Atasi Kulit Muka Breakout Dengan Ainaa Cleanser & Ainaa Serum dari NSA BEAU


Assalamualaikum

Penggunaan skincare amat dititikberatkan kerana ia perlu dalam pemilihan yang agak berhati-hati ekoran dari lambakan produk tiruan di pasaran. Masalah kulit bukan sahaja dialami oleh kaum wanita malah kaum lelaki juga tidak terkecuali. Antara masalah kulit yang agak membimbangkan ialah pigmentasi, jerawat, kulit kusam, berminyak, parut serta tona tidak sekata. Untuk mendapatkan 'fast result', dan faktor lambakan produk di pasaran membuatkan sebahagian besar dari kita tersalah memilih produk dan hasilnya muka menjadi lebih teruk atau lebih senang sebut kulit muka breakout. Bila kulit muka dah breakout, ia akan menjadi lebih teruk dan mengambil masa yang agak lama untuk memulihkannya. Kali ni Marsha nak kongsikan dengan korang set skincare yang mampu memperbaiki kulit muka breakout iaitu Ainaa Skincare dari NSA Beau. Nak tau lebih lanjut tentang Ainaa Skincare ini? Jom | Atasi Kulit Muka Breakout Dengan Ainaa Cleanser & Ainaa Serum dari NSA Beau

Atasi Kulit Muka Breakout Dengan Ainaa Cleanser & Ainaa Serum dari NSA Beau


Diasaskan oleh  Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina, NSA Beau telah menghasilkan 2 jenis produk dalam Ainaa Skincare iaitu cleanser muka yang bagus Ainaa Cleanser dan serum muka Ainaa Serum yang menjadi asas kepada penjagaan kulit muka yang bagus untuk kulit muka yang sihat dan bersih. 

2 Langkah Mudah dari Ainaa Cleanser & Ainaa Serum untuk Kulit Muka Breakout


Ainaa Cleanser & Ainaa Serum NSA Beau


Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum adalah produk yang telah mendapat KELULUSAN dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor NOT180202252K & NOT180406150K. Kedua-dua produk ini adalah gabungan yang terbaik untuk membantu dalam merawat kulit muka breakout. Nak tahu apa kelebihan 2 produk ini? Jom tengok

Ainaa Cleanser

Ainaa Cleanser NSA Beau

Ainaa Cleanser bertindak sebagai pembersih muka dan juga membersihkan solekan. Ia dilengkapi dengan dwi fungsi yang mampu membersihkan wajah secara mendalam dan menanggalkan solekan. Kandungan Poloxamer 184 bertindak sebagai agen untuk menanggalkan solekan, minyak lebihan dan kotoran di dalam liang roma. Ainaa Cleanser diformulasikan dengan pH yang seimbang dan bebas bahan kimia merbahaya. Kulit akan terasa lembut, segar dan halus. 100% tanpa paraben, tanpa sulfat dan tanpa minyak mineral.

Antara kelebihan Ainaa Cleanser ialah anti jerawat, menanggalkan solekan, membersihkan liang roma serta menyegarkan kulit dan membersihkan lebihan minyak dan kotoran. Bahan-bahan yang digunakan ialah minyak castor, kelapa, lecitin dan ekstrak biji Avena.

Ainaa Serum

Ainna Serum NSA Beau

Ainaa serum merupakan serum bebas minyak yang dirumus khas untuk memperbaharui sel kulit bagi menyerlahkan kulit yang lebih segar dan sihat. Diformulasi dengan penghidratan yang sesuai untuk membantu merawat serta menghapuskan jerawat tanpa tanpa menyebabkan kekeringan dan juga kerengsaan. Ia berupaya untuk meremajaan sel kulit agar kelihatan lebih licin, lembut dan halus. Tona kulit akan kelihatan lebih sekata serta dapat menghilangkan bintik-bintik hitam dan juga masalah pigmentasi atau lebih dikenali sebagai jeragat. Wajah akan tampil lebih cerah, berseri dan lembut.

Antara kelebihan Ainaa Serum menjadikan kulit lebih muda serta lebih cerah malah meremaja dan memperbaharui kulit. Ia juga mengurangkan pigmentasi, memudarkan parut, meningkatkan pembaharuan sel kulit dan mengecilkan liang pori. Bahan yang digunakan ialah Aloe Vera, Timun, Soapwort, Lavender dan Asparagopsis Armata.

Saranan penggunaan untuk Ainaa Serum ialah dari umur 13 tahun dan keatas dan sesuai untuk lelaki dan perempuan. Kesan ketara pula dapat dilihat selepas penggunaan yang konsisten atau berterusan selama 14 hari. Kandungan berasaskan bahan-bahan semulajadi selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

Cara Penggunaan Ainaa Cleanser & Ainaa Serum

Cara penggunaan 2 produk, Ainaa Cleanser & Ainaa Serum ini sangat mudah:

1. Bersihkan muka dengan air suam. (Jika mahu menanggalkan solekan tak perlu bersihkan muka dengan air suam)
2. Letakkan sedikit Ainaa Cleanser di tapak tangan. Sertakan urutan secara bulatan untuk bersihkan dari solekan.
3. Bilas dengan air.
4. Sapukan Ainaa Serum di muka dan leher kemudian dap dap kan sahaja.
5. Siap!! 

Simple dan mudahkan penggunaan Ainaa Cleanser & Ainaa Serum ini? Boleh juga rujuk video dibawah



Untuk pembelian dan maklumat lanjut Ainaa Cleanser & Ainaa Serum dari NSA Beau:

Alamat: 

NSA Beau
7-53-3 , Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Tel:
+60 12 - 246 6900

Laman Web Rasmi:
http://ainaabeauty.com/

Facebook:
https://www.facebook.com/NSABEAUOfficial/

Instagram:
https://www.instagram.com/nsabeautyofficial/




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

4 Comments

  1. memang best pakai.. cik en suka serum dia..

    happy new year kak marsha

    ReplyDelete
  2. saya pun suka cleanser dan serum ainaa. Wangi je. Then boleh rasa kulit muka segar dan nampak sekata

    ReplyDelete
  3. Subhanallah. Patutlah makin lama makin syantik. Ingatkan seri preggy lagi. eh :P

    ReplyDelete
  4. dok usha2 gak serum ni. menarik.. tapi nak kena tnggu serum lama habis pastu decide nak yang mana pulak dicuba =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us