Ratu Kek Lava bersama Raja Buah Istimewa Dari Domino's

Assalamualaikum



Domino's, siapa tak kenal dengan jenama piza ternama ni kan? Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

Kali ini Domino's memperkenalkan produk terbaru mereka bermula 6 April 2020 baru ini. Nak tau produk terbaru Domino's? Jom | Ratu Kek Lava bersama Raja Buah Istimewa Dari Domino's


Ratu Kek Lava bersama Raja Buah Istimewa Dari Domino's



Lazat, menyelerakan dan kaya dengan aroma, inilah yang dapat dinikmati apabila kek lava klasik digabungkan dengan raja segala buah, durian. Korang berani untuk mencuba dan sahut cabaran? Marsha dah sahut cabaran tau....tak rugi...sampai hari ini masih teringat rasanya yang sedap. Marsha order pizza dan add on Kek Lava Durian ni memang berbaloi dan tak rugi sebab memang rasa durian asli tau!




Sempena April yang bermakna ini, Domino’s Pizza memperkenalkan pencuci mulut terbaru dalam koleksinya, Kek Lava Durian! Sempurna untuk semua peminat durian, pencuci mulut dan mereka yang inginkan sesuatu yang baharu, Kek Lava Durian ini pasti menjadi pilihan yang akan memenuhi citarasa semua. Diperbuat dengan kek yang lembut dan lazat dengan perisa durian dipenuhi dengan inti durian yang kaya dengan isi sebenar D24. Nikmati kelazatan rasa buah kegemaran anda dengan penuh keselesaan di rumah sendiri.



Berkongsi tentang konsep disebalik pembuatan Kek Lava Durian, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia & Singapura, Linda Hassan berkata, “Untuk memenuhi kehendak citarasa semua pelanggan dan selaras dengan janji Domino’s iaitu “It’s All About You,” kami ingin mencipta pencuci mulut yang dapat menjadi tarikan kepada peminat durian dan juga mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu dalam pilihan pencuci mulut. Kerana durian adalah rasa yang unik, kami berazam untuk mencipta pencuci mulut yang akan disukai ramai. Kepada mereka yang mempunyai keraguan dengan rasa durian, kami cabar anda untuk mencuba pencuci mulut ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kek Lava Durian terbaru ini disediakan khusus untuk menyembunyikan bau durian tanpa menjejaskan rasa enaknya. Perisa durian menawarkan rasa yang unik dan inti tengah yang lazat akan memberikan pengalaman yang tersendiri dan tidak dapat dilupakan. Tunggu apa lagi, sahut cabaran #WeDareYouToTry!” 



Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia turut berkata, “Sebagai sebuah jenama yang mengutamakan obsesi pelanggan, kami menyedari profil rasa asas pelanggan Malaysia dan kami memahami keadaan semasa yang dihadapi sekarang. Seiring dengan perkhidmatan penghantaran Zero Contact, kami juga mengambil berat tentang pilihan yang ditawarkan, maka terhasilnya Kek Lava Durian. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pencuci mulut terbaru ini dan memuaskan keinginan rasa durian mereka sambil masing-masing menjaga diri serta kekal selamat di rumah.”


Untuk masa yang terhad sahaja, Kek Lava Durian boleh didapati bermula 6 April. Jadi korang jangan tengok aja. Terus order. Kalau tak nanti kempunan jenuh...hihi.



Domino’s berpegang teguh dengan janji jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan kepuasan produk. Komitmen ini ditunjukkan melalui dasar tiada pembatalan dan pembayaran balik ataupun penggantian pesanan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan pesanan. Marsha order online semalam pun kurang dari 30 minit dah sampai. Memang puas hati dengan masa delivery.


Marsha pun nak share dengan korang ni. Selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu operasi Domino’s mungkin berbeza mengikut waktu operasi yang dibenarkan oleh majlis-majlis tempatan di setiap negeri. Komitmen kami terhadap keselamatan penghantar piza dan pelanggan jelas dengan pelaksanaan perkhidmatan wajib Zero Contact. Macam semalam yang delivery Domino's dekat Marsha dorang amalkan Zero Contact ni. Sangat salute!



Jadi untuk korang yang nak mencuba Kek Lava Durian terbaru, sila kunjungi kedai-kedai Domino’s ataupun membuat pesanan atas talian di http://www.dominos.com.my/. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Domino’s Quattro Pizza dan promosi produk-produk yang lain, sila layari http://www.dominos.com.my/.

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

3 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us