Abadikan Kenangan Bersama Keluarga Dengan Printcious.com

Assalamualaikum


Kenangan bersama keluarga sangat perlu diabadikan dengan gambar. Tapi gambar masa kini sudah menjadi kebiasaan. Tambahan pula dengan teknologi masa kini, gambar-gambar boleh disimpan dalam folder di telefon bimbit, komputer, hard disk dan sebagainya. Bila lama-lama kita pun jarang dah nak tengok gambar-gambar kenangan. Kalau dulu-dulu masa guna kamera biasa yang guna filem tu kita pasti akan cuci gambar tersebut. Jadi kita ada 'hardcopy' untuk abadikan kenangan kita terutamanya bersama keluarga. Namun kini ada cara yang lebih menarik untuk kita abadikan kenangan kita selain mencetak gambar. Nak tahu caranya? Jom baca | Abadikan Kenangan Bersama Keluarga Dengan Printcious.com

Abadikan Kenangan Bersama Keluarga Dengan Printcious.com


Printcious.com


Selain dari mencetak gambar, kita juga dapat abadikan kenangan kita bersama keluarga dengan cara lain yang lebih menarik seperti cetak gambar di mug, bantal, t-shirt dan sebagainya. Marsha pasti ianya lebih menarik dari cara yang biasa dengan hanya mencetak di kepingan gambar. Selain dari abadikan kenangan untuk diri sendiri, kita juga boleh 'personalized' kenangan kita untuk hadiahkan kepada yang tersayang. Menarik kan? Nak tahu apa lagi yang boleh dibuat dengan Printcious.com? Jom tengok 21 pilihan kategori yang korang boleh pilih.


Banyak pilihan kategori


Sebenarnya dah banyak kenangan yang Marsha abadikan dengan Printcious.com ini. Marsha paling suka ialah buat bantal. Marsha personalized sendiri bantal tersebut letak gambar suami, Marsha & anak-anak supaya ia menjadi kenangan dan juga sebagai hiasan di rumah kediaman Marsha. Nampak lebih menarik bila kita hiaskan rumah kita dengan bantal-bantal yang telah di 'personalized'. Hanya di Printcious.com yang tepat dengan kemahuan korang. Harganya? Harganya juga sangat berbaloi dengan servis. Setiap bulan ada sahaja promosi. Jadi korang boleh dapatkan promosi yang sangat berbaloi. Nak dapatkan secara bulk order pun boleh tau.

Cara Personalized Gift Untuk Yang Tersayang

Jika korang nak hadiahkan seseorang hadiah yang paling istimewa, personalized gift adalah paling sesuai. Ini kerana ia berkaitan dengan usaha kita personalized untuk hadiah yang tersayang. Bukan hanya pilih yang sedia ada. Feel dia tu lain macam dan pastinya hadiah akan lebih dihargai. Cara nak personalized gift tak susah pun. Meh tengok caranya

Personalized Gift


Caranya senang sahaja:


  1. Pilih produk yang menjadi pilihan.
  2. Upload gambar atau design yang menjadi pilihan.
  3. Tambah gambar, perkataan dan edit perkataan.
  4. Buat tempahan - checkout.
Senang je kan? Jadi untuk maklumat lanjut, korang boleh ke web Printcious.com dan buat akaun untuk personalized gift korang sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama. Pastinya berbaloi.






Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

3 Comments

  1. Perkhidmatan printcious memang best . Boleh create n diy sendiri design yg kiTa berkenan

    ReplyDelete
  2. senang je. nanti rabia nak usha website dia

    ReplyDelete
  3. Pernah order apatah ngan printcious ni.. Servis ok

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us