Mengingatkan Ikatan Erat Sesama Kita Dengan KANISTER EDISI TERHAD ANUGERAH SENI CAMERONIAN BOH KE-17

Assalamualaikum

Buat peminat teh, korang mesti familliar dengan teh jenama BOH kan. Dah lama dah jenama teh BOH ni. Dari kecik dah ada. Kalau dekat Cameron Highland ada BOH Tea Plantation ni. Ia menjadi port wajib Marsha sekeluarga rest minda kalau naik Cameron Highland. Marsha sekeluarga memang tak akan missed minum teh kat sini. Tak lupa juga bergambar bersama famili. Kali ini, Marsha nak share keluaran istimewa atau edisi terhad teh jenama BOH ni. Jom kita tengok | Mengingatkan Ikatan Erat Sesama Kita Dengan KANISTER EDISI TERHAD ANUGERAH SENI CAMERONIAN BOH KE-17 

Mengingatkan Ikatan Erat Sesama Kita Dengan KANISTER EDISI TERHAD ANUGERAH SENI CAMERONIAN BOH KE-17 



BOH Plantations Sdn. Bhd. (BOH) telah melancarkan Kanister Edisi Terhad BOH Cameronian Gold Blend sempena Anugerah Seni Cameronian BOH ke-17. Lawa betul kanister edisi terhad ni. Marsha pun teruja sangat sebab Marsha pun antara salah seorang 'tea lover'.




Reka bentuk menarik kanister tersebut menghidupkan tema Anugerah Seni Cameronian BOH ke-17 tahun ini iaitu Antara Satu Sama Lain (Together with One Another), yang melaungkan betapa pentingnya hubungan dan kolaborasi dalam memacu industri seni ke tahap yang lebih gemilang. Selaras dengan itu, ia juga memberi penghargaan kepada ikatan yang erat serta sokongan padu sesama para penghibur, kru produksi, penerbit dan semua rakan dalam industri yang mengangkat martabat seni dan menggalakkan perjuangan kreatif di medan ini. Tepat pada masanya, tema ini cukup relevan lebih-lebih lagi dengan cabaran semasa yang melanda industri seni persembahan akibat pandemik Covid-19.


Kanister Edisi Terhad BOH Cameronian Gold Blend dengan reka bentuk segar ‘buruj angkasa’ membangkitkan rasa tenang kepada yang melihatnya. Penuh bermakna, motif buruj ini menjadi simbol jalinan persahabatan yang memberi sinar kepada setiap insan, umpama bintang menerangi langit malam. Ia juga mengingatkan kita tentang ketenangan yang dirasai dalam menikmati secawan teh yang enak; ada kalanya melambangkan bermulanya persahabatan yang baharu, dan pada masa yang lain ia menghangatkan jiwa dan membawa kita melayari keindahan malam. 


Oleh itu, konsep reka bentuk buruj angkasa ini menekankan betapa kita memerlukan ikatan antara satu sama lain dalam kehidupan kita. Malah, ia jelas terserlah dalam hidup kemasyarakatan kita dalam bersama-sama memerangi wabak pandemik yang telah melanda Malaysia dan seluruh dunia. Sememangnya, kita memerlukan antara satu sama lain dalam melayari bahtera kehidupan, dalam susah mahupun senang, bersama menghadapi gelora tidak kira apa pun jua.


Selain mendapatkan kanister edisi terhad ini, saban tahun, pencinta tegar teh juga dapat menikmati Uncang Teh Piramid BOH Cameronian Gold Blend eksklusif yang disajikan oleh BOH bagi meraikan Anugerah Seni Cameronian BOH.






BOH Cameronian Gold Blend merupakan teh ‘signature’ BOH yang diadun dari pucuk lembut Jat Manipuri dan Rajghur, ditanam di Ladang Teh Boh di Cameron Highlands untuk menghasilkan secawan teh BOH yang kaya dengan rasa, beraroma lagi menyegarkan.


Tambahan lagi, setiap kanister edisi terhad BOH Cameronian Gold Blend mengandungi 15 Uncang Teh Piramid yang mudah terbiodegradasi. Dengan harga RM 15.00, ia boleh didapati di Kedai Online BOH, www.bohtea.com, dan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berakhir, ia juga boleh didapati di BOH tea heritage center Sungei Palas BOH di Cameron Highlands.


Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Anugerah Seni BOH Cameronian, layari www.kakiseni.org/awards manakala maklumat lanjut tentang Kanister Edisi Terhad BOH Cameronian Gold Blend pula boleh didapati di www.bohtea.com.

Jadi jom buat pecinta teh BOH, jangan lepaskan peluang dapatkan KANISTER EDISI TERHAD ANUGERAH SENI CAMERONIAN BOH KE-17 ni. Kalau terlepas ni memang menangis bucu katil ni...hihi


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

9 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us