Assalamualaikum

Jerawat adalah satu masalah kulit yang biasa dialami oleh 99% orang di dunia termasuk lelaki dan perempuan. Cuma perbezaan antara individu ialah serius atau tidak masalah jerawat tersebut. Jerawat akan naik bila kulit wajah kita tidak bersih dan juga liang pori tersumbat. Marsha pasti semua akan rasa tidak selesa bila jerawat mula 'menetap' di kulit wajah kita kan?? Nampak kemerahan, bernanah, sakit dan akhir sekali akan meninggalkan parut yang jelas di kulit wajah kita.  Bila ada parut ia akan menjejaskan kulit wajah dan ini membuatkan individu menjadi kurang yakin pada diri sendiri.


Pelbagai treatment yang dibuat terutamanya facial untuk mendapatkan kulit yang bebas jerawat. Tetapi harga sekali treatment agak mahal tapi demi mendapatkan kulit yang bebas jerawat ni ramai yang sanggup berhabis duit di pusat-pusat kecantikan. Namun kini ada penyelesaian tanpa berhabis wang ke pusat-pusat kecantikan. Hanya dengan penggunaan 14 hari berturut-turut dapat membanteras jerawat yang beraja di kulit wajah tanpa meninggalkan parut-parut degil. Dalam masa yang sama memberikan kelembapan kepada kulit. Nak tau lebih lanjut? Jom baca entri Marsha ni sampai habis tau.| Cabaran Bebas Jerawat Selama 14 Hari Bersama Eucerin ProACNE Solution



Cabaran Bebas Jerawat Selama 14 Hari Bersama Eucerin ProACNE Solution | Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment


Baru-baru ni Marsha telah menyahut Cabaran Bebas Jerawat Selama 14 hari Bersama Eucerin ProACNE Solution. Marsha telah mencuba salah satu produk dari rangkaian Eucerin ProACNE Solution iaitu Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment, pelembap yang dirumuskhas oleh Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia untuk kulit berminyak dan berjerawat . 


Tengok!! Stress betul bila jerawat muncul


Jadi jika sebelum ada krim jerawat yang digunakan boleh menghilangkan jerawat tapi telah membuat kulit jadi kering tapi tidak dengan Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni. Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment  adalah pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat atau nama pendeknya pelembap anti-jerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit. Menarik bukan? Menghilangkan jerawat dan dalam masa yang sama memberikan kelembapan pada kulit. Sebelum Marsha mengulas lanjut jom kita tengok serba sedikit tentang Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment  ini.

Tentang Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment


Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment
Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon* dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:


Sepuluh peratus Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;
● Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;
● Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.


Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment

Ia digunakan sebagai antara rutin harian sebelum tidur atau sebahagian dari regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam untuk result yang terbaik. Kerana pada waktu ini kulit rest dan Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment  akan bertindak dengan lembut.

Bila mengetahui sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak Marsha rasa bersemangat dan menyahut Cabaran Bebas Jerawat Selama 14 Hari Bersama Eucerin ProACNE Solution!! Tak sabar nak tengok hasilnya pada Marsha...💕



Pengalaman Menggunakan Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment selama 2 Minggu ( 14 Hari)


Marsha menerima produk Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ini pada 09 Mac 2018 dan terus buat unboxing...punyalah excited kan.


Kemudian pada 11 Mac 2018 Marsha bermula dengan Cabaran Bebas Jerawat Selama 14 Hari Bersama Eucerin ProACNE Solution sebab jerawat mula muncul dah. Pada malam pertama Marsha apply Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni rasa best je. Sebab teksturnya ringan dan tak terasa pun macam pakai apa-apa dekat muka. Kebetulan jerawat naik agak besar di bahagian dagu. Esoknya bila bangun rasa lembut sangat. Marsha tidak sapu pada jerawat je tau. Marsha sapu keseluruhan wajah sebab ia bukan sahaja bertindak untuk 'nyahkan' jerawat tapi melembapkan kulit pada masa yang sama. Pelembap anti-jerawat kan namanya..💖

Tekstur ringan Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment


Cabaran 14 hari Marsha tamat pada 24 Mac lepas dan Marsha dapati jerawat sudah kecut dan jerawat lain pun tak naik berjemaah sebab Marsha sapu ke seluruh wajah. Jadi selain kecutkan yang ada, ia juga membasmi jerawat lain yang plan nak naik kat muka Marsha...sian dorang sebab Marsha dah protect sesiap...hahahahaha. Jadi inilah video pendek Marsha khas untuk semua yang nak tahu perubahan Marsha menggunakan Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ini.




Nampak tak 'Cik Jerr' dah clear?? Alhamdulillah syukur sangat sebab diberi peluang mencuba Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ini dan dapati ia nya serasi dengan Marsha. Kulit mati pun dah kurang sekarang. Jadi sekarang ni Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment menjadi pilihan pertama Marsha untuk nyahkan jerawat dan juga dapatkan kulit yang sihat. Kawan-kawan juga perlu cuba mana tau serasi dengan kulit dan memberikan kesan positif. Tak cuba belum tau kan? Bila dah cuba terus fall in love macam Marsha...hihi

Sebelum & Selepas 14 Hari guna Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment


Cara Penggunaan Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment


Marsha Sangat Gembira dengan hasil selepas menggunakan Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment


Cara penggunaan Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment sangat simple. Jom kita tengok..



Senang je kan? Hanya apply sehari sekali selepas cuci muka dan sapu keseluruh wajah dengan amaun yang kecil. Just sapu dengan lapisan yang nipis sahaja. Teksturnya yang ringan tak menganggu waktu tidur Marsha. Untuk lebih kesan yang terbaik sambil sapu sambil buat urutan muka yang simple.


Terima Kasih Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment!!!
Berminat nak join juga Cabaran Bebas Jerawat Selama 14 Hari Bersama Eucerin ProACNE Solution ni? Jom la korang join...simple je caranya..hanya melalui dua langkah mudah:


Langkah Pertama: Ambil gambar kulit anda pada Hari Pertama dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari 

Langkah Kedua: Poskan gambar “sebelum dan selepas” anda dan kongsi pengalaman anda menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE

Cabaran ini bermula pada 1 April 2018 - 30 Jun 2018 jadi memang sangat sempat untuk korang join challenge ni sebab ia akan bermula beberapa hari lagi. Boleh klik Page Facebook EucerinMY untuk baca terms and conditons sebelum memulakan cabaran yang best ini..😍

Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RM5,000, manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap seorang. Best kan??

Juga boleh dapatkan produk Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment di farmasi di seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Juga ada produk lain dalam rangkaian ProACNE Solution juga telah dipakaging dengan pakaging baru. 

Untuk maklumat lanjut tentang keseluruhan rangkaian Eucerin ProACNE Solution ini boleh rujuk maklumat di bawah:


Website: Eucerin Malaysia


Facebook: EucerinMY


* Jerawat komedon merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu pengguna yang mengalami masalah jerawat.

Marsha

Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018