Susu Suffy® B Genius Kini Dalam Pek Percubaan

Assalamualaikum

Marsha dengan susu memang tak boleh dipisahkan. Begitu juga dengan anak-anak Marsha. Kakak Anith pun adalah penggemar susu tegar. Baihaqi lagi la kan masih menyusu....hihi. Baru-baru ni Marsha ada tengok-tengok satu produk susu iaitu Susu SUFFY. Bila baca testimonial semua sangat menarik. Tambahan lagi ia adalah dari susu kambing asli. Biasanya kalau kita nak cuba ni memerlukan kuantiti yang sedikit untuk lihat keserasian susu dengan kita. Tapi susah nak ada pek percubaan untuk yang baru nak mencuba. Bila Marsha ke laman web susu SUFFY ni Marsha terpandang tawaran set percubaan susu Suffy® B Genius . Memang menarik ni!! Jadi nak tau lebih lanjut | Susu Suffy® B Genius Kini Dalam Pek Percubaan


Susu Suffy® B Genius Kini Dalam Pek Percubaan

Sebelum Marsha pergi lebih lanjut dengan pek percubaan yang ditawarkan untuk Susu SUFFY bGenius ni, mesti korang nak tau lebih lanjut tentang Susu SUFFY ni kan?

Mengenai SUFFY Diary Group Sdn Bhd

Suffy adalah jenama susu yang dipercayai oleh Ibu Bapa di seluruh Malaysia. Suffy di miliki oleh sebuah syarikat yang diberi nama Suffy Dairy Group Sdn Bhd. Di Suffy, mereka sangat mengambil berat akan keperluan anak-anak dan keluarga yang ingin mencari produk susu yang berkualiti tinggi, selamat dan juga mampu dimiliki.

Kualiti Tinggi

Kesemua produk kami di import dari luar negara iaitu Belanda untuk sumber Susu Kambing dan New Zealand untuk sumber Susu Lembu dan kemudian diformulasikan di Malaysia berdasarkan keperluan nutrisi kanak-kanak di Malaysia.

Selamat

Produk Suffy di keluarkan dikilang yang terletak di Ipoh,Perak. Dengan memilik Sijil MESTI dari pihak Jabatan Kesihatan dan Sijil HALAL Malaysia, sudah pasti keselamatan dan kualiti produk Suffy sentiasa dipantau untuk menjamin pengguna menerima Susu Suffy berkualiti dan selamat.

Mampu Dimiliki

Suffy menawarkan produk Susu pada harga mampu milik demi memenuhi keperluan keluarga di Malaysia. Suffy juga menawarkan peluang-peluang perniagaan kepada pengguna melalui kaedah menjadi Agen Suffy yang akan membantu pengguna mendapatkan produk Suffy pada harga yang berbaloi dan dalam masa yang sama menjana kewangan keluarga melalui penjualan produk Suffy.

Produk

Produk yang yang dihasilkan oleh SUFFY Diary Group Sdn Bhd ialah 4 jenis iaitu:

  1. Suffy® B Genius - untuk si bijak mama
  2. Suffy Annis Nutricious - untuk perut sensitif
  3. Suffy Pure Goat - susu untuk semua
  4. Suffy Goat - untuk tumbesaran aktif

sumber: http://www.suffy.com.my

Kebaikan Suffy® B Genius


Susu Suffy® B Genius ini telah dikeluarkan dalam bentuk pakaging baru seberat 500g. Banyak kebaikan Suffy® B Genius ini. Antaranya ialah: 
  1. BRILLIANT - Suffy B Genius mengandungi DHA yang merupakan antara komponen utama di dalam otak. Ia Berfungsi untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak.
  2. BALANCE - Suffy B Genius membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian yang diperlukan oleh Si Manja. Nutrisi yang seimbang membantu Si Manja untuk membesar dengan lebih baik.
  3. BOOST - Suffy B Genius dirumus istimewa dengan Prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman Si Manja.
Ianya juga diperkaya dengan kurma dan madu. Memang sangat elok untuk tumbesaran anak-anak.

9 Cara Dapatkan Pek Percubaan Suffy® B Genius 

Menarik kan susu Suffy® B Genius ini? Marsha pun berminat nak cuba. Jadi nak tau ia serasi ke tak dengan anak-anak Marsha, Marsha terus dapatkan pek percubaan yang ditawarkan. Caranya senang sahaja. Jom Marsha share cara-cara nak purchase pek percubaan ini yang mengandungi 3 pek percubaan dengan hanya RM6 sahaja. Nak FREE?? Haa...kalau korang nak tahu sekarang ini SUFFY tengah bagi pek percubaan PERCUMA untuk 50 pelanggan terawal hanya dengan guna kod. Nak tahu caranya? Jom....












Jadi Marsha maklumkan balik guna kod SUFFYSBG untuk dapatkan trial pack Suffy® B Genius sahaja tau!! Untuk 50 pelanggan terawal bermula 24 Januari 2019 hingga 15 Februari 2019.


Kelebihan Pembelian Pek Percubaan Suffy® B Genius vs Trial Pack

Biasanya bila 'Trial Pack' ini kita hanya akan dapat 1 sachet pek percubaan dan kita tak kan dapat membandingkan samada ia serasi atau tak dengan sekali pengambilan sahaja. Jika dengan pembelian pek percubaan Suffy® B Genius ini korang akan menerima 3 pek percubaan iaitu 3 kali pengambilan. Ia sudah cukup untuk korang cuba rasa dan lihat samada anak-anak serasi atau tidak. Terutama kesan pada tubuh badan dan juga penghadaman.

Paling best korang akan dapat produk dalam masa 24 jam. Marsha order semalam pun dah dapat tau. Tak sampai pun 24 jam lagi. Kelebihan lain lagi, pegawai khidmat pelanggan terlatih SUFFY akan menghubungi pelanggan dan memberi panduan serta khidmat nasihat pengambilan susu Suffy® B Genius ini. Menarik kan??

Jadi apa yang korang tunggu lagi? Marsha dah tebus dah dan set percubaan Suffy® B Genius telah selamat sampai ditangan. Paling best Marsha dapat special delivery!! Disebabkan alamat Marsha berdekatan dengan owner Susu Suffy® B Genius jadi delivery sampai depan umah tau!! Tak sabar nak bagi anak-anak cuba pek percubaan Suffy® B Genius ni. Nanti Marsha review macamana rasa dan keserasiannya okay!!

Susu Suffy® B Genius Jadi Kegemaran Baihaqi

Bila pek percubaan Susu Suffy® B Genius dah selamat sampai ke rumah Marsha terus Marsha bancuh untuk Baihaqi. Disebabkan Baihaqi belum lagi putus botol susu, Marsha bancuh Susu Suffy® B Genius ini dalam botol susu Baihaqi. Berdebar juga nak tengok penerimaan Baihaqi pada kali pertama ni. Tapi Alhamdulillah Baihaqi suka rasa Susu Suffy® B Genius ni. Memang favorite Baihaqi kalau kurma.

Setelah 3 hari konsisten minum Susu Suffy® B Genius ini, Marsha tengok penghadaman Baihaqi makin lancar. Nampak ceria dan aktif. Lagi satu Baihaqi nampak cepat belajar. Orang kata cepat 'tangkap' apa yang kita ajar. Tapi 3 hari masih awal lagi kan. Paling best bila tengok Baihaqi lawas setiap hari. Seronok tengok...hihihi

Jadi kalau korang nak mencuba Susu Suffy® B Genius ini boleh cuba tebus dulu pek percubaan dan cuba kelazatan Susu Suffy® B Genius ini. Psstt....Marsha pun try tau. Sedapppp!!!..hihi

Maklumat Lanjut

Website:
http://www.suffy.com.my

Alamat:


SUFFY DAIRY GROUP SDN BHD (1189220-K)

Pejabat Urusan :
No.8,Jalan Niaga Jelapang 2, Halaman Niaga Jelapang, 30020, Ipoh,Perak

Telefon : 
05-525 2992

Email : 
admin@suffy.com.my












Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

2 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us