Assalamualaikum



Ni bukan tips parenting ye...Marsha ni suka je buat eksperimen. Eksperimen kali ni ialah tengok movie bersama baby 2 bulan di TGV Cinema Family Friendly. Memang sebelum ni selalu je masuk FF bersama Anith cuma kali ni nak cuba bersama Baihaqi pula. Jadi semalam dah ada lagi movie Thor Ragnarok dan memang teringin nak tengok jadi kami cuba bawa baihaqi untuk bersama-sama layan movie.


Thor Ragnarok| Bersama Bayi 2 Bulan


Thor Ragnarok


Semalam bila tengok Thor Ragnarok masuk Family Friendly cinema TGV, Marsha cuba ajak hubby menonton movie ni. Kebetulan movie ni masuk FF punya cinema. Memang sesuailah untuk kitaorang yang ada baby kecil ni. Buat yang belum tahu, TGV Cinema ada satu cinema khas untuk ibu bapa bawa anak-anak kecil. Ia dikenali sebagai Family Friendly Cinema. Khas buat keluarga nak mempunyai anak-anak kecil kira family time juga. Apa kelebihan FF Cinema ni??? Meh tgk pic bawah


Family Fiendly Cinema


Bagi parents yang ada anak-anak kecil yang sedang membesar memang sangat sesuai. Bawa anak tgk kartun dengan senang hati. Biasalah anak-anak ni semangat inkuiri tinggi jadi FF cinema memang sangat sesuai. Untuk keluarga yang mempunyai baby macam Marsha ni siap disediakan meja khas untuk tukar diaper. Senang kan? Just bawa susu je untuk bekalan. Kelebihan yang ada pada FF cinema ini memang sangat friendly untuk keluarga.

Dari segi harga tiket pula, harga dewasa ialah RM10 dan paling best tiket untuk kanak-kanak jauh lebih murah dan jimat iaitu RM5. Murah kan? Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak ramai umur antara 4-11 tahun boleh bawa anak-anak tonton movie kegemaran dengan happy. Memang FF cinema ni jadi pilihan Marsha bila bawa anak-anak tonton movie sebab rasa selesa. Seronok tengok anak-anak parents lain yang tanya itu ini masa movie ditayangkan. Biasanya setakat Marsha menonton movie memang seronok sangat.

Harga Tiket FF

Review dengan Baby Baihaqi berumur 2 bulan


Alhamdulillah our mission success walaupun bawa Baihaqi tengok Thor Ragnarok. Tak sangka juga Thor Ragnarok masuk FF Cinema. Berpeluanglah Marsha tengok. Dalam FF Cinema Baihaqi boleh layan lena. Kekadang ada tengok screen sebab movie kan ada pergerakan. Menangis?? Ada menangis sebab lapar susu je. Dah kenyang diam kembali dia dalam lenanya...hihi. Tapi Thor ada sambungan lagi rupanya!!


So lepas ni berderet list movie untuk kami sekeluarga tengok. Biasanya banyak kartun. Kalau cerita adult baru abah dating dengan ibu...hihi. Yang terdekat ni Coco & Paddington lah dalam wishlist nak tengok...hihi.


Untuk maklumat lanjut tentang Family Friendly Cinema ni:

Layari : TGV Malaysia

Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018