Assalamualaikum..


Annyeong Haseyo!!

Entri kali ni bernada K-Pop sedikit selepas merasai dan seterusnya jatuh cinta kali pertama dengan rasa kemanisan dan rasa kepedasan yang bergabung 'da bomb' dalam satu gigitan. Last week Marsha berpeluang merasai aura K-Wave dari Domino's yang menyediakan beberapa menu yang pasti terangkat sesuai untuk Bintang Samyeang Terbaru Domino's. Setelah tular dengan mee segera samyeang yang pedas dan manis ia menjadi satu ilham kepada Domino's untuk memperkenalkan bukan 3 tapi 4 sajian baru bertemakan K-Wave.

Sedap tau Pizza Samyeang Domino's



Manis Pedas dalam Satu Gigitan Bintang Domino's Pizza| Samyeang Pizza & Kepak Ayam Haseyo!!


Sampai arini masih terasa kombinasi manis pedas yang sebati dalam satu gigitan. Fuh memang terangkat!! Domino's telah memperkenalkan sajian Pizza Samyeang terbaru juga Kepak Ayam Haseyo yang menjadi tular seperti tularnya artis-artis K-Pop.


Teruja dengan Hero dan Heroin Korea Domino's


Domino's telah menawarkan 3 pilihan Pizza Samyeang iaitu Pizza Tuna Samyeang, Pizza Ayam Samyeang dan Pizza Daging Samyeang.  Setiap hidangan ini telah dicipta khas dengan kombinasi rasa pedas manis yang unik. Bila Marsha rasa tengok ketiga-tiga sajian ni pada kali pertama, tunas rasa Marsha tak sabar-sabar nak merasai ketiga-tiga sajian Pizza Samyeang yang enak di depan Marsha ni. Pilihan crust New York yang terbaik lagi memberikan impak yang maksimum pada tunas rasa Marsha. Memang umphh dengan rasa sos nya yang unik.

Pizza Tuna Samyeang


Pizza Daging Samyeang
Pizza Daging Samyeang


Domino's juga telah memperkenalkan Kepak Ayam Haseyo, kepak yang telah dibakar sempurna dengan lapisan luar yang disaluti sos sedap Samyeang. Saat mengigit kepak ayam Haseyo seperti telah berada di Seoul. Sangat menikmati kaedahnya...hihi. Tapi memang sedap tak cukup rasanya satu sajian untuk Marsha seorang...hihi.

Kepak Ayam-Haseyo


Sajian terbaru Pizza Samyeang dan Kepak Ayam-Haseyo boleh didapati di semua rangkaian Domino's Pizza dari 26 Februari 2018. Limited offer tau sebab aura K-Wave akan diperkenalkan dalam waktu yang limited. Jadi kalau nak cuba jangan tunggu lagi, kalau habis putih mata...hihi.

Untuk mendapat nilai yang lebih baik lagi, korang boleh memesan 2 Pizza Deal dan menikmati Pizza Samyeang terbaru dengan lebihan cheese. Harga yang ditawarkan adalah daripada RM33 untuk 2 pizza bersaiz regukar, RM55 untuk 2 pizza bersaiz besar dan RM77 untuk pizza bersaiz Ekstra Besar. Berbaloi kan? Untuk setiap hari SELASA, Domino's menawarkan tawaran harga serendah RM3.90 untuk tempahan dalam talian/online dan RM4.90 untuk tempahan kaunter bagi saiz personal bagi tawaran SUPER TUESDAY.

Jom Cuba K-Wave Terbaru Domino's


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pizza Samyeang Domino's Pizza, Kepak Ayam-Haseyo dan promosi terkini, kunjungi DOMINO'S Online. Jom kita layan video K-Wave Pizza Samyeang ShowDown  jom!!




p/s: Semua sajian di Domino's adalah di bakar (bake) bukan di goreng (fry). Jadi ia rasa lebihhh enak...💋💋


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018