Blueblue Playland Taman Trampolin Pertama di Ipoh


Assalamualaikum


Awal weekend cuti lepas Marsha berpeluang bawa anak-anak mengisi cuti sekolah  di Blueblue Playland yang lokasinya terletak di Gunung Rapat, Ipoh. Marsha baru tau rupanya ada playground indoor untuk kanak-kanak di Ipoh ni. Kebanyakkan playground yang ada tidak mesra bayi bawah setahun. Tapi Marsha teringin nak cuba sebab Blueblue Playland ini sesuai juga untuk bayi bermula dari 0 bulan hinga 15 tahun. Menarik kan? Baihaqi pula dah 10 bulan, jadi makin excited la Marsha nak bawa Baihaqi explore persekitaran yang baru bagi dia. Walaupun ianya untuk anak-anak sehingga 15 tahun sebenarnya ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Story lebih lanjut? Meh la baca sampai habis | Blueblue Playland Taman Trampolin Pertama di Ipoh.

Blueblue Playland Taman Trampolin Pertama di Ipoh

Blueblue Playland Ipoh Perak

Blueblue Playland telah beroperasi sejak 30 Januari 2017. Dah setahun rupanya dan lokasinya di MBC Gunung Rapat, Ipoh. Ia adalah playground indoor kanak-kanak yang terbesar di Ipoh. Keluasannya menjangkau 21,000 kaki persegi dengan empat peringkat permainan yang sesuai untuk seisi keluarga beraktiviti dari umur 0 bulan hingga 15 tahun. Nak kesana senang je korang cari bangunan MBC Gunung Rapat melaui waze dan akan jumpa satu bangunan yang ada Magicboo. Itulah tempatnya!! 

Bangunan MBC

Kemudian untuk parking korang kena ke bahagian belakang bangunan untuk masuk parking. Parking dia pun besar dan sangat selesa. Sebenarnya pada hari ini juga Blueblue Playland menganjurkan Blogger Gathering dan Marsha adalah salah seorang jemputan Blueblue Playland. Sangat bertuah rasa!!! 
Blogger Gathering

Kemudian akan nampak signboard Blueblue Playland dan naik lift ke tingkat 2. Memang dekat butang lift pun memang dah tertulis Blueblue Playland jadi korang tak kan tersesat. Bila buka pintu lift disambut dengan staff Blueblue Playland yang mesra dan guide kami untuk proses pendaftaran dan seterusnya. Sebelum masuk anak-anak Marsha perlu di cek suhu supaya sihat sepenuhnya untuk masuk ke dalam Blueblue Playland. Mereka memang sangat mementingkan kesihatan kanak-kanak disini. Oh ya, bayaran perlu di selesaikan sebelum masuk ke Blueblue Playland. Syarat untuk memasuki Blueblue Playland juga kena pakai stokin. Untuk kanak-kanak berumur 7 tahun keatas perlu pakai stokin yang dikhaskan untuk masuk Master Jump. Apa itu Master Jump? Baca sampai habis tau...hihi

Dalam Blueblue Playland ini sebenarnya terdiri dari 2 bahagian tempat yang berlainan iaitu Playland dan Master Jump. Playland boleh masuk dari umur 0 bulan hingga 15 tahun. Tetapi untuk Master Jump, hanya kanak-kanak berumur 7 tahun keatas sahaja dibenarkan masuk.

Blueblue Playland Indoor


Untuk Blueblue Playland, ia sesuai untuk bayi sehingga umur 15 tahun. Buat ibubapa yang teringin anak-anak kecil explore kat sini memang sesuai. Lantai yang lembut dan permainan yang tidak merbahaya sangat sesuai untuk anak-anak kecil meningkatkan penggunaan pancaindera mereka di sini. 


Tengoklah gelagat Baihaqi. Seronok betul dia.




Untuk program Blogger Ghatering ini ada tambahan aktiviti untuk anak-anak iaitu zumba. Sebelum mula zumba, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat aktiviti.

zumba

Selesai zumba, anak-anak membuat 4 aktiviti yang telah disediakan dari Blueblue Playland dan mengumpul markah untuk kumpulan. Kumpulan yang terbaik akan menerima hadiah hamper yang sangat bestt!! Mak mak pula jadi cheerleader anak-anak...hihi.

Sejajar dengan tema "Fun, Play and Learn", Blueblue Playland menekankan pentingnya perkembangan kanak-kanak yang termasuk kemahiran motor halus dan kasar, melek huruf, kemahiran sosial dan bahasa. Kanak-kanak belajar melalui bermain dan meningkatkan kemahiran pembangunan kanak-kanak dengan menyertai aktiviti yang menyeronokkan seperti Messy Art, Art Creative, dll. 

Biji kasia (ubat Cina) untuk kawasan bermain pasir juga meningkatkan badan kanak-kanak dan bermain deria. Seperti yang kita percaya dalam pembelajaran ini kaedah untuk kanak-kanak, oleh itu kami memperluaskan idea ini ke premis baru yang sangat banyak memberi tumpuan kepada kaedah pembelajaran baru ini.

Master Jump - Taman Trampolin Pertama di Ipoh

Setelah selesai aktiviti di dalam Blueblue Playland, aktiviti lebih extreme pula dijalankan dalam Master Jump dan ini melibatkan hanya anak-anak yang berumur 7 tahun keatas. Oleh kerana Kakak Anith berumur 10 tahun maka Kakak Anith boleh join game bersama kawan-kawan baru. Baihaqi?? Kena dok kat playland la adik...hihihi. Dalam Master Jump ini anak-anak digabungkan menjadi 2 kumpulan besar dan beradu kepantasan dan juga idea bagaimana nak susun kiub dengan hanya menggunakan tali. Tanpa guna tangan tau. Jadi disini perlu kerjasama antara kumpulan.



Setelah selesai aktiviti pertama dalam Master Jump ni, aktiviti kedua yang dijalankan ialah perlumbaan mengutip bulu tangkis pula. Jadi anak-anak perlu jump - climb - ambil bola tangkis dan kembali ke kumpulan masing-masing dan seterusnya sehingga habis masa diberi. Menarik juga bagi Kakak Anith kerana ianya pengalaman pertama.

Apa yang menarik dengan Master Jump ini? Banyak akiviti jumping yang boleh dibuat dalam Master Jump ni antaranya ialah jump sambil shoot bola masuk jaring dan sebagainya. Bagi Marsha, ia memang tempat yang menarik dan boleh hilang segalan stress yang ada tau...hihi

Master Jump

Selain taman permainan kanak-kanak dan taman trampolin yang menarik, bangunan MBC juga berfungsi sebagai arena sukan berorientasikan keluarga yang mempunyai mahkamah standard Olimpik untuk pencinta badminton (Master Badminton Club), persekitaran reka bentuk yang tinggi untuk aktiviti futsal tertutup (Master Kick) dan bagi mereka yang ingin menggilap atau belajar kemahiran bulu tangkis mereka, ada Lee yang eksklusif.

Badminton Court


Akademi Badminton Chong Wei yang menyediakan latihan badminton berdasarkan pengajaran modul yang diilhamkan dan dipandu oleh Datuk Wira Lee secara peribadi. Bagi BBP, ia menyediakan pelbagai aktiviti seperti acara korporat, lawatan sekolah, lawatan percuma OKU, pesta ulang tahun, aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan dan pertandingan mewarna. 

Raikan Majlis Harijadi di Blueblue Playland Bersama Birthday Boy & Girl Julai & Ogos!!



Aktiviti seterusnya ialah menyambut Hari Ulangtahun anak-anak bulan Julai & Ogos. Untung betul anak-anak yang lahir bulan Julai & Ogos boleh sambut hari ulangtahun sama-sama. Kakak Anith bulan Disember  & Baihaqi bulan September jadi kita jadi tetamu je...hihihi.



Blueblue Playland ni bukan hanya indoor park tapi juga boleh buat pelbagai sambutan disini.  Ada event hall yang disediakan khas untuk membuat event seperti sambutan Hari Jadi dan banyak lagi. Biasanya sambutan yang dibuat ialah Sambutan Hari Jadi. Meriah betul majlis sambutan harijadi yang dianjurkan oleh Blueblue Playland untuk anak-anak yang lahir pada bulan Julai dan Ogos. Makanan-makan juga sedap-sedap tau sesuai untuk kanak-kanak. Jom kita tengok kemeriahan sambutan Julai & Ogos Babies.

Event Hall
Jom kita tengok pakej Birthday Party yang ada di sini



Menarik kan???

Usai sambutan Hari Lahir, ibu bapa dan anak-anak diberikan masa sendiri pula untuk explore Blueblue Playland dan Master Jump. Sebelum ni kena follow aktiviti dan ini masa nya untuk mereka bebas bermain dimana sahaja. Ada juga persembahan badut yang dijemput khas. Gembira betul anak-anak tengok badut melayan mereka. 


Kemudahan di Blueblue Playland

Banyak kemudahan yang ada di Blueblue Playland ni. Paling penting ialah setiap sudut ada 'sanitizer' untuk menjaga kebersihan kanak-kanak. Ada 9 stesen sanitizer di sekitar Blueblue Playland untuk kita semua untuk sanitize tangan anda di mana-mana stesen yang disediakan



Juga terdapat kemudahan loker untuk menyimpan barang peribadi hanya dengan bayaran deposit yang akan dikembalikan sebanyak RM10.

Loker

Tak lupa juga tandas yang disediakan sangat bersih dan juga ada nursing room yang membolehkan ibu-ibu menyusu bayi dengan aman tanpa gangguan. Seronok sebab sangat friendly ibu-ibu menyusu.

Nursing Room

Washroom


Untuk yang rasa dahags selepas bermain, juga ada sudut F&B yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman di bahagian luar tempat indoor.

F&B Area

Banyak kan kemudahan yang ada di Blueblue Playland ni? Untuk maklumat lanjut rujuk maklumat dibawah:

Instagram: Blueblue_playland

Alamat: 

Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat,
31350 Ipoh, Perak.

Bayaran masuk?? Haa....bayaran masuk ke Blueblue Playland seperti dibawah ye:

Bayaran Masuk

Jom bawa anak-anak kesini....best!!



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

1 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us