Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature Bantu Marsha Menyahkan Jerawat Degil

Assalamualaikum

Kecantikan dan kesihatan kulit tidak boleh dipandang enteng. Tambahan pula ia adalah aset penting bagi seseorang individu terutamanya wanita. Pada zaman kini, bukan sahaja wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit malah lelaki pun sama. Ia juga telah menjadi aset penting bagi jejaka-jejaka yang maskulin. Jadi, produk yang paling penting yang wajib ada ialah cleanser. Cleanser ini berfungsi untuk membersihkan kotoran di muka dan mengelakkan dari jerawat timbul. Biasanya jerawat akan timbul bila liang pori tersumbat. Jadi cleanser adalah produk yang wajib ada untuk setiap orang. 

Bila bercakap tentang cleanser ni, ada banyak pula jenis celanser. Ada jenis krim, air, minyak, gel, foam (buih) . Jadi, jenis cleanser ini dikhaskan untuk jenis kulit tertentu seperti kulit kering, kulit normal, kulit berminyak dan juga kulit kombinasi. Jadi pemilihan cleanser sangat-sangat penting. Untuk korang yang mengalami masalah jerawat, Marsha nak suggestkan 1 produk yang telah Marsha test selama 2 minggu dan kesannya sangat positif. Nak tau lebih detail | Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari  Hansaegee Nature Bantu Marsha Menyahkan Jerawat Degil

Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari  Hansaegee Nature Bantu Marsha Menyahkan Jerawat Degil


Susah hati betu bila jerawat menyinggah ke kulit muka. Rasa serba tak kena kan? Kali ini untuk bantu Marsha nyahkan jerawat degil di wajah ini, Marsha mencuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature. 



100% made in Korea tau dan sesuai untuk korang yang mempunyai masalah JERAWAT. Ia menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi tau. Jadi ianya memang selamat untuk kulit kita kerana ia menggunakan ekstrak tumbuhan semulajadi. Ia juga cleanser jenis 'soft bubble' yang dirumuskhas untuk menyahkan jerawat.

Kandungan Utama AC Clean Bubble Cleanser

Sebenarnya Marsha tertarik dengan 2 kandungan utama yang ada dalam AC Clean Bubble Cleanser ni iaitu:

  1. Aloe AC Bubble - berfungsi untuk nyahkan sebum / minyak & kekotoran yang lebih dalam dalam liang - kulit kelihatan lebih bersih
  2. Tea Tree Oil - berfungsi untuk melindungi kulit, menjadikan kulit lebih licin & lembap, mengekalkan kesegaran kulit.

Fungsi Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Aloe AC Clean Bubble Cleanser bertindak sebagai 'Super Clean Bubble Cleanser' untuk

  • Pulihkan jerawat
  • Masalah jerawat
  • Memerangi jerawat
  • Membersihkan liang pori
  • Melembutkan kulit
  • Nyahkan minyak yang berlebihan /sebum.
  • Mengawal minyak
  • Bersihkan kulit hingga ke liang pori
  • Melembapkan kulit, tidak kering selepas digunakan

Cara Penggunaan

  1. Basahkan muka dan tangan, kemudian pamkan 1-2 kali di atas tapak tangan
  2. Urut muka dengan lembut secara membulat
  3. Basuh muka dengan air bersih
  4. Siap!!
Senang je kan cara penggunaanya?

Biasanya pembersih jenis bubble ini boleh membersihkan kulit dengan baik, tetapi kebanyakannya akan jadikan kulit sangat kering selepas mencucinya, TETAPI cleanser Bubble Clean Aloe AC ini  sangat berbeza, ia adalah cleanser yang berkualiti dan membilas liang pori secara mendalam serta memberi kelembapan pada kulit. Tiada masalah kulit kering lagi. Sesuai untuk semua jenis kulit dan berasa lembut, licin dan tidak kering selepas mencuci muka.


Setelah 2 Minggu Penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Usai 2 minggu percubaan Marsha dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini. Serius, Marsha dah jatuh cinta. Ini kerana jerawat sudah kecut dan yang baru takut nak menyinggah...hihi. Gurau jek...kekeke. Kulit Marsha pula jenis kombinasi jadi memang alami kulit yang mengeluarkan minyak yang berlebihan. Tetapi, setelah 2 minggu mengamalkan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini, nampak perubahan yang ketara. 



Kulit Marsha dah tak berminyak tetapi juga tidak kering. Kulit Marsha lebih lembap dan nampak lebih bermaya. Kulit pun rasa bersih sangat selepas mencuci muka dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini. Kulit muka pun rasa ringan lepas mencuci muka. Encik suami pun tumpang guna sekali tau...hihi. Jadi korang tak perlu risau kerana Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk mencuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini korang boleh rujuk maklumat dibawah.

Maklumat Lanjut:

Hansaegee Nature 



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

2 Comments

  1. kita sama, marsya..kulit kombinasi...setakat ni guna Aloe AC clean Bubble ni, mmg memuaskan hati..kulit tak kering & berminyak...nmpk lebih moist...

    ReplyDelete
  2. Produk Hansagee Nature memang best. Rose rasa nak try pula cleanser ni .Sebelum ni pernah guna cc cream Hansaegee Nature jer.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us