Assalamualaikum


Dim sum adalah makanan tradisi masyarakat cina yang tidak asing lagi diperkatakan sekarang. Bukan sahaja dalam masyarakat cina sahaja malah semua kaum di Malaysia suka menikmatinya . Dim Sum ni dah jadi makanan yang viral tau lately. Dekat Ipoh ni tak banyak restoran yang menyediakan dim sum yang HALAL. Bila Marsha tau ada dim sum HALAL di Ipoh, Marsha terus ajak suami pergi mencuba dim sum halal di salah satu restoran yang viral di Ipoh ni iaitu Canning Dim Sum. Jadi kami decide kesana pada hari Ahad waktu lunch sebab waktu lunch la boleh makan banyak sikit kan...hihi. Korang nak tau apa yang menarik dekat Canning Dim Sum? Stay tune | Dim Sum HALAL Viral di Canning Dim Sum Canning Garden Ipoh

Sejarah Dim Sum

Sebelum Marsha teruskan share tentang Canning Dim Sum ni, Marsha nak share sikit info tentang dim sum. Dim sum merupakan makanan tradisional China yang tidak asing lagi malah telah menjadi viral bukan sahaja dikalangan masyarakat cina malah semua kaum di Malaysia. Makanan ini bermula sejak zaman Dinasti Han (206 SM – 220), iaitu dah ribuan tahun. Dimsum ada 2 jenis iaitu dimsum goreng dan kukus. Untuk yang kukus biasanya disajikan dalam pengukus , dengan tujuan sentiasa panas untuk dimakan.

Dim sum merupakan istilah dari Bahasa Kantonis yang bermaksud 'makanan kecil', sedangkan dalam Bahasa Mandarin disebut Dianxin yang secara harafiah berarti 'sedikit dari hati' atau 'menyentuh hatimu'. Sesuai dengan 'portion' yang kecil ,hanya sekitar tiga hingga empat buah dalam satu piring atau pengukus.

Biasanya Dim sum dijadikan sebagai minum petang ekoran portion yang kecil. Jadi memang sesuai sambil minum kopi atau teh.

Canning Dim Sum di Canning Garden, Ipoh

Canning Dim Sum adalah restoran yang menyajikan makanan tradisi masyarakat cina dan lebih memfokuskan kepada Dim Sum adalah makanan tradisi masyarakat cina. Ada juga menu makanan yang lain dan kebanyakannya ialah makanan tradisi masyarakat cina. Uniknya di bahagian dapur mereka hanya wanita yang bekerja kerana mereka percaya dan kagum dengan kekuatan seorang wanita.



Mula beroperasi pada 15 Jun 2018 dengan pembukaan yang biasa-biasa, tetapi lebih mengejutkan pemilik, Mr YC Nang dan isteri beliau Mrs. Ceylyn tidak menyangka sambutan yang diterima sangat luar biasa. Ini menguatkan lagi hasrat untuk memohon sijil Halal Jakim. Maka bermulalah episod R&D untuk mendapatkan keaslian rasa dengan bahan-bahan yang HALAL.


Akhirnya 1 Mei 2019, Canning Dim Sum berjaya mendapatkan status HALAL dan sekaligus sambutan terhadap Canning Dim Sum lebih meriah. Setiap hari kalau mula restoran dibuka hinggalah tamat waktu operasi pelanggan bersilih ganti tanpa henti. Memang meriah sangat suasana Canning Dim Sum. Pelbagai kaum keluar masuk untuk menikmati dim sum halal yang sedap. Ia adalah salah satu Canning Garden Ipoh Food yang popular.

Sumber: Page Canning Dim Sum

Ahad Marsha sampai ke Restoran Canning Dim Sum ni tepat jam 1 petang dan disambut mesra oleh Asst Supervisor, Christina. Jadi Christina yang banyak melayan kitorang dan juga memberi info-info serta cadangkan menu yang all time favorite di Canning Dim Sum ini.


Menu Menarik di Canning Dim Sum

Haa....ni part paling best. Marsha pasti korang pun tertunggu-tunggu apa menu yang best dekat Canning Dim Sum ni. Marsha pun tak sabar nak kongsikan menu-menu yang ada di Canning Dim Sum ni. Tentunya main menu ialah Dim Sum. Bermacam dim sum yang berasaskan makanan laut dan ayam. Juga ada dim sum yang 'rare' yang tak ada di restoran dim sum yang lain.







Yang Marsha share tadi adalah dim sum yang biasa kita makan dekat restoran dim sum yang lain.  Biasanya lepas duduk dimeja, pelayan akan menghantar set dim sum ni. Kita hanya order air dan juga menu tambahan yang lain.

Air yang paling recommended dan menjadi all time favorite kat sini ialah Kopi Ais atau dikenali sebagai Ipoh White Coffee yang memang dibrew segar di sana. Tapi bagi Marsha yang tak minum kopi Christina suggestkan Ice Lemon Tea. Fuh segar rasa!! Bukan itu sahaja tau, dekat Canning Dim Sum ni ada menu yang 'rare' juga. Nak tau apa dia?Kat sini korang boleh menikmati signature dishes 'rare' mereka iaitu Red Pepper Prawn Dumpling, Shanghai Chicken Broth Dumpling, Sea Cucumber Caviar Mai & Abalone Caviar Sew Mai. Rasa dia? Memang confirm sedap. Serius!!

Dengan harga yang berbaloi dengan kualiti. Tidak mencekik darah harganya ditambah pula dengan portion yang memang buat Marsha puas hati. Satu lagi layanan dorang pun membuatkan Marsha rasa selesa nak makan kat sini.




Selepas pelayan datang bawak set dim sum yang basic, kemudian pelayan akan datang kembali  bawa jenis makanan yang kita perlu pilih ikut kemahuan kita. Marsha pilih fried radish cake atas suggestion Christina. Selain Dim Sum, ada juga menu makanan tradisi masyarakat cina yang lain dihidang kat sini iaitu Chee Cheong Fun (ayam, udang, veggie), Bubur Ayam Herba (Century Egg Chicken Congee) , dan banyak lagi. Korang boleh je pilih yang mana menjadi pilihan korang.



Tak lupa juga satu lagi menu yang 'rare' kat sini ialah Pau. Eh rare ke? Haa memang rare sebab yang ni adalah Lava Pau yerr....sedap sangat. Intinya yang meleleh seakan lava dan sedap. Mempunyai 5 perisa iaitu Salted Egg, Peanut, Chocolate, Black Sesame & Lotus Paste. Semua sedap!! Satu set ni hanya RM13.50 atau boleh ala carte dengan harga RM2.80 sebiji.



Nak tahu mengapa ia dikenali sebagai Lava Pau?? Meh layan full video Marsha di Canning Dim Sum dibawah 👇



Korang tengoklah ramai kan pelanggan yang suka makan kat Canning Dim Sum ni? Harus cuba korang!!


Kemudahan di Canning Dim Sum

Ada pelbagai kemudahan di Canning Dim Sum ni . Jadi kalau nak lepak-lepak memang tak risau sangat. Canning Dim Sum mempunyai banyak meja dan juga kawasan yang selesa untuk pelanggan menjamu selera.



Juga disediakan tandas dan juga sinki untuk kemudaan pelanggan. Jadi yang bawa anak-anak kecil pun selesa.


Kalau korang memerlukan air panas pula, ada kemudahan untuk air panas.






Sebelum pulang, Marsha sempat mengabadikan kenangan bergambar dengan Mr Yang dan juga Christina. Cuma Mrs Ceylyn je tak sempat jumpa. Anytime boleh datang makan kat sini. Bintang 10 star!!!! Servis hospitality dorang memang terbaik!!


Maklumat Lanjut

Jadi korang nak mencuba kepuasan makan dim sum ni boleh la ke Canning Dim Sum untuk cuba menu-menu signature yang rare dan sedap ni. Boleh rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui promosi terbaru dan lain-lain.

Alamat:

No.1, Lebuh Cecil Rae , Taman Canning
31400 Ipoh, Perak
(Bersebelahan Restoran Hollywood)

 016-268 0535 @ 05-541-5556

Facebook Page:
canningdimsumipoh

Instagram:

Waktu Operasi:

Khamis - Selasa
( 7 pagi - 2.30 petang)

Rabu Cuti

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger