Rumah Ronald McDonald HUSM Berjaya diwangikan oleh Team AFY haniff

Assalamualaikum


Rumah Ronald McDonald HUSM Berjaya diwangikan oleh Team AFY haniff | AFY haniff dah sinonim dengan serai. Bagi Marsha ia adalah nama yang tak asing lagi. Sebab Marsha ni memang fanatik bab-bab serai ni. Suka sangat bau serai. Kalau ke bahagian keperluan rumah di pasaraya memang kita akan nampak jenama AFY haniff ni. Pakaging dia sangat menarik pandangan mata walaupun kali pertama tengok. Buat yang belum pernah dengar jom Marsha kongsikan serba sedikit tentang AFY haniff ini. Mesti korang nak tahu kan 

Tentang AFY haniff


Untuk pengetahuan korang, AFY haniff Group (M) Sdn. Bhd dah lama bertapak yer. Ia diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006, maksudnya dah 13 tahun dah usia. Kalau anak ni dah tingkatan 1.  Fokus mereka dalam menyediakan detergen herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai. AFY haniff sangat terkenal dengan dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga. Kalau ke pasaraya, nak cari penghalau serangga serai ataupun yang bukan dari bahan kimia AFY haniff adalah pilihan. Sehingga hari ini, AFY haniff telah berjaya berada di pasaran lebih daripada 2,000 pasar raya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand. Memang meluas betul coverage AFY haniff ni.


Rangkaian Produk Keluaran AFY Haniff

AFY haniff terkenal dengan 5 produk nya yang berasaskan serai (lemongrass) yang kita tahu serai ni bau dia best sangat. Marsha dulu ada guna lilin serai brand AFY haniff ni untuk halau lalat. Memang sangat ok. Kat bawah ni senarai 5 produk AFY haniff:

1. Pewangi Fabrik D'MENC AFY haniff.
2. Sabun Pencuci Pinggan 40 Days AFY haniff
3. Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff
4. Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWiPEL AFY haniff
5. Pencuci Lantai SWiPEL AFY haniff dan lain-lain lagi

Makin best AFY haniff mula mendapat tempat untuk produk baru merekea seperti handwash dan pencuci pinggan. Makin banyak produk baru yang akan dikeluarkan nanti bermakna makin seronok sebab ada banyak pilihan. Oh ya, untuk pengetahuan juga, AFY haniff ni adalah company yang terkenal dengan produk penjagaan rumah yang berasaskan 'serai wangi'. Marsha mula-mula confuse juga tapi sekarang dah okay. Malah ok apa dengan nama baru yang mereka pilih, SWiPEL, hmmm menarik sangat!!



Program Gotong Royong Mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM

Meh nak story, baru-baru ni Team AFY haniff telah menganjurkan satu agenda gotong royong mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian. Tabik spring dengan team AFY haniff sebab sanggup turun dari Kuala Lumpur ke Kelantan mengambil masa berjam-jam hanya untuk mengukir senyuman penghuni Rumah Ronald McDonald HUSM. Namun Team AFY haniff tak berseorangan. Aktiviti ini adalah hasil kerjasama yang pertama kali di antara AFY haniff dan juga team McDonald’s dengan di bantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama-sama menjayakan event ini. Memang gabungan yang kebabommm!!

Tujuan utama AFY haniff  bertindak untuk mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah tak lain tak bukan sebagai tanda simpati kepada para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian Kelantan. Kehadiran AFY haniff sedikit sebanyak dapatlah meringankan sedikit beban adik-adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian. Meriah betul nampak. Lain kali Marsha nak join lah gotong-royong macam ni dalam membantu mengukir senyuman adik-adik yang menjadi pesakit di Rumah Ronald McDonald HUSM ini. Ukhwah pula akan terbina dengan program macam ni. Marsha seronok buat orang lain gembira!

Agenda gotong royong ini diadakan pada 24 September 2019 iaitu hari Selasa yang lepas dan dimulakan dengan sesi berkumpul team AFY haniff, team McDonald's dan juga wakil Bite Media Consultants  untuk sesi perkenalan diri dan taklimat ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan  dan taklimat ini berlangsung selama setengah jam.



Usai taklimat ringkas oleh team AFY haniff, team akan dibawa untuk sesi lawatan Rumah Ronald McDonald. Sesi lawatan ini mengambil masa satu jam.



Usai sesi lawatan Rumah Ronald McDonald, Team diberi masa shopping barangan keperluan untuk kegunaan penghuni Rumah Ronald McDonald. Masa untuk shopping telah diperuntukkan selama 2 jam. Bab shopping ni memang best...hihi. Antara barangan yang di beli adalah seperti barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah.



Setelah 2 jam diperuntukkan untuk shopping tamat, team akan pulang ke Rumah Ronald McDonald dan bergotong-royong memasak untuk makan tengahari dan makan bersama-sama penghuni Rumah Ronald McDonald. Bestnya dapat gotong royong memasak dan makan beramai-ramai. Marsha boleh bayangkan kemeriahan masak dan makan bersama-sama. Mesti ala-ala kenduri...bestnya!!




Tepat jam 2 petang, aktiviti wangikan Rumah Ronald McDonald bermula sepenuhnya dengan menggunakan produk Afy Haniff. Tugas dibahagikan antara team. Ada yang sapu sampah, ada yang mop lantai dengan guna pencuci lantai AFY haniff ( Serai Wangi AFY haniff Concentrate Insect Repellent Liquid) , spray pewangi untuk fabrik seperti langsir dan sebagainya guna pewangi fabrik Afy Haniff ( Serai Wangi AFY haniff Natural Insects Repellent Flies Mosquito Aromatic Sprayer 650ML) , cuci pinggan guna pencuci pinggan AFY haniff. Rasa teruja nak mencuba pencuci pinggan AFY haniff ni.






Selain dari gotong royong mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM ni, pemberian sumbangan dalam bentuk barangan jenama Afy Haniff kepada para penghuni yang ada di sana juga dijalankan.


Pemberian Wang Bantuan Kepada Salah Seorang Waris Pesakit

Di penghujung agenda gotong-royong ini, pemberian wang secara ‘kilat’ turut diberikan pada salah seorang waris pesakit pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Pemberian wang yang tidak seberapa ini di beri secara mengejut ‘on the spot’ kerana atas rasa sedih akan nasib keluarga ini. Anak kepada pakcik ini sedang terlantar di HUSM akibat di langgar kereta dan usianya hanyalah 5 tahun saja. Kecederaan agak serius dan semoga semua dapat saling doakan. Moga ada sinar yang lebih baik buat mereka dan moga anak pakcik cepat sembuh.




Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang produk AFY haniff ni korang boleh rujuk maklumat dibawah yer.

Maklumat Lanjut








Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

6 Comments

  1. satu usaha yg bagus dan perlu dicontohi

    ReplyDelete
  2. PRODUK YANG BAGUS DAN TEAM YANG HEBAT . TAHNIAH

    ReplyDelete
  3. mcm2 produk afy haniff nie, pernah dengar jenama nie, cuma tak thu produk apa yg dorg jual.. dah baca baru thu,,

    ReplyDelete
  4. Banyak juga produk keluaran AfY Haniff ni rupanya. Ciktie pernah cuba 1 jenis je setakat ni. Memang best.. wangi dan segar.

    ReplyDelete
  5. Yang serai wangi tu pernah guna halau semut, haha .. Nasib baik berkesan.

    ReplyDelete
  6. satu usaha yang murni dari team afy haniff untuk sama2 bergotong royong dan kenal dengan lebih dekat lagi rumah ronald mcdonald ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us