Jom Derma | VITS LANCAR KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) UNTUK HOSPITAL KUALA LUMPUR

Assalamualaikum



Jenama Vits sudah tidak asing di kalangan kita. Vit Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 dan baru-baru ini telah mengambil inisiatif murni bagi bersama-sama membantu menangani masalah Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak secara globalnya ke seluruh negara. 

Semenjak 18 Mac di mana bermulanya Yab Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia memutuskan perintah kawalan pergerakkan, Vit Makanan telah merangka pelan bagi membantu golongan masyarakat sebagai tanda menyumbang semula kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits ini semenjak 1975 sehingga kini. 

Antaranya dengan memberi agihan makanan kepada pasukan ‘frontliners” “roadblock’, balai polis, balai bomba dan juga pusat kawalan Covid 19 di Hospital Kuala Lumpur.

           

Selain dari itu juga Vit Makanan telah menubuhkah program bantuan makanan untuk warga emas di seluruh Malaysia.



Semenjak 18 Mac 2020 sehingga kini seramai 500 warga emas telah menerima bantuan makanan ini, di mana mereka ini tidak mampu untuk keluar di atas faktor kesihatan, uzur dan sebagainya. Alhamdulillah Marsha happy sangat bila warga emas yang susah dapat dibantu dalam program murni dari Vit Makanan ini.




Selain dari memfokuskan kepada warga emas serta barisan hadapan “frontliners” dengan bantuan makanan, Vit Makanan juga telah menyumbang sejumlah pakaian PPE untuk Covid Team Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Vit Makanan sendiri, Malaysia Noodlesman atau Mr YT Lai kepada bahagian Farmasi Hospital Kuala Lumpur untuk pasukan gerakan Covid19. Ini merupakan penghantaran yang pertama dari kami dimana, kami telah memesan sejumlah “isolation gown” dari pembekal untuk penghantaran bantuan kedua yang dijangka siap pada minggu hadapan kerana keperluan mereka adalah 20 000 helai “isolation gown’ sebulan, kata Mr YT Lai. Pakaian PPE adalah sangat penting untuk hospital dalam usaha melawan wabak pandemik yang kita tidak nampak dengan mata kasar dan berbahaya ini.



Vits juga menjemput orang ramai untuk sama-sama menyokong program murni ini dengan menghasilkan produk makanan menu terbaru Vits Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio. Hasil jualan dari produk ini akan didermakan terus kepada pembelian “Isolation gown” dan akan didermakan kepada pasukan gerakan Covid19 Hospital Kuala Lumpur. Vits berharap agar rakyat Malaysia sama-sama dapat membantu dalam gerakan membanteras virus berbahaya ini.


Marsha pun nak join membuat belian menu terbaru Vits, Vits Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio dan dalam masa yang sama boleh bantu yang memerlukan. Beli & Derma..simple kan? Yang lain Vits akan usahakan dalam kempen yang murni ini. 

TENTANG VITS ITALIAN MI GORENG BOLOGNESE & AGLIO OLIO


Mi Goreng Bolognese ini adalah hasil mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik Itali. Memperkenalkan mi goreng bolognese yang dibuat dari buah tomato segar minyak zaitun premium dan campuran kemangi asli menambah aura masakan Itali. Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli

Mi Goreng Aglio Olio Itali pula adalah hasil gabungan mi goreng dari menu klasik Itali. Memperkenalkan Aglio Olio goreng Vit yang terbuat dari minyak zaitun premium dan campuran ramuan dan rempah asli. 



Selain campuran ini, kami menyediakan campuran bawang putih, cabai dan daun pasli tambahan untuk menambah aura masakan Itali. bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli. Ok jom layan video makan-makan bersama Vits jom.



Jom korang kita sama-sama bantu yang memerlukan. Untuk bersama-sama membeli dan menderma untuk program ini, klik link di bawah. 






#staysafe #stayathome #staywithvits 

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

8 Comments

  1. bagusnya. suke la tgk good deeds mcm ni

    ReplyDelete
  2. bagus sangat tau bila buat macam ni..membantu yang mana susah..nnti nak try mee goreng aglio tu macam menarik je

    ReplyDelete
  3. I have benefited a lot from visiting your site. Thank you

    ReplyDelete
  4. Nice article thanks this post share

    ReplyDelete
  5. Great information you shared through this blog. Keep it up and best of luck for your future blogs and posts. Golden Triangle Tour Packages India

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us