Fakta Tentang Covid-19 ( Novel Coronavirus 19 )

Assalamualaikum


Hari ini hari ke-2 Perintah Kawalan Pergerakan yang telah di umumkan oleh Perdana Menteri kita. Kami sekeluarga masih #StayAtHome dan menghabiskan masa sepenuhnya bersama keluarga walaupun encik suami perlu #WorkFromHome. Sekurangnya nampak encik suami depan mata kan. Marsha sangat bersimpati dengan frontliner sebab dorang tak boleh balik nak jumpa family pun sebab takut virus Covid-19 ni menjangkiti ahli keluarga yang lain. Kesannya sangat buruk. 

Kita dapat lihat kesan pada negara China dan juga Itali juga. China sudah meraikan fasa terakhir virus berbahaya ini tapi Itali masih berjuang. Begitu juga negara tercinta kita, Malaysia. Masih berjuang dalam gelombang ke-2 dan Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan kerana untuk memutuskan rangkaian virus Covid-19 ini. Sehingga hari ini kes di Malaysia sudah menjangkau 900 kes, peningkatan sebanyak 110 kes dan kes sembuh juga makin meningkat iaitu 75 kes. Bilangan masuk ICU juga makin meningkat ke 20 orang dan kematian 2 orang.


Marsha doakan pesakit-pesakit Covid-19 ini cepat sembuh dan rantaian virus Covid-19 ini dapat diputuskan supaya tiada lagi gelombang ke-3. Moga kita semua dijauhkan dengan virus yang boleh menyebabkan kematian ini. WHO juga istiharkan Virus Covid-19 ini sebagai PANDEMIK.


Fakta Tentang Covid-19

Coronavirus ataupun Covid-19 ialah virus baru yang menyerang sistem pernafasan manusia yang dikategorikan sebagai Pneumonia. Virus ini ada kaitan dengan SARS dan MERSCoV yang pernah merebak beberapa tahun dulu.

Ihsan: Infosihat

Penyebab Coronavirus

Masih belum diketahui penyebab secara khusus tetapi ianya berpunca dari haiwan dan menjangkiti haiwan lain juga boleh menjangkiti manusia. Berasal dari Wuhan, China dan dikenalpasti pada Disember 2019. 

Gejala Coronavirus

Individu yang dijangkiti biasanya akan mengalami demam suhu yang tinggi, selsema, batuk tidak berkahak dan juga susah untuk bernafas. Namun ada juga individu yang disahkan positif Covid-19 ini tidak mempunyai gejala ini. Juga ada yang mengalami gejala yang berbeza juga.

Ihsan: Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Langkah Pencegahan

Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh kita buat disebabkan virus Covid-19 ini bersaiz besar dan juga sebenarnya boleh dielakkan dengan rutin kebersihan yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Antaranya ialah:

  1. Pakai topeng muka (mask) jika bergejala seperti batuk, selsema dan demam.
  2. Sentiasa cuci tangan (dirumah) dan bawak 'hand sanitizer' jika berada diluar. Virus Covid-19 ini akan mati dengan penggunaan hand sanitizer yang alkohol berkepekatan 70% dan keatas.
  3. Elakkan mengunjungi tempat yang ramai orang.
  4. Elakkan makan makanan mentah (haiwan) atau yang tidak dimasak dengan sempurna.
  5. Pada gelombang ke-2 ini, dinasihatkan korang #StayAtHome dan jika memerlukan barang keperluan hanya satu orang dari setiap keluarga dibenarkan keluar untuk meminimumkan 'contact'.
  6. Bila balik dari luar, terus mandi dan baju terus dibasuh baru lah peluk anak-anak dan isteri.
  7. Elakkan berjabat tangan.
  8. Pastikan berada dalam jarak selamat 1 meter kerana Virus Covid-19 ini tidak merebak melalui udara dan ia akan jatuh jarak kurang dari 1 meter.

Jadi Marsha berharap sangat kita semua dapat berganding bahu menyahut seruan kerajaan supaya #StayAtHome untuk memutuskan rantaian Virus Covid-19 ini. Simpankan hasrat dulu untuk kemana-mana walaupun ada yang bercuti 2 minggu. Pikirkan 'frontliner' kita yang berjuang membantu pesakit Covid-19 yang dijangkiti dan kalau boleh kita nak virus ini terus mati. Kita boleh belajar kesan dari negara Itali yang sekarang ini juga masih berjuang menghapuskan Virus Covid-19 ini. 

#StayAtHome atau #DudukDiRumah sepanjang 14 hari ini dan jadikan cuti kuarantin ini bermakna buat kita semua. Jom #StayAtHome dan #PerangiCovid19.



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us