Download MySejahtera & Dapat RM50 E-Wallet


Assalamualaikum


Pandemik COVID-19 semakin boleh dikawal di negara kita. Ianya masih ada cuma dalam fasa ini negara dalam proses pemulihan kembali dari kesan wabak pandemik ini. Hampir 3 bulan kita diarahkan stay at home dan menjalankan norma baru, pada Jumaat minggu lepas 5 Jun 2020, PM kita YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang melibatkan pelbagai sektor dan juga individu. Salah satu yang di umumkan ialah kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-wallet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020 hingga September 2020 ini. Semua rakyat Malaysia layak dan dengan syarat kenalah download aplikasi MySejahtera. Korang dah download belum? Kalau belum, jomlah kita download bersama-sama. Kali ni Marsha nak share serba sedikit aplikasi MySejahtera dan cara download aplikasi ini | Download MySejahtera & Dapat RM50 E-Wallet

Download MySejahtera & Dapat RM50 E-Wallet



Apa Itu MySejahtera?

Jom kita fahamkan maksud MySejatera ni. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.


Siapakah Pengguna Aplikasi 


2 kategori pengguna MySejahtera Apps ni

  1. Rakyat Malaysia dan Warga Asing yang menetap di Malaysia
  2. Pentadbir Aplikasi di KKM

Keperluan Minimum Peranti untuk menggunakan MySejahtera Application

  • Telefon pintar dengan sistem pengoperasian Android 4.0 ke atas atau iOS 10 ke atas
  • Sambungan internet
  • Boleh menerima SMS bagi proses penghantaran One-Time-Pin (OTP).

Dimana Boleh Download Aplikasi MySejahtera


Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun dari Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Untuk lebih senangkan korang untuk MySejatera app download, Marsha kongsikan terus link nya dibawah untuk pengguna IOS, Android dan juga Huawei



Fungsi MySejahtera

Setiap saranan dari kerajaan mesti ada kebaikkannya kan? Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan kepada kita untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19 dengan mengetahui risiko korang terhadap jangkitan COVID-19.
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19 seperti melakukan pemeriksaan kendiri dari masa ke semasa.
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
  • Mengetahui dan mencari hotspot COVID19 di sekitar anda
  • Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID19 di Malaysia dan dunia. 

Cara Mendaftar MySejahtera


Untuk MySejahtera registration, korang hanya ikuti langkah-langkah dibawah:

Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery

Ini paparan untuk pengguna IOS


Langkah 2: Tekan butang "Daftar Di Sini" atau " Register Here" untuk mendaftar pengguna baharu




Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik "Daftar" atau "Register" dan jika nak guna emel untuk pendaftaran, hanya klik pautan "Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar" atau "I would like to use email to register". Marsha guna no telefon bimbit je senang. Jangan lupa klik "I'm not a robot" untuk pengesahan.






Langkah 4: Korang akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)

Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan "Hantar" atau "Submit" (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)

Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang "Sahkan"



Langkah 7: Anda akan mendapat mesej "Pendaftaran Berjaya". Klik pada link "Tutup" di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk




Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik "Log Masuk"




Tahniah! korang dah berjaya mendaftar sebagai pengguna! Yeay! Tapi buat masa ini ianya mungkin akan 'jammed' berikutan dari ramai orang yang akan daftar dan juga log in nanti. Jadi bersabar ye. Tempoh dari Julai 2020 hingga September 2020 jadi banyak masa lagi. Alhamdulillah walaupun RM50 tetap rezeki kita kan. Selamat mencuba korang!


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

13 Comments

  1. Bgs mysejahtera ni. Bos kat opis pun dh mula kempen suruh staff download apps ni

    ReplyDelete
  2. baru nak cuba download. cuma proses nak daftar tu lambat n susah sgt la.

    ReplyDelete
  3. Mudah MySejahtera ni. Sal dah try guna masa pi shopping mall

    ReplyDelete
  4. Bagus app MySejahtera ni. Atleast kita ada rekod orang perseorangan yang pegi sesuatu tempat.

    ReplyDelete
  5. tak daftar lagi..tunggu la dlu.hehe

    ReplyDelete
  6. Haritu nad cuba dftr. Guna phone.. Lambt btul dpt otp.. Esok sing bru dpt. Hahaha.. Takpela nnati dftr lagi

    ReplyDelete
  7. Thank you share info ni. Tak daftar pon lagi. Hihi

    ReplyDelete
  8. Baru nak daftar. Hehe. Tq ats perkongsian

    ReplyDelete
  9. tak download lagi. lepas ni bolehla download 😊

    ReplyDelete
  10. belum cuba download lagi.. baru nak cuba.. terima kasih sharing ^^

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us