Assalamualaikum


Hai korang!! Cuti sekolah ni ada jalan-jalan memana tak atau balik kampung? Marsha? Tak kemana kot sebab walaupun cuti sekolah, En Suami masih bekerja. Jadi kita bercuti-cuti di rumahku syurgaku aje lah ye...hihi. Tapi bukan lepak bermalasan dirumah tau. Kita buat lah aktiviti beriadah macam jogging, main sports atau cycling. Haa....bestkan spend masa macam ni bersama family kan? Cerita bab beriadah dan bersukan aktif ni Marsha nak share satu apparel iaitu hijab yang Marsha suka pakai semasa membuat aktiviti. Sesuai dengan Tagline 'Extra Light, Extra Cool' memang terbaik. Ok untuk berceloteh lebih lanjut tentang hijab ni meh baca | ICE Hijab dari MODGEAR| Ultra Light Extra Cool.

Tentang MODGEAR

Korang pernah dengar tak brand MODGEAR? Buat yang pernah dengar MODGEAR ni adalah satu brand yang mengeluarkan apparel 'Modest Active Wear'. MODGEAR telah merekabentuk 'active wear' yang praktikal, 'functional' dan mampu milik untuk muslimah moden. Jadi muslimah sekarang mempunyai pilihan apparel yang sesuai untuk gaya hidup aktif atau lebih mudah mempunyai pakaian aktif yang sesuai. 

ICE Hijab| Ultra Cool Extra Light


ICE Hijab adalah produk pertama MODGEAR yang direka khas sebagai hijab yang paling sejuk dan paling selesa berbanding yang lain. Dengan fabrik yang dikenali sebagai ICE, ICE Hijab mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Sangat ringan
  • Lebih sejuk
  • Pembebasan Haba
  • Anti Bau
  • Elastik
  • Lembut
ICE Hijab didatangkan dengan 3 warna yang menarik iaitu BIRU, HITAM dan KELABU.

ICE Hijab MODGEAR

 Komen Marsha Tentang ICE Hijab dari MODGEAR


Marsha telah mencuba ICE Hijab ni pada mulanya di rumah di depan cermin ala-ala syok sendiri....hahahaha. Marsha dapati ianya memang sangat ringan, lembut, elastik tapi tidak nipis. Ianya menutup dada, tidak rasa panas dan berat.Tapi dengan hanya mencuba dirumah ada beberapa situasi yang tidak 'valid' la kan sebab kita nak rasa jaminan yang telah dijanjikan oleh MODGEAR.

Sangat best bila pertama kali cuba dirumah


Jadi Marsha mencuba ICE Hijab ni semasa jogging bersama suami dan anak-anak ditaman. Disebabkan ini adalah HARI PERTAMA Marsha jogging selepas berpantang bersalin anak kedua, jadi Marsha hanya habiskan larian sejauh 600 meter ( 1 pusingan taman). Alhamdulillah mampu jogging sampai 1 pusingan taman dan juga berpeluh.


Marsha jogging sambil tolak stroller baby...hihi


Semasa jogging, Marsha dapati tudung tidak terselak dan masih terletak seperti pada awal Marsha sarungkan ICE Hijab. Masih berasa ringan walaupun di kawasan kepala, muka dan tengkuk sudah mengeluarkan peluh jantan...hahaha. Peluh pula telah diserap dengan pantas sebab Marsha tak rasa panas. Kalau kita rasa panas, bermakna peluh belum kering kan? Rasa nyaman dan sejuk je sebab ICE Hijab ni menggunakan material kain yang sejuk. Ia juga berfungsi untuk pembebasan haba dengan pantas.

Bergaya dengan ICE Hijab dari MODGEAR


Bila sampai dirumah, setelah siap bersihkan diri, Marsha cuba bau ICE Hijab yang Marsha pakai untuk jogging tadi dan suprise!!! TIADA BAU HAPAK atau BUSUK peluh Marsha tadi. Memang menarik sangat. Ni rasa nak tambah lagi ni....hihihi. Memang ia sesuai untuk muslimah moden yang aktif.

Jom layan LIVE Marsha di FB Marsha tentang ICE Hijab ni di SINI.

Bagaimana Nak Dapatkan ICE Hijab dari MODGEAR?

Korang yang berminat nak rasa sendiri pengalaman ICE Hijab keluaran MODGEAR ini boleh rujuk maklumat dibawah. Harga nya hanya RM49 sehelai termasuk postage di seluruh dunia. Paling menarik ianya ada jaminan 100% Any Day Money Back Guarantee (Boleh return balik bila-bila masa sahaja asalkan belum digunakan).  Berbaloi kan? Jom kita aktif bersama ICE Hijab dari MODGEAR.


Website: MODGEAR

Facebook: @MODGEAR

Instagram: @MODGEAR.CO



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018