Cara Mudah Buat Roti Canai Di Rumah

Assalamualaikum


Arini dah hari ke-7 kita semua menjalani Perintah Kawalan Pergerakan @ Restriction Movement Order (RMO) pada tahun ini. Siapa sangka tahun 2020 ini kita diberi dugaan yang hebat dengan serangan dari virus yang bernama COVID-19 ini. Permintaan terhadap barangan menjadi tinggi  mungkin disebabkan kepanikan terhadap barang dapur. Walaupun Perdana Menteri kita telah mengesahkan barangan keperluan semuanya cukup. Sebagai contoh, roti menjadi salah satu yang sangat diperlukan sehingga nak dapatkan pun susah.

Ketika RMO ini, sudah susah nak keluar dan setiap keluarga hanya dibenarkan seorang sahaja keluar untuk memberi barang keperluan. Husband yang keluar beli barang keperluan hari sabtu lepas pun bagitau tepung gandum pun habis. Nasib baik juga sebelum RMO ni kami dah ambil tepung gandum sebagai bekalan siap-siap. Apa yang boleh dibuat dengan tepung gandum ni? Disebabkan terlalu teringin nak makan roti canai, jadi Marsha cuba buat roti canai dirumah. Buat dari asal sampailah jadi roti canai.


Cara Mudah Buat Roti Canai  Di Rumah


Meh la Marsha kongsikan resepi dan cara mudah buat roti canai dirumah. Ianya senang dan mudah.  Betul ke mudah? Serius memang mudah. Resepi cara mudah buat roti canai dirumah ini sangat senang. Bahan-bahan pun memang sudah sedia ada dirumah.  Jadi boleh la korang buat breakfast semasa RMO ni dijalankan. Tak perlu keluar rumah nak cari roti canai mamak ataupun nak cari bahan untuk buat roti canai. 

Bahan-bahan:

Tepung Gandum - 1/2 kg
Susu Pekat Manis - 2 tbsp
Telur - 1 biji
Marjerin - 1 tbsp ( Marsha guna buttercup)
Air Biasa - 220 ml 
Garam Halus - 1 tsp 

( TBSP - Tablespoon @ Sudu Besar; TSP - Teaspoon @ Sudu Kecil)


Cara Penyediaan Doh Roti Canai:

1. Campur semua sekali bahan dan uli lebih kurang dalam 15-20 minit. Pastikan doh penyet bila ditekan. Tidak melawan balik. Bila macam ni bermakna doh telah siap sedia. Pastikan juga doh tidak melekat.
2. Bulatkan doh.
3. Tutup doh dengan kain biasa atau kain basah dan biarkan doh rehat dalam 30 minit - 1 jam.
4. Setelah doh direhatkan boleh mula bulatkan doh kecik-kecik. Masa ni doh jadi 'chewy'.
5. Setelah dibulatkan, sapu dengan majerin disekeliling doh yang telah dibulatkan untuk elakkan doh melekat antara satu sama lain.
6. Simpan semalaman di dalam bekas di luar. Jangan simpan dalam peti ais untuk elakkan doh dari rosak.


Doh yang telah dibulatkan dan disapu dengan majerin

Jadi bangun esok pagi korang dah boleh mula tebar doh roti canai dan goreng. SIAP!!..hihi. Kalau korang teringin nak makan roti canai boleh la mula buat doh petang dan pagi dah boleh tebar dan makan. Marsha buat macam tu lah jadi tak la rasa lama sangat nak tunggu nak makan roti canai kan?..hihi



Hasil roti canai handmade. Walaupun rupa tak berseni tapi sedap...hihi


Harap resepi Marsha ni dapat membantu korang untuk buat roti canai dengan mudah. Boleh lupakan roti canai mamak buat sementara. Lagipun elok juga buat sendiri sebab kebersihan terjamin dan juga boleh jimat. Bahan-bahannya senang memang ada dekat rumah dan tak renyah. Resepi ni Marsha dapat dari kawan baik juga cuma Marsha olah sikit berpandukan resepi yang lain. Kira resepi derhaka jugak la kan...hihi. Terima kasih buat fida yang tak lokek kongsi resepi.

Dalam masa yang sama anak-anak, suami, isteri, ayah, ibu dan juga kawan-kawan mesti suka makan masakan hasil air tangan kita kan. Kita pun mesti senang hati. Selamat mencuba!!




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

4 Comments

  1. Kat rumah wak ni, simpan stok yang segera aje

    ReplyDelete
  2. nak buat jugok lahhhh...time cmni susah nak dapat makan roti canai dah.. kena pandai buat sendiri kann

    ReplyDelete
  3. pandainya.Ina buat 2kali jee.Fail! terus give up dahh..hihii.

    ReplyDelete
  4. Aritu buat suami menguli.. Rendam minyak hahaha jadi la lepas la nak mkaan roti canai.. Nanti boleh try resepi kak marsha ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us