Assalamualaikum


I Can See Your Voice KEMBALI Musim Ke-2 - Gabungan Mantap Syuk & Sean Lee | Sape suka tengok rancangan I Can See Your Voice? Meh high 5 ✋. I Can See Your Voice ini adalah salah satu program realiti hiburan kegemaran Marsha sekeluarga. Dengan 'penyiasat tetap' yang kekal dari musim pertama iaitu Jihan, Mark Adam & Sealan Paul memang menggamatkan rancangan tersebut. I Can See Your Voice ni adalah rancangan realiti korea dalam versi Malaysia yang berjaya mendapat sambutan hangat dan kini trending di laman sosial terutamanya YOUTUBE.

I Can See Your Voice Musim Ke-2 ni menampilkan muka baharu sebagai pengacara iaitu Sean Lee. Sebenarnya bila umur dah meningkat ni kan Marsha memang tak kenal sangat artis-artis baru. Sungguh sebab tak folllow sangat dunia artis. Ampunilah hamba...hahaha. Jadi Marsha memang buka seseorang yang suka follow cerita artis ke, gossip artis ke. Yang naik trending kat fb atau IG ataupun kawan cerita baru tahu.

Sebenarnya tak banyak realiti TV yang Marsha suka tengok. Disebabkan dalam I Can See Your Voice ni banyak yang menarik hati Marsha memang Marsha follow setiap minggu lah...hahaha. Seronok juga bila dengar-dengar pendapat pendapat lepas tu salah pilih then menyesal. Memang ada sesi lawak dalam setiap episod.

Setakat ni baru sampai episod ke-2. Episod pertama artis jemputan ialah Hael Husaini. Memang kelakar betul dengan Mark Adam dengan yakin kata yang finalist tu memang boleh nyanyi dan kalau tak boleh nyanyi dia akan bogel. Lepas tu bila tau finalist tu penyamar Mak Adam dah awal-awal pecut lari tinggalkan set penggambaran. Sakit perut Marsha gelak.


Episod ke-2 pula artis jemputan ialah Khai Bahar. Pada episod ni yang menariknya semua peserta ialah lelaki dalam lingkungan 25 tahun kebawah. Memang semua BBNU ha....memang Khai Bahar juga ada tersalah pilih tapi akhirnya finalist yang dipilih memang boleh nyanyi. Sedap betul suaranya!! Nampak humble je.




Episod ke-3? Haaa...ni tak sabar nak tunggu siapa artis jemputan dan siapa yang bakal menang. Episod pertama penyamar yang menang. Episod ke-2 penyanyi sebenar yang menang. Jom lah sama-sama layan I Can See Your Voice Musim Ke-2 ni pada setiap Ahad jam 9 malam di TV3.




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger