mendalam.

Esen Emas Keremajaan (Honey)| Penyegar



Mengunci lembapan sehingga 24 jam dengan Hyaluronic Acid serta menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya.


Eliksir Keremajaan ( Beetox & Propolis)| Merawat



BEETOX, Nano Gold 24k & Vitamin C meningkatkan keanjalan 3 kali, merawat pada lapisan epidermis dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan



Krim Pelembap Siang (Propolis) | Melembap




Melembap dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan sinaran UVA, UVB & InfraRed (IR)

Hebat kan produk Safi Rania Gold yang ditambahbaik dengan Teknologi Beetox ni kan? Hasilnya dengan penggunaan Safi Rania Gold dengan Teknologi Beetox ni terbukti secara klinikal kulit menjadi lebih anjal, kehalusan kulit meningkat, pemulihan tona kulit dan pengurangan kedutan dari responden yang berumur 25 - 35 tahun yang menggunakan produk ini secara konsisiten selama 14 hari atau lebih. Pigmentasi kulit juga memudar dengan ketara dengan penggunaan konsisten selama 2 bulan dengan penggunaan set Safi Rania Glod Teknologi Beetox dengan eliksir keremajaan secara berterusan. Jadi rangkaian produk Safi Rania Gold dengan Teknologi Beetox ni bukan sahaja untuk antipenuaan malah untuk antipigmentasi juga.

Berminat nak cuba? Nak dapatkan dimana? 
Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama seperti watson, guardian dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari: 

Facebook SAFI: www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI: @safimalaysia 
 Youtube SAFI : www.youtube.com/safimalaysia.


#SafiRaniaGoldBeetox



Selamat Mencuba!!!


Marsha Part Time Blogger 
Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018