Assalamualaikum


Apa khabar semua rakan-rakan alam maya Marsha? Para pembaca blog Marsha? Harap semua sihat ya di musim hujan panas hujan panas ni. Bagi yang ada anak-anak yang masih bersekolah atau anak-anak kecil waktu gini lah kena 'extra care' sebab anak-anak akan mudah dijangkiti selsema, batuk dan juga demam. 

Waktu cuti sekolah lepas, anak-anak 24/7 ada bersama kita jadi kita boleh pantau kesihatan anak-anak setiap masa. Bila sekolah dah mula buka, ini adalah cabaran terbesar ibu-bapa. Anak-anak akan mudah terdedah dengan penyakit. Mungkin juga dari persekitaran dan juga jangkitan dari rakan-rakan yang dijangkiti demam,selsema atau batuk. Bila tiada pertahanan dan protection, anak-anak kita akan mudah dijangkiti penyakit. Macam juga anak Marsha, Kakak Anith. Kat rumah dia alhamdulillah jarang selsema dan bersin. Bila dah masuk sekolah ni bermula lah episod 'runny nose' dia. Kadang-kadang sampai berlanjutan walaupun dah bagi makan supplemen seperti multivitamin dan vitamin c. Sebab persekitaran di sekolah dengan kawan-kawan yang mungkin ada yang tidak sihat. Lagi satu Marsha perasan dia mungkin juga ada alahan terhadap persekitaran yang tidak bersih.

Ada satu lagi penyakit berjangkit iaitu HMFD iaitu penyakit Kaki, Tangan dan Mulut. Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HMFD) ini adalah penyakit jangkitan kanak-kanak dibawah umur 10 tahun. (kanak-kanak dibawah 10 tahun lebih cenderung dijangkiti). Macamana kita nak tahu ia adalah penyakit HMFD? Anak-anak akan mengalami lepuhan berisi air yang muncul ditangan, kaki dan dalam mulut. Kalau anak-anak dijangkiti memang rasa kesian sangat sebab ianya sakit. Selain itu juga, tekak dan tonsil akan membengkak dan membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan lampin (diaper) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri lepuhan kecil. Biasanya penyakit ini akan mengambil masa 5-7 hari untuk sembuh. Tapi dalam masa itu mesti sangat kesian dekat anak-anak jika dijangkiti. Marsha sangat risau dah takut jika Kakak Anith dijangkiti penyakit HMFD ini disekolah. Sebab gejala dia seperti selsema biasa. Tanda dan gejala menunjukkan anak-anak dijangkiti atau mengidap penyakit HMFD ialah anak- anak akan demam, sakit tekak, hilang selera makan, sakit kepala dan ada lepuhan kecil di bahagian tangan,kaki dan mulut. Jadi jika ada gejala tersebut terus bawa anak ke klinik ya. 

Setakat ni alhamdulillah Kakak Anith ok. Biasa jika anak-anak dijangkiti penyakit HMFD ini akan di kuarantin untuk mengelakkan dari menjangkiti yang lain. Jadi ibu bapa kena alert supaya jika ada gejala ini terus kuarantin anak-anak ( tidak hantar anak ke sekolah atau nursery) dan juga kuarantin di dalam bilik untuk mengelakkan anak-anak menjangkiti anak-anak yang lain. Sebab penyakit HMFD ni akan rasa sakit akibat lepuhan dan sebagainya. Jadi ibu bapa alert ya...😍😍. 

Disebabkan peka dengan penyakit berjangkit terutamanya selsema atau kita panggil 'runny nose' ini, Marsha telah mencuba satu produk yang sangat bagus sebagai 'protection' anak-anak kita. Ia adalah berbentuk spray dan bukan untuk sapu atau makan. Nak tau apa produk yang Marsha guna? Jom kita teruskan baca 

THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™, Pelindung Anak-Anak di Abad 21

THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™, inilah produk yang Marsha guna untuk kakak Anith, Baihaqi dan juga seluruh keluarga. Produk ini bukan untuk kita sapu atau makan tau. Uniknya penggunaannya ialah diaplikasi secara semburan di tempat tidur, baju, mainan dan sebagainya. Boleh buat ala-ala perfume gitu. Menarik kan? Jadi tak perlu 'apply' direct ke kulit dan bahagian badan lain. Ok jom baca lanjut tentang produk THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™ ini.

THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™ bersaiz poket senang untuk travel

Tentang THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™

THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™ adalah nyahjangkit 'berkuasa tinggi' yang direka khas untuk membantu ibu-ibu menyediakan pertahanan atau antibodi secara menyeluruh untuk anak-anak mereka dengan menghapuskan 99.9 % virus penyakit berjangkit.

Cara semburan yang di aplikasikan oleh THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™ adalah penyelesaian yang cepat, namun tahan lama untuk permukaan yang tidak bersih. Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman dan patogen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari. Lama kan?? THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™ adalah rekaan yang sangat sesuai pada abad 21 ini. 

THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™ datang dengan satu tiub panjang bersaiz kecil yang sesuai untuk dibawa travel hanya masukkan dalam handbag sahaja atau dalam laci meja serta merupakan pembasmi kuman secara berulang dan jangkamasa lama untuk memastikan anak-anak kecil bebas dari penyakit berjangkit.

THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™  juga tanpa alkohol, selamat untuk kulit PH 5.5 , terbukti secara klinikal dan juga tiada bahan kimia berbahaya.

Bila anak sihat automatik anak akan ceria. Dengan THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™ Marsha dapat bagi pertahanan untuk Baihaqi


Fungsi THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™

Seperti yang Marsha jelaskan sebelum ini, THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™ berfungsi sebagai pelindung dan pembasmi kuman dari virus penyakit berjangkit seperti HMFD dan juga selsema. Jadi ia adalah salah satu usaha kita untuk mencegah anak-anak dari dijangkiti virus penyakit berjangkit. Mengikut kajian yang telah dijalankan, THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™ ini terbukti dapat membunuh 99.999% virus Enterovirus yang menyebabkan penyakit HFMD dan juga virus H1N1.

Jadi dengan penggunaan THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™ ini, kita akan dapat mencegah anak-anak dari dijangkiti virus-virus yang menyebabkan penyakit berjangkit HFMD dan juga H1N1. Anak-anak akan lebih sihat dan ceria. 

Cara Penggunaan Thymos Anti HFMD/Flu Spray

THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™ adalah penyelesaian 'revolutionary' yang memberikan perlindungan jangkamasa panjang selama 10 hari. Dengan teknologi dan aroma yang terbukti secara klinikal yang menghasilkan elektron dan anion 'bacteriostatic' untuk membentuk perisai sepanjang hari. Beberapa cara penggunaan yang di cadangkan seperti:

Cara Penggunaan THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™


Revolutionary AirShield Technology dari UK

THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™  menggunakan teknologi dari UK iaitu Revolutionary Airshield Technolgy. Teknologi ini menghasilkan elektron dan anion 'bacteriostatic' untuk membentuk perisai sepanjang hari untuk anak-anak kita. Mengikut teknologi ini, ia membebaskan ion negatif dan membuat pertahanan untuk kita sepanjang hari dari virus penyakit berjangkit.

Ia juga menjana atau menghasilkan elektron 'bacteriostatic' yang kuat untuk membentuk perisai yang tidak kelihatan dengan mata kasar, tidak berbau pada permukaan yang disembur dan melemahkan patogen atau virus dengan serta merta serta menyihatkan kulit. Ia juga menghasilkan Anion untuk melindungi udara dari dijangkiti virus dan patogen serta pertahanan.

Uniknya teknologi ini memberikan perlindungan yang tahan lama sehingga 10 hari.

Pengalaman Marsha dengan 

THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™ 


Marsha telah menggunakan THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™  selama seminggu dan sangat berpuashati dengan hasil selama penggunaan selama seminggu ini. Setelah dapat THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™  ni Marsha terus spray di beg sekolah dan juga alat tulis kakak Anith. Selain dari itu juga Marsha spray di pemegang motosikal suami, mainan baihaqi dan juga tempat tidur. Tak lupa juga Marsha spray di baju sekolah dan baju kerja setiap pagi untuk kesan yang lebih efektif. Suami dan anak-anak Marsha ni senang kena flu mungkin dari virus flu yang menyerang.

Setelah seminggu menggunakan THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™  ini, Marsha dapati kakak Anith dah tak selsema dan 'runny nose' lagi. Dah tak ada sesi bersin bersambung-sambung. Suami pun bagitau rasa segar je badan. Baihaqi yang sedang selsema dan batuk pun dah mula ok. Tiada yang lebih gembira bila yang tersayang sihat seperti biasa. Dengan aplikasi secara spray Marsha rasa lebih yakin dan juga senang dibawa kerana ia bersaiz poket. Sangat ringan tapi berkesan. Sekali semburan boleh tahan selama 10 hari tau. Marsha sangat happy bila anak-anak mendapat perlindungan dari THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™  ini.

Jadi buat kawan-kawan yang berminat dan ingin mencuba, boleh cuba demi kesihatan keluarga. Bila badan sihat, kita pun happy. Betul tak??

Bagaimana Untuk Dapatkan THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™?

Kawan-kawan boleh dapatkan secara esklusif di semua rangkaian Guardian di Malaysia dan juga maklumat lanjut seperti di bawah:

Website:

Official Website Thymos

@

Boleh buat belian direct di: 


Thymos

Malaysian Distributor


Enapak Marketing


Emel :


info@thymos.uk


Facebook :





Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018