Seimbangkan Hormon dengan FEMINGRA



Assalamualaikum



Hari ni Marsha nak kongsikan sedikit informasi yang sangat penting bagi wanita macam Marsha tambahan lagi yang sudah berkahwin. Mesti korang pernah dengar salah satu masalah yang 'common' di kalangan wanita iaitu masalah hormon tidak stabil atau juga dikenali sebagai ketidakstabilan hormon. 

Ketidakstabilan Hormon 


Bagi wanita yang sudah berkahwin, masalah ketidakstabilan hormon ini akan membawa kepada masalah sukar untuk hamil. Marsha pasti dan tahu bila sudah berkahwin kita mesti nak merasa mengandung, bersalin dan menimang cahaya mata sendiri. Dengan masalah ketidakstabilan hormon ini ia akan menjadi salah satu punca kepada masalah sukar hamil. Ini disebabkan ketidakstabilan hormon akan menyebabkan pengeluaran telur yang berkualiti berkurang. 

Masalah ketidakstabilan hormon ini adalah masalah yang sangat umum. Ini terjadi kerana berpunca dari gaya hidup dan pola makan yang tidak sihat. Walaupun nampak tidak terlampau serius, tetapi masalah ketidakstabilan hormon ini boleh mengganggu kesihatan. Dalam jangkamasa panjang pula wanita yang mengalami kekurangan hormon boleh menyebabkan kemandulan. Biasanya antara simptom yang biasa bila hormon tidak stabil ini ialah masalah haid yang tidak teratur. Ada kes yang datang haid 3 bulan sekali, ada yang setahun 3 kali dan banyak lagi.

Masalah ketidakstabilan hormon ini juga akan menyebabkan emosi yang tidak stabil, rambut gugur, masalah kekeringan faraj, kulit mudah berjerawat, libido seksual rendah, berpeluh lebih dari biasa dan berat badan naik mendadak selain dari masalah sukar hamil yang Marsha kongsikan diawal entri tadi.

Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti makan makanan seimbang dan juga bersenam, usaha sampingan juga perlu dilakukan oleh individu yang mengalami masalah ketidakstabilan hormon ini. Marsha juga telah mencuba satu produk yang membantu menyeimbangkan hormon Marsha iaitu FEMINGRA.


Seimbangkan Hormon dengan FEMINGRA


Apa dia FEMINGRA ni?|Untuk pengetahuan korang FEMINGRA ini adalah satu produk yang dirumus khas daripada 100%  sumber semulajadi yang organik. FEMNGRA ini mengandungi 8 bahan organik dan terbukti dalam membantu meningkatkan libido dan tahap kesuburan wanita. Pada awal entri tadi Marsha dah sebut tentang LIBIDO kan? Apa pula dengan LIBIDO ni ye?

Menurut Wikipedia.org LIBIDO bermaksud dorongan seks atau nafsu untuk 'kegiatan seksual' seseorang secara menyeluruh. Jadi FEMINGRA ini telah dirumus khas untuk wanita yang sudah berkahwin. Tetapi wanita yang belum berkahwin juga boleh amalkan kerana ia juga membantu dalam menyeimbangkan hormon. Ini kerana ketidakstabilan hormon bukan sahaja dialami oleh wanita yang sudah berkahwin malah yang belum juga.


FEMINGRA

Bahan Utama yang Terkandung Dalam FEMINGRA | FEMINGRA mengandungi 8 bahan organik yang dirumus khas untuk membantu dalam masalah ketidakstabilan hormon dan untuk meningkatkan libido wanita. Paling menarik ia diperkayakan dengan agen perangsang hormon terbaik iaitu Debunga Pain (Pain Pollen). Apa menariknya dengan Pine Pollen ini?

1. Debunga Pain (Pine Pollen) | Pine Pollen ini boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan manafaat pelbagai jenis vitamin dan mineral yang terkandung didalamnya seperti Vitamin A, B-Karotena, B1, B2, B3, B6, Asid Folik, Vitamin  D dan E. Selain itu ia juga mengandungi pelbagai mineral termasuk kalsium, iron, Mangan, Magnesium, Molybdenum, Fosforus, Potasium, Selenium, Silicon, Sodium dan Zink. Pine Pollen ini juga mengandungi lebih dari 20 asid amino dan kesemua 8 asid amino penting. Dan ia bermaksud adalah protin lengkap.

Pine Pollen adalah trend terkini dalam superfood dan ia juga adalah agen anti penuaan. Jadi dengan mengamalkan FEMINGRA ini dalam masa yang sama kita boleh awet muda. Best kan?? Pine Pollen juga membantu dalam pemulihan keinginan seksual dan menyeimbangkan hormon yang tidak stabil. Selain juga Pine Pollen ini berfungsi untuk mengembalikan stamina dan kecergasan serta mencegah penyakit.



2. Buah Markisa | Dikenali sebagai 'Buah Cinta' yang kaya dengan nutrisi, mineral dan vitamin yang baik untuk kesihatan badan seperti Vitamin A, Vitamin C, Riboflavin, Niacin, zat besi, Magnesium, Fosforus, Potasium, zink, fiber dan protin. Ia juga mengandungi kandungan antioksida yang tinggi dan membantu meningkatkan peredaran darah.  Tambahan pula ia juga membantu melancarkan pencernaan, merangsang dan memperkuatkan sistem imun tubuh dan juga tulang.




3. Horny Goat Weed (Epimedium) | Epimedium atau lebih dikenali sebagai Horny Goat Weed telah terbukti digunakan secara tradisional untuk meningkatkan kejantanan mental dan fizikal. Bagi wanita, Epidium adalah alternatif yang baik untuk merangsang libido dan daya seksual wanita. Selain itu, ia juga menggalakkan aliran darah dan membantu mengimbangi hormon semasa PMS atau menopause. Epidium mengandungi 'icariin' yang membantu mengurangkan gejala menopause yang menyerang wanita yang telah berusia.




4. Akar Maca | Ia mempunyai reputasi yang cukup lama kerana ia menjadi afrodisiak yang hebat. Akar maca ini boleh membantu mengimbangi hormon seks dan juga meningkatkan keinginan seksual dan rangsangan. Penyelidik mendapati bahawa ekstrak akar maca membantu melaraskan gejala menopause seperti panas badan, gangguan tidur, berpeluh ketika malam dan kemurungan. Kajian juga menyokong penggunaan tradisional akar maca ini sebagai perangsang kesuburan wanita terutama keupayaannya untuk meningkatkan hormon lutienizing serum dalam kelenjar pituitary. Hormon ini dikaitkan dengan kesuburan dan faktor-faktor lain dalam badan.




5. Manjakani | Manjakani atau nama lainya 'Oak Gall' adalah bahan yang sememangnya ramai dah tahu keberkesanan dan fungsinya sangat polular dikalangan wanita sendiri. Ia berfungsi untuk mengetatkan tisu dalaman wanita. Ia berfungsi untuk menegangkan kulit dan mengetatkan tisu dalaman faraj wanita. Manjakani dianggap sebagai kandungan yang membantu untuk masalah faraj atau prolaps rahim, gejala pendarahan rahim tidak normal, masalah keputihan dan masalah lendiran tidak normal pada faraj. Ia juga sering digunakan untuk menhapuskan bau yang kurang menyenangkan di kawasan kemaluan dan juga membantu menegangkan payudara.




6. Tribulus Terrestris | Salah satu herba dari alam semulajadi yang menakjubkan. Ia membantu dalam meningkatkan prestasi seksual dan sensitiviti wanita dengan pantas bagi kebanyakan wanita. Ia juga didapati membantu mengurangkan gejala menopause seperti panas badan, kemurungan dan ketidakstabilan emosi. Penggunaan Tribulus Terrestis secara konsisten semasa menopause boleh membantu mengawal insomnia, tekanan darah tinggi, cepat marah dan kehilangan minat seksual.




7. Pueraria Mirifica | Para penyelidik di Thailand mendapati Pueraria Mirifica mengandungi sebatian dipanggil miroestrol yang membantu melegakan gejala menopause. Ia juga telah dibuktikan mampu merangsang nafsu seks dan juga boleh meningkatkan kelembapan faraj. Melalui kajian, pengambilan Pueraria Mirifica ini dapat meningkatkan saiz payudara dan mengurangkan kemunculan kesan selulit. Ia juga membantu melembapkan kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen serta memberi kesan awet muda kepada yang megamalkannya.




8. Habbatus Sauda | Dikenali sebagai jintan hitam dan juga amat popular dikalangan kita pada masa kini. Banyak produk juga menggunakan Habbatus Sauda sebagai kandungan dalam produk. Ia membantu mengawal kitaran haid , mengawal intensiti kitaran bulanan dan mengawal masalah penghadaman. Ia juga adalah pelembap yang baik untuk kulit dan rambut dan telah didokumentasikan untuk ciri-ciri anti radang yang membantu badan mencegah penyakit. Ia juga mengandungi antioksidan yang sangat tinggi untuk melindungi tubuh dari radikal bebas.





Bagaimana Femingra Membantu Wanita?

  • Kaya dengan pelbagai nutrisi, mineral dan kandungan vitamin termasuk antioksidan.
  • Membantu melancarkan sistem pencernaan dan meningkatkan peredaran darah.
  • Makanan tambahan unggul untuk anti-penuaan, keseimbangan hormon, dan meningkatkan kesuburan.
  • Mengetatkan tisu dalaman wanita serta mengelakkan pendarahan rahim, keputihan dan lendiran yang abnormal.
  • Membantu mengawal pendarahan dan intensiti kitaran bulanan serta mengatasi masalah penghadaman.
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan semulajadi, mengurangkan stress serta mengawal insomnia.
  • Melegakan gejala menopause, melembapkan kulit serta menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi tubuh.

Cara Penyediaan FEMINGRA


Untuk menyediakan secawan minuman FEMINGRA ini semudah ABC. Ini kerana ia disediakan dalam bentuk sachet untuk memudahkan kita bawa ketika travel atau outstation. Jadi senang je bawa sachet dan ia juga menjimatkan ruang. 

Sedap rasa Femingra ni


  • Bancuh sepeket FEMINGRA di dalam 120 ml air sejuk atau air suam.
  • Minum sehari sekali sebelum makan pada waktu pagi atau tengahari. Tidak digalakkan diambil pada waktu malam.
  • Untuk kesan yang optimum 'consume' FEMINGRA ini konsisten selama 90 hari untuk melihat kesannya. Walaubagaimanapun kesan penggunaan dapat dikesan seawal 7 hari penggunaan.

Apa kata Pengguna FEMINGRA?









Maklumat Lanjut Tentang FEMINGRA


Website:
Maxwellhealth

Facebook:
FEMINGRA

Instagram:
@maxwellhealthymy


Email:
info@maxwellhealth.com.my

Alamat:

MAX WELL HEALTH SDN BHD (1187418-K)

21-1, Jalan Cempaka SD12/2, 

Bandar Sri Damansara,

52200 Kuala Lumpur.

Tel: 012-326 3304


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

7 Comments

  1. Bagus Femingra ni. Mereka yg bermasalah patut cuba...

    ReplyDelete
  2. tengok ingredients semua bagus2.. elok buat supplement..

    ReplyDelete
  3. Sedapkan kak femingra ni. Banyak khasiat pulak tu. Puas hati sangat dengan femingra ni

    ReplyDelete
  4. macam-macam khasiat ada. Sesuai untuk wanita yang pentingkan kesihatan dalaman. Tak salah untuk mencuba keserasiannya.

    ReplyDelete
  5. Sedap ni cikgu, boleh gantikan jamu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us