Pengalaman Melancong Ke Korea Bersama Keluarga

Assalamualaikum



Pengalaman Melancong Ke Korea Bersama Keluarga | Marsha mula memberanikan diri ke luar negara pada tahun 2013. Dah lama kan? Ye tahun tu titik permulaan Marsha panjangkan langkah ke luar negara. Kiranya negara pertama yang Marsha jejak ialah K-Pop country iaitu Korea. Memang wishlist dah lama. Asyik sebut nak ke Korea. Masa tu memang layan running man. Marsha tak pergi backpackers tau sebab belum ada pengalaman lagi melancong keluar negara. Kira masih takut-takut lagi. Macamana nak survive tempat ke tempat, nak makan halal dan banyak lagi. Jadi,  sebagai permulaan Marsha menggunakan khidmat travel agent untuk merealisasikan impian Marsha. Biarlah orang nak kata tak chill ke tak mencabar ke tapi Marsha kena berjaga-jaga juga sebab kali pertama orang kata kan? Masa ni Kakak Anith dah menginjak ke 5 tahun jadi oklah nak bawa travel jauh kan.




Pergi melancong dengan travel agen ni senang. Kita hanya bayar yang mana perlu sahaja. Biasanya bayaran dah termasuk tiket flight, hotel, makan serta tiket masuk ke tempat-tempat yang kita akan pergi dalam itineary. Kalau dari segi itineary pula hanya follow itineary agen sahaja. Kalau backpackers ni banyak step kena buat dan sediakan. Sebulan sebelum pergi tu kena siap itineary dan sebagainya. Makan masa jugak. Kalau agen ni kita bayar dan follow je la. Hanya bawa duit poket untuk shopping je la. Flight, tempat tinggal, makan semua termasuk dalam bayaran. Marsha dan husband dah discuss yang kitaorang akan follow agen dulu dan insyaAllah lepas ni kalau ada rezeki lebih kami akan pergi backpackers pula.



Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar kesemuanya dan yang best kami transit seharian juga di Jakarta. So dalam masa yang sama kami menjejak kaki ke Indonesia juga. Walaupun transit kejap je sempat la shopping dekat Tamrin City. Lepas tu baru kami bertolak ke Korea. Sebenarnya kami pergi ni Korea tengah winter tau. Memang plan nak pergi masa ni sebab nak merasa main salji kat sana.

Tempat Menarik Di Korea

Antara tempat menarik yang Marsha telah lawat di Korea ni ialah

💗Namsan Tower
💗Gyeongbokgung Palace





💗Nami Island


💗Everland
💗Han River Cruise
💗Grand Mosque - Itewon
💗Stadium Busan


Tempat Paling Marsha Suka di Korea

Marsha paling suka di Itewon. Mesti korang tahu kan Itewon adalah antara kawasan muslim yang mempunyai makanan halal dan seronok makan kat sana. Tak perlu nak risau sebab kat sana memang halal. Kat Itewon juga ada satu-satunya masjid ( Grand Mosque) . Marsha sempat masuk ke masjid dan solat. Binaan dia sangat cantik.



Tips Percutian Ke Korea Musim Sejuk

Ni Marsha nak share sikit tips percutian ke korea pada musim sejuk ni. Tapi ni tips general lah kan sebab time ni Marsha pegi dengan agen.

👉Sentiasa bawa botol kosong - Ini penting tau sebab kebanyakan tandas di Korea tak ada paip air macam kat Malaysia. Jadi selalu kena ada botol kosong dan kita boleh isi air kat sinki sebelum masuk ke toilet untuk melepaskan hajat kecil atau besar.
👉Bawa Baju Yang Bersesuaian - Marsha pergi time winter dan memang lugage akan full dengan winter coat dan banyak lagi. Hmm....sekali pakai 4 lapis tau. Jadi baju biasa tu boleh anginkan tak perlu bawa banyak-banyak sebab tak berpeluh pun.
👉Makanan Extra - Kalau ikut agen, makan memang cukup. Tetapi bila musim sejuk ni kita cepat lapar. Jadi boleh bawa extra makanan dari Malaysia dan bersesuaian. Marsha aritu siap bawak makanan dalam tin macam sardin dan juga sambal ikan bilis. Last-last bagi ke driver bas sebab tak larat habiskan dan tak nak bawa balik Malaysia dah.

Teringin Ke Nak Backpackers?

Sudah tentu. Lepas ni insyaAllah akan ke sana kembali tetapi melancong ke korea backpacker pula. Doakan impian kami dipermudahkan tau. Sekarang anak dah 3...hihi. Banyak tips nak kena apply tu...hihi.

Sebelum kembali ke korea tu kami nak ke China dulu bawa anak-anak dan mungkin akan guna agen dulu sebab masih tak familiar lagi. So kena tengok servis runner visa china murah untuk menyesuaikan diri di sana.


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

32 Comments

  1. Wah bestnya! Saya belum ada rezeki lagi untuk sampai ke Korea Selatan. InsyaAllah moga-moga suatu hari nanti termakbul lah sebab Korea Selatan dah lama ada dalam bucket list saya ni. Hihi. Apapun nice sharing! Lagi buat rasa teringin ke sana pula winter nanti. Bestnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki tu nanti...ni pun teringin nak p backpackers plak. Nak pegi time lain pulak

      Delete
  2. Seronoknya dapat jalan jalan ke korea. Cx harap sangat dapat jalan ke sana. Suka tengok gambar² yg dikongsikan. Terima kasih untuk tips! Sangat bermanfaat!

    ReplyDelete
  3. mmg dalam wishlist nak g korea jugak.. sbb dah terjebak dengan drama korea.. tengok tempatnya sangat cantik

    ReplyDelete
  4. Wah, bestnya Marsha dah jejakkan kaki di Korea. Teringin juga ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat juga pergi Korea kita tak dapat lagi memang nak pergi walaupun dengan agent atau backpacker hehehee seronok tengok orang pergi tempat yang cantik dan menarik macam ni hurmmm nak kumpul duit sekarang juga...

    ReplyDelete
  6. best ! tapi mek takot nak g oversea. hahah. macam ilmu tak menebal lagi nak pegi sana. terkontang kanting di negara orang.

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat pergi Korea. Liez pun wish dapat ke sana dengan family. Lagipun mcm teruja nak kesana lepas layan drma-drama korea.. macam cantik je..

    ReplyDelete
  8. Best kan gi Korea..sis pun dh gi..tgok gambar2 ni rindu pulak nK kesana semula. Kali ni kalu gi nak bwk anak sekali sure dia seronok

    ReplyDelete
  9. Ruby pun belum pernah jejak kaki kan keluar negara. Takut² macam liza juga. Mungkin boleh ikut panduan Liza if Ruby nak ke sana, guna agen untuk permulaan. 😊

    Ohh, tandas dia orang macam tu eh. Memang kena standby lah botol kosong kan.

    Bestnya g masa winter. Boleh main salji.

    ReplyDelete
  10. Eh kalau pergi korea, memang akan transit ke jakarta? Macam best je singgah sana dulu. TK pernah ke korea lagi. Lepas ni nak ke korea lagi? Mesti minat giler kpop ni kan 😬

    ReplyDelete
  11. Bestnya melancong ke korea. Saya ni negeri kt malaysia pun tak habis lagi jelajah. Korea selatan mmg salah satu tempat yg saya nk pgi. In shaa Allah, kena kumpul duit byk2 lagi. Terima kasih share panduan ya.

    ReplyDelete
  12. bestnya kak Marsha bercuti satu keluarga di Korea. mesti banyak habis berbelanja kan. teringin jugak ke sana tapi belum ada rezeki lagi. best dapat travel ke negara org nie.

    ReplyDelete
  13. wah best nya. semoga semua bergembira bercuti ye ^_^

    ReplyDelete
  14. korea adalah salah satu negara yang saya sangat sangat nak pergi

    ReplyDelete
  15. Wah menariknya pergi Korea. Dulu selalu dengar cerita kawan pergi Korea. Hehe. Tips2 berguna untuk bakal pelancong macam saya. Doakan dapat peluang ke sana juga.

    ReplyDelete
  16. Bestnya dh jejak ke negara orang.. Kita tak pernh lagi.. Entah bila dapat.. Huhu.. Kalau kita pun agak guna ejen juga la kot sebb tak familiar langsung.. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korea agak mudah dan jimat untuk pergi sendiri cuma kena kn buat homework sikit he he

      Delete
  17. seronoknya dah sampai sana...kita selalu berangan nak pergi korea hahahaha..suka dengan budaya dan makanan lokal dia (halal)...and byk tempat menarik juga boleh pergi kan

    ReplyDelete
  18. Wah bestnya! Selalu tengok org melancong ke Korea. Insyaallah one day. Thanks share pasal tmpt muslim di Korea. Boleh terjah kesana nnti. hehehe

    ReplyDelete
  19. I miss my Korea trip after reading your post! The cold weather there is definitely not joking. Overall glad your family enjoy the trip!

    ReplyDelete
  20. Negeri seterunya Korea, Saya rasa nak gi waktu summer, mesti cantik ye. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  21. Salam Sejahtera,

    Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini.

    Kami dari Team Naracards ingin menjemput tuan blog dan pembaca untuk mengunjungi website kami kerana kami menyediakan bantuan panduan untuk travel ke Korea secara independent buat yang pertama kali ingin melancong ke Korea.

    Salam perkenalan dari kami Team Naracards.

    ReplyDelete
  22. Salam. Boleh ke bawah makanan dan lauk paket atau tin...ikut arahan kerajaan korea dah ban semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Time sy pergi tu tak ada masalah tahun 2012...tapi better rujuk undang2 latest

      Delete
  23. Assalam.. Marsha g korea tahun 2012? Bukan tahun ni la? Risau sebenarnya naj bawa atau tak makanan dlm tin

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ye betul...tap boleh je rujuk peraturan bawa barangan ke korea. Rasa mcm ok

      Delete
  24. Marsha g korea tahun 2012? So bukan tahuj ni 2019? Sbb risau ttg nak bawa makanan tin

    ReplyDelete
  25. Great article shared , keep it up. Also please share some of tour in malaysia.

    ReplyDelete
  26. wah bestnya berjalan kat korea. teringin jugak nak berjalan lepas2 covid ni hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh start planning dah sis...bila kes covid dah betuk2 ok baru lega nak fly

      Delete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us