Lazada Riang Ria Sales | Peluang Yang Tak Akan Dilepaskan

Assalamualaikum



Alhamdulillah dah masuk 17 Ramadhan. Bermakna tak lama lagi lebih kurang 2 minggu lebih kita akan berjumpa Syawal pula. Macamana persiapan raya korang? Marsha tahun ni simple-simple je persiapan tapi paling happy sebab dapat beraya bersama ahli baru famili kecil kami, Muhammad Iman Baihaqi. Walaupun persiapan simple, tetap rasa istimewa dengan cara kami sendiri. Chewahh!!

Cerita bab persiapan ni, Marsha nak share Lazada ada buat sales sempena raya ni iaitu Lazada Riang Ria Sales bermula 1 Jun 2018 hingga 4 Jun 2018. Memang Marsha tunggu saat ini sebab boleh grab barangan dengan harga yang tak masuk akal...hihi. Nak tau dengan lebih lanjut? Meh la baca entry Marsha sampai habis. Kata kunci dia sangat menarik. Jom baca Lazada Riang Ria Sales | Peluang Yang Tak Akan Dilepaskan

Lazada Riang Ria Sales | Peluang Yang Tak Akan Dilepaskan


Marsha mula shopping di Lazada ni pada tahun 2016. Kira 1st meet kitorang lah ni. Dan 'hubungan' ini terjalin lamanya sampai hari ini. Banyak dah hasil pancingan Marsha dan suami di Lazada ni. Bermacam-macam barangan dari pakaian, barangan rumah, barangan elektrik dan banyak lagi. Persiapan nak berpantang pun beli kat lazada...senang...hihi. Kepercayaan kami dengan Lazada Malaysia memang sangat utuh. Sebab tu kami masih setia bersama Lazada.

Lazada Riang Ria Sales ini berlangsung dalam tempoh yang terhad je tau. Ia berlangsung dari 1 Jun 2018 (semalam) hingga 4 Jun 2018. Jadi, hari ini ialah hari kedua Lazada Riang Raya Sales berlangsung. Marsha pasti ramai yang menunggu sales dari Lazada macam Marsha sebab sales dia memang kaw kaw punya. Rugi kalau lepaskan peluang tau.


Lazada Riang Ria Raya Sales 


Sempena Lazada Riang Raya Sales ini, ia lebih fokus kepada 'nikmat dikongsi bersama' sempena Syawal yang bakal tiba ini. Potongan sehingga 90% dan 0% GST tau. Best kan?? Sebanyak lebih dari 30 jenama antarabangsa menyertai Lazada Riang Raya Sales ini seperti ASUS, Watsons, Poney, LEVI'S, Siti Khadijah dan banyak lagi. Boleh tengok aplikasi atau web Lazada jenama yang menyertai Lazada Riang Ria Raya Sales ini.  Sangat menarik sebab kita mempunyai pilihan yang banyak untuk membeli-belah dengan potongan harga yang tidak masuk akal. Lazada Riang Raya Sales ini juga memberi peluang kepada kita untuk membeli-belah hadiah istimewa untuk yang tersayang macam Pak Lan dan Mak Ngah yang sweet dalam video dibawah. Terhibur pula tengok video dibawah ni...hihi




Sweet kan video tadi? Kasih sayang antara pasangan Pak Lan & Mak Ngah tak berbelah bahagi sanggup mengeluarkan wang ringgit yang agak banyak dan juga harungi kesusahan untuk keselesaan yang tersayang. Korang ada merancang nak bagi yang tersayang hadiah? Wajib dapatkan semasa Lazada Riang Ria Sales untuk lebih penjimatan. Nak cepat download aplikasi Lazada di telefon pintar korang tau.


Duit Raya Shakin's Deals di Aplikasi Lazada


Ini pun best tau khas buat pengguna aplikasi Lazada di telefon bimbit. Shake shake kalau bertuah akan dapat cash voucher sehingga RM50. Lumayan tu!! Lazada Duit Raya Shakin's hanya ada pada waktu tertentu iaitu jam 5.30 pagi, 12.30 tengahari & 9.30 malam. Jadi kena lah tunggu masa tersebut untuk shake-shake. 


Cara Bermain

Cara bermain Lazada Duit Raya Shakin's Deal sangat senang. Hanya ikuti cara berikut:

1. Download aplikasi Lazada dan log masuk.

2. Terus masuk ke laman utama yang memaparkan iklan Duit Raya Shakin's Deal dan tunggu di laman utama sehingga masa yang ditetapkan kemudian klik GO.

Laman Utama Aplikasi Lazada


3. Shake/ goncang setiap hari pada 5.30 pagi, 12.30 tengahari & 9.30 malam sahaja

Mudah kan cara nak bermain? Marsha sebenarnya belum cuba lagi sebab asik terlepas waktu je. Jadi Marsha dah siap-siap set alarm untuk ambil peluang shake shake esok hari...gigih betul..hihi.

Menariknya, kita diberi peluang maksimum lima (5) kali percubaan semasa sesi Duit Raya Shakin' Deals ini. Jadi usaha selagi boleh, betul tak? Terma dan syarat di Duit Raya Shakin' Deals Term & Condition.

Laman permainan Lazada Duit Raya Shakin' Deals di SINI untuk dapatkan cash voucher sehingga RM50. Wah kalau dapat syok la shopping dengan harga sale & dapat lagi less dari voucher yang dimenangi. Menarik kan?? Lazada Duit Raya Shakin' Deals ini berlangsung dari 22 Mei 2018 hingga 4 Jun 2018. Tak lama dah tau.

Jadi jangan lepaskan peluang join Lazada Duit Raya Shakin' Deals ini dan dapatkan cash voucher yang best. Hanya di aplikasi Lazada tau. Jom kita download kepada yang belum download lagi. 

Selain itu juga Lazada juga menawarkan Flash Sales, Lebih dari 600 Vouchers untuk diberikan, Deals on Raya Essentials and Buffet Buka Puasa, Bundles and Partners Exclusive Offers. Maklumat lanjut boleh terus ke web atau aplikasi Lazada Malaysia tau. Ingat beli online, Ingat Lazada ye.

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

5 Comments

  1. omg, dah lama tak shopping lazada, huahuahua.. nak kena shake shake pulak yer..

    ReplyDelete
  2. macam-macam ada...tak larat tengok....rambang mata..hehe

    ReplyDelete
  3. lazada best macam-macam ada. sampai tak tau nak pilih yang mana. hehehehe

    jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

    ReplyDelete
  4. tahun ni tak terjebak dengan lazada tapi iklan raya lazada best :p

    ReplyDelete
  5. tak prnh beli lg dkt lazada nie...takutt! takut duit habis..haha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us