Assalamualaikum

Keselamatan amat dititikberatkan terutamanya melibatkan pemanduan. Ia bukan sahaja meliputi semasa memandu, malah sebelum memandu juga. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu sebelum balik kampung,  abah Marsha akan ke pusat servis kereta untuk servis kereta dan memastikan kereta tiada masalah semasa perjalanan balik kampung nanti. Sebab perjalanan dari Kelantan ke Pahang memang bukan jarak yang dekat. Jadi rutin servis setiap kali balik kampung memang abah akan buat. Apa kebaikan servis kereta sebelum perjalanan jauh? Meh baca sampai habis


Periksa Kereta Sebelum Perjalanan Jauh Pemanduan Selamat Hingga Destinasi




Sebagai pemilik kenderaan, kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kenderaan kita dengan baik untuk keselamatan diri sendiri dan juga keluarga. Pemeriksaan sebelum travel sangat penting. Ini kerana kegagalan atau kerosakan simple pun boleh menyebabkan kemalangan. Kalau korang nak tau 44,000 kes kemalangan berlaku adalah akibat dari kecuaian pemandu yang tidak servis kereta atau motosikal. Banyak tu.

Bagaimana nak kekalkan keselamatan semasa memandu?

Cara nak 'maintain' kenderaan kita simple sahaja. Bagi Marsha tak susah pun. Antaranya ialah:

Servis Kenderaan

Servis kereta atau motosikal ni sangat penting. Tak perlu tiap bulan atau minggu. Hanya ikut 'mileage' perjalanan ataupun tarikh yang ditetapkan. Biasanya kereta di bawah 5 tahun memang akan pergi servis mengikut jadual yang ditetapkan dari mula membeli kereta. Bila sampai tarikh je dorang akan call untuk reminder. Bila dah lebih dari 5 tahun korang perlu alert ikut tarikh. Jadi bila kita servis ikut jadual, kereta atau motosikal akan tahan lama. Dalam masa yang sama pemeriksaan tayar juga penting. Pastikan tayar dalam keadaan baik seperti masih ada 'bunga' untuk mengelakkan kemalangan berlaku tika hari hujan. 



Jangan lupa periksa tayar sebelum travel

Selain dari mengelakkan risiko kemalangan, kecederaan dan sebagainya, ia juga membantu mengekalkan No Claim Discount (NCD) insurans/takaful motor di mana kita boleh menikmati diskaun sehingga 55%. Bukan tu saja, dengan liberalisasi motor insurans/takaful, pemegang polisi yang tidak membuat claim untuk kemalangan juga diklasifikasikan sebagai rendah risiko jadi premium/sumbangan takaful bakal lebih rendah.


Jadi janganlah bersikap sambil lewa dan malas nak servis kereta ya!! Mainkan peranan penting kita sebagai pemandu dan juga pemilik kenderaan yang bertanggungjawab. Satu langkah kecil akan menyelamatkan banyak nyawa dan duit.


Nak tahu bagaimana anda boleh menikmati lebih penjimatan untuk premium/sumbangan motor insurans/ takaful anda? Ha…layari sesawang ni

PIAM


atau


Malaysian Takaful




#PlayYourRoleMy

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018