Assalamualaikum



Pengalaman Melancong Ke Korea Bersama Keluarga | Marsha mula memberanikan diri ke luar negara pada tahun 2013. Dah lama kan? Ye tahun tu titik permulaan Marsha panjangkan langkah ke luar negara. Kiranya negara pertama yang Marsha jejak ialah K-Pop country iaitu Korea. Memang wishlist dah lama. Asyik sebut nak ke Korea. Masa tu memang layan running man. Marsha tak pergi backpackers tau sebab belum ada pengalaman lagi melancong keluar negara. Kira masih takut-takut lagi. Macamana nak survive tempat ke tempat, nak makan halal dan banyak lagi. Jadi,  sebagai permulaan Marsha menggunakan khidmat travel agent untuk merealisasikan impian Marsha. Biarlah orang nak kata tak chill ke tak mencabar ke tapi Marsha kena berjaga-jaga juga sebab kali pertama orang kata kan? Masa ni Kakak Anith dah menginjak ke 5 tahun jadi oklah nak bawa travel jauh kan.




Pergi melancong dengan travel agen ni senang. Kita hanya bayar yang mana perlu sahaja. Biasanya bayaran dah termasuk tiket flight, hotel, makan serta tiket masuk ke tempat-tempat yang kita akan pergi dalam itineary. Kalau dari segi itineary pula hanya follow itineary agen sahaja. Kalau backpackers ni banyak step kena buat dan sediakan. Sebulan sebelum pergi tu kena siap itineary dan sebagainya. Makan masa jugak. Kalau agen ni kita bayar dan follow je la. Hanya bawa duit poket untuk shopping je la. Flight, tempat tinggal, makan semua termasuk dalam bayaran. Marsha dan husband dah discuss yang kitaorang akan follow agen dulu dan insyaAllah lepas ni kalau ada rezeki lebih kami akan pergi backpackers pula.



Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar kesemuanya dan yang best kami transit seharian juga di Jakarta. So dalam masa yang sama kami menjejak kaki ke Indonesia juga. Walaupun transit kejap je sempat la shopping dekat Tamrin City. Lepas tu baru kami bertolak ke Korea. Sebenarnya kami pergi ni Korea tengah winter tau. Memang plan nak pergi masa ni sebab nak merasa main salji kat sana.

Tempat Menarik Di Korea

Antara tempat menarik yang Marsha telah lawat di Korea ni ialah

💗Namsan Tower
💗Gyeongbokgung Palace





💗Nami Island


💗Everland
💗Han River Cruise
💗Grand Mosque - Itewon
💗Stadium Busan


Tempat Paling Marsha Suka di Korea

Marsha paling suka di Itewon. Mesti korang tahu kan Itewon adalah antara kawasan muslim yang mempunyai makanan halal dan seronok makan kat sana. Tak perlu nak risau sebab kat sana memang halal. Kat Itewon juga ada satu-satunya masjid ( Grand Mosque) . Marsha sempat masuk ke masjid dan solat. Binaan dia sangat cantik.



Tips Percutian Ke Korea Musim Sejuk

Ni Marsha nak share sikit tips percutian ke korea pada musim sejuk ni. Tapi ni tips general lah kan sebab time ni Marsha pegi dengan agen.

👉Sentiasa bawa botol kosong - Ini penting tau sebab kebanyakan tandas di Korea tak ada paip air macam kat Malaysia. Jadi selalu kena ada botol kosong dan kita boleh isi air kat sinki sebelum masuk ke toilet untuk melepaskan hajat kecil atau besar.
👉Bawa Baju Yang Bersesuaian - Marsha pergi time winter dan memang lugage akan full dengan winter coat dan banyak lagi. Hmm....sekali pakai 4 lapis tau. Jadi baju biasa tu boleh anginkan tak perlu bawa banyak-banyak sebab tak berpeluh pun.
👉Makanan Extra - Kalau ikut agen, makan memang cukup. Tetapi bila musim sejuk ni kita cepat lapar. Jadi boleh bawa extra makanan dari Malaysia dan bersesuaian. Marsha aritu siap bawak makanan dalam tin macam sardin dan juga sambal ikan bilis. Last-last bagi ke driver bas sebab tak larat habiskan dan tak nak bawa balik Malaysia dah.

Teringin Ke Nak Backpackers?

Sudah tentu. Lepas ni insyaAllah akan ke sana kembali tetapi melancong ke korea backpacker pula. Doakan impian kami dipermudahkan tau. Sekarang anak dah 3...hihi. Banyak tips nak kena apply tu...hihi.

Sebelum kembali ke korea tu kami nak ke China dulu bawa anak-anak dan mungkin akan guna agen dulu sebab masih tak familiar lagi. So kena tengok servis runner visa china murah untuk menyesuaikan diri di sana.


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger