Good Bye 2018 and Welcome 2019!! Azam baru atau lama??


Assalamualaikum


Dah menginjak hari ketiga Januari. Atas kesibukan menguruskan family, kerja dan tentunya diri sendiri sampai tak sempat nak post apa-apa coretan. Alhamdulillah misi mecari masa hari ini success!! Korang mesti busy juga macam Marsha kan? Jadi hari ini Marsha cari masa sekejap untuk post coretan pertama 2019...hihi. Apa yang Marsha nak share hari ini? Biasalah setiap awal tahun mesti tentang azam dan juga wishlist. Marsha percaya korang semua pun mesti ada azam dan juga wishlist untuk setiap tahun. Achieve atau tidak itu kemudian janji ada target. Jadi apa azam & wishlist korang? | Good Bye 2018 and Welcome 2019!! Azam baru atau lama??

Good Bye 2018 and Welcome 2019!! Azam baru atau lama??


2019

Apa azam korang pada tahun ni? Azam baru atau postpone azam lama? Tak kisahlah azam baru atau lama tapi setiap orang mesti ada target untuk setiap tahun. Eh eh eh....asyik tanya azam orang je kan? Meh la Marsha share azam Marsha di tahun 2019 ini. Antara azam Marsha tahun 2019 ini ialah:

  1. Menjadi hamba NYA yang lebih tenang.
  2. Menjadi seorang yang lebih organized.
  3. Menjadi seorang anak, isteri dan ibu yang terbaik untuk famili Marsha.
  4. Kumpul duit untuk UMRAH. InsyaAllah.
  5. Komited dengan kerja hakiki & sebagai blogger serta media influencer.
  6. Sentiasa positif & happy!!
Itu je lah azam tahun 2019 Marsha. Bab wishlist pula, sebenarnya ada banyak wishlist Marsha. Tetapi kena achieve satu persatu kot. Jadi Marsha decide beberapa wishlist yang Marsha nak untuk tahun 2019 ini sahaja. Apa wishlist Marsha? Jom tengok:

  1. DJI Osmo Pocket
  2. Premmie Liberty
  3. Clearkan CC
  4. Umrah / Travel (Australia atau Jakarta)
  5. Smart Watch Apple
Ini adalah azam & wishlist Marsha. Jangan pula cakap wishlist Marsha ni lebih-lebih pulak. Cili mulut kang...hahaha. Target kena besar sebab sebagai motivasi untuk kita. Mana tau ada rezeki lebih dapat capai semua wishlist yang ada dihati...hihi. Korang doakan jugak yer!!! Kalau korang nak tau semua benda kat atas tu nanti google jer tau. Ianya untuk job Marsha sebagai blogger & vlogger.

Okay jom lah kita kerja keras untuk capai azam & wishlist kita. Jom!!!


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

5 Comments

  1. happy new year 2019 kak.. semoga dimurahkan rezeki sihat sentiasa dan happy2 selalu ^^

    ReplyDelete
  2. Samalah teringin nak ada DJI Osmo Pocket dengan Apple Watch, moga berjaya capai impian untuk thun ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us