IMAAN Jardin Air Cushion Foundation Terbaik Untuk Selfie

Assalamualaikum

Dalam rutin make up, foundation adalah amat penting untuk menutup cela yang ada pada kulit wajah. Memang banyak produk skin care yang mengeluarkan bermacam jenis foundation. Ada liquid foundation, cream foundation, stick foundation, moose foundation dan juga . Pemilihan foundation juga amat penting supaya sesuai dengan kulit muka kita. Sebagai contoh liquid foundation ada 2 jenis pula iaitu water based dan oil based. Jadi kulit berminyak sesuai guna liquid foundation yang water based. Kulit kering pula sesuai dengan oil based. Sekarang ni ada foundation baru pula fungsi seakan liquid foundation tetapi dalam pakaging seperti BB Cushion dan sebagainya. Pakaging macam ni lebih senang ketika travel dan juga outdoor. Boleh on-the-go sahaja. Jadi kali ni Marsha nak perkenalkan satu foundation on-the-go yang telah Marsha guna keluaran IMAAN Suci World iaitu IMAAN Jardin Cushion Foundation. Nak tau lebih lanjut meh baca | IMAAN Jardin Air Cushion Foundation Terbaik Untuk Selfie.

IMAAN Jardin Air Cushion Foundation Terbaik Untuk Selfie


Mengenai IMAAN Suci World HQ



IMAAN SUCI WORLD (ISW) telah mewujudkan jaringan usahawan dikalangan wanita untuk lebih berdikari dengan menambah pendapatan dan ilmu perniagaan melalui bimbingan latihan berterusan.

Produk ISW yang utama adalah koleksi tisu lembab tanpa alkohol berstatus HALAL yang pertama keluaran Bumiputera di Malaysia untuk kegunaan wanita dan seisi keluarga. Imaan Suci World juga mempunyai jaringan produk lain seperti makanan kesihatan kosmetik dan kecantikan.

Setiap produk ISW tampil eksklusif dan dihasilkan oleh kilang bertaraf GMP dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


ISW adalah hakmilik dan diurus oleh WOW MISSION SDN BHD (1216659-V)


Mengenai Pengasas IMAAN Suci World HQ

Puan Wawa Idris

Idea perniagaan dan produk jenama Imaan Suci World adalah cetusan Puan Wawa Idris yang merupakan seorang Perunding Imej Bertauliah.


Beliau merupakan seorang pengasas dan mentor yang amat berpengetahuan dan berpengalaman dalam menguruskan perniagaan dan mengambil berat perihal semua usahawan Imaan yang digelar sebagai The Angels.


Fakta berkenaan Pn Wawa Idris:- 

Ijazah dalam Bidang Komunikasi Korporat – Universiti Putra Malaysia 
Certified Style Coach oleh London Style Coaching Institute di United Kingdom 
Sering muncul di media masa seperti TV, Majalah dan Radio 
Untuk mengenali dengan lebih lanjut, sila ke blog beliau wawaidris.com

Ciri-ciri IMAAN Jardin Air Cushion Foundation

  • SPF 50++
  • Argan Oil
  • Vitamin E

Kandungan IMAAN Jardin Air Cushion Foundation

IMAAN Jardin Air Cushion Foundation


1. Argan Oil 
  • Melembapkan kulit yang kering.
  • Mengatasi Jerawat.
  • Mengatasi Sunburn
  • Mengatasi Kulit Kusam & Gelap


2. Vitamin E
  • Kulit kelihatan lebih muda.
  • Mencerahkan kulit.
  • Memudarkan jeragat.
  • Mengurangkan garis halus.

Kelebihan IMAAN Jardin Air Cushion Foundation


IMAAN Jardin Air Cushion Foundation

Banyak kelebihan IMAAN Jardin Air Cushion Foundation ni tau. Antaranya ialah:

  • Tekstur pekat setanding 'Liquid Foundation'
  • Pengunaan secara 'dap-dap' tidak mengotorkan jari.
  • Tidak berminyak tapi glowing.
  • Auto blend dengan warna kulit.

Pengalaman Marsha Menggunakan IMAAN Jardin Air Cushion Foundation

Seperti yang kita maklum, argan oil memang sangat popular sekarang kerana fungsinya adalah untuk mengatasi masalah kulit. Memang sangat elok untuk kulit. Bila dapati IMAAN Jardin Air Cushion Foundation ini mengandungi Argan Oil...apa lagi? Memang terus cuba...hihi.
IMAAN Jardin Air Cushion Foundation



Pertama kali menggunakan IMAAN Jardin Air Cushion Foundation ni, kulit muka nampak sekata dan tidak bercapuk-capuk. Nampak sekata je. Penggunaan pun sangat senang bagi Marsha yang suka siapkan diri dengan 'make up' yang ringan. Almaklumlah Marsha ni jenis 'on-the-go' person...hihi. Jadi penggunaan yang simple yang tak perlukan berus dan sebagainya amat sesuai untuk Marsha yang kerap travel. Nak selfie masa travel pun senang tak perlu nak touch up sebab ia tahan sehingga 8 jam. Filter handphone pun tak perlu ubah ke beauty...hihi


IMAAN Jardin Air Cushion Foundation


Setelah hampir 2 minggu menggunakan IMAAN Jardin Air Cushion Foundation ni Marsha dapati kulit muka sedang dirawat dalam diam...hihi. Liang roma dah mengecil, warna kulit nampak sekata, jeragat pun macam dah kurang sikit juga garis-garis halur pun nampak kurang. Memang bestlah kan....IMAAN Jardin Air Cushion Foundation bukan hanya tutup cela tapi merawat sekali. Memang sangat sukaa....hihi



Nak tengok cara penggunaan IMAAN Jardin Air Cushion Foundation dengan lebih jelas? Jom tonton video Marsha ni.



Senang je kan cara nak guna IMAAN Jardin Air Cushion Foundation ni? Memang elok untuk bawa travel tak perlu bawak banyak-banyak aksesori mekap...hihihi. Yang penting boleh selfie dengan yakin tanpa susah-susah nak ubah filter & edit gambar...hihi.

Kat Mana Nak Dapatkan IMAAN Jardin Air Cushion Foundation?

Kalau korang berminat dengan IMAAN Jardin Air Cushion Foundation ni boleh terus layari:



Alamat:
No 3A-08 , D' Pandan Avenue 3,
Taman Pandan Mesra, 68000 Ampang.


Website: IMAANWORLD


Link Shopping : IMAAN Jardin Air Cushion Foundation


Facebook: IMAAN SUCI WORLD HQ


Instagram: IMAAN SUCI WORLD HQ


Jadi jom cepat-cepat grab. Setahu Marsha IMAAN Jardin Air Cushion Foundation HOT ITEM tau!! Sebab boleh selfie dengan lebih yakin. Cepat sebelum terlambat nanti gigit jari....hihihi




Marsha

Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review
Blogger Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

4 Comments

  1. cushion foundation skrng famous. size dia senang nak selit dalam pouch mekap..

    ReplyDelete
  2. full coverage ke ni ? by the way, nk bgtahu ni yg saya ltak blog ni dalam bloglist sidebar saya. suka sgt blog ni

    ReplyDelete
  3. Hai.. Sesiapa berminat nak dapatkan produk Imaan Jardin dan serum Susuk Beradu, boleh Whatsapp saya ke 0198920353 ATAU boleh follow IG saya isw.kinabalu

    ReplyDelete
  4. Wah, marsha pun pakai jardin kita geng. Zira pun agent imaan kalau Ada yang nak boleh pm. Cod Klang, shah Alam

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us