RhinoShield Mod NX Case Tahan Lasak Lindungi iPhone 12 Pro Max Marsha

RhinoShield Mod NX Case Tahan Lasak Lindungi iPhone 12 Pro Max Marsha| Assalamualaikum. Setiap kali bertukar telefon bimbit, pertama sekali kita akan cari casing telefon bimbit untuk protect telefon bimbit dari jatuh dan sebagainya sebab ianya tidak boleh dijangka. Tambah lagi kalau telefon bimbit yang harganya agak boleh tahan seperti iPhone 12, edisi terkini dari jenama iPhone yang mencecah ribuan ringgit. 

Honestly, Marsha adalah iPhone user yang upgrade dari iPhone 7 Plus ke iPhone 12 Pro Max pada November 2020 lalu. Alhamdulillah ada rezeki lebih untuk blogging, Marsha terus grab yang paling premium sebab Marsha menggunakan phone keseluruhan termasuk ambil dan edit gambar juga video. Jadi memang berbaloi untuk grab yang paling premium. 


Bila dah memiliki iPhone 12 Pro Max idaman, tiba masa untuk mencari casing iPhone 12 Pro Max yang semestinya dapat melindungi dengan maksimum sebab beli dah mahal kan jadi perlu casing yang boleh jaga iPhone 12 Pro Max Marsha dengan sangat baik! Jadi tiba masa Marsha cari iPhone 12 pro max case designer yang berkualiti dan menarik. Di era teknologi ni haruslah Marsha search je melalui kemudahan internet yang ada dan tertarik dengan jenis RhinoShield Mod NX Case dari Distexpress.


RhinoShield Mod NX Case Tahan Lasak Lindungi iPhone 12 Pro Max Marsha


Sebenarnya banyak brand yang menawarkan casing iPhone 12 Pro Max ni. Tapi Marsha mencari bukan sahaja yang menarik tapi paling penting kemampuan casing melindungi iPhone 12 Pro Max Marsha dengan lebih maksimum. Setelah meneliti ciri-ciri yang ada pada Rhinoshield Mod NX Case ni dan juga rhinoshield mod nx case review for iphone 12 pro max pro, Marsha terus buat pembelian secara online menerusi laman web Distexpress.




Distexpress.com.my

Distexpress Malaysia adalah wakil jualan jenama RhinoShield di Malaysia. Ia adalah satu website yang khusus dalam produk gaya hidup gadget untuk aksessori Apple & Samsung, seperti casing dan lain-lain kemudahan untuk gadget. Mereka terus memberikan rangkaian produk inovatif yang menarik kepada pelanggan mereka.

Menarik Tentang RhinoShield Mod NX Case


Satu set RhinoShield Mod NX Case ini datang dengan 4 item iaitu 

  • Frame 1x
  • Buttn Set 1x
  • Rim 1x
  • Backplate 1x


#1 Dibuat Dari Polimer Yang Tahan Lama


Ianya telah di uji dengan memicit, merengang dan memusing namun tiada perubahan pada casing RhinoShield Mod NX Case ini. Walaupun mampu menahan berat sampai 16kg semasa pengujian namun bentuknya sekali pun tidak berubah mahupun patah.




#2 Boleh Ubah dari Standard Case ke Bumper Case Dalam Sekelip Mata


RhinoShield Mod NX memberi Marsha fleksibiliti untuk menukar plat belakang agar sesuai dengan musim atau majlis. Hanya pasangkan plat belakang dan ganti dengan rim dan Marsha mempunyai Bumper Case untuk keselamatan iPhone 12 Pro Max Marsha.

#3 Lebih Sesuai dari Mod Generasi Pertama

Mekanisme penguncian Mod NX berbeza dengan mod generasi pertama iaitu design mod sebelum ini yang dilancarkan pada September 2020. 

Penyesuaian rabung / alur yang menghubungkan bingkai ke pelek / plat belakang. Mekanisme yang dikemas kini memberikan toleransi yang lebih besar untuk margin kesalahan (dari peranti yang dilindunginya). 

Dengan reka bentuk fizikal siri NX berbeza dari kes Mod generasi pertama, aksesori Mod yang lebih tua tidak sesuai dengan komponen NX dan sebaliknya (kecuali butang yang boleh ditanggalkan).

Walaupun ia adalah penyesuaian struktur yang halus, ia mengurangkan:

1. Jurang di port pengecasan

2. Jurang antara bingkai dan rim di sisi.

#4 Ketahanan calar yang ditingkatkan

Semasa upgrade Mod generasi pertama, mereka berusaha keras untuk mengelakkan bahan kimia berbahaya dan menjadikannya bebas BPA. Itu adalah satu cabaran kerana kebanyakan plastik keras (yang terdapat dalam kebanyakan jenama) mengandungi BPA. 

Namun ia berjaya juga dengan penyusunan salah satu bahan tahan hentaman yang paling selamat, bahan ShockSpread baru yang 100% bebas BPA . Walaupun ia adalah pilihan yang lebih selamat , plat belakang Mod lebih mudah tercalar juga walaupun sedikit.

#5 Nipis dan Ringan


Bila Marsha cuba pasang RhinoShield Mod NX ni di iPhone 12 Pro Max Marsha, nyata ianya ringan dan selesa di pegang. Material yang digunakan tidak licin dan design nya yang nipis tak membuatkan iPhone 12 Pro Max Marsha nampak 'bulky'.

#6 Telah Lulus Ujian Kejatuhan

RhinoShield Mod NX Case telah dibuat ujian kejatuhan dan berjaya. Ia mampu menyerap impak jatuh setinggi 11 kaki atau 3.5 meter. Tinggi juga tu. Jadi ianya memang ciri-ciri yang Marsha perlukan untuk casing yang akan melindungi iPhone 12 Pro Max Marsha.

#7 Warna yang Menarik

Ia didatangkan dengan 4 warna menarik iaitu 

  • Hitam
  • Royal Blue
  • Camo Green
  • Lavender

Marsha memilih warna Camo Green sebab dulu Marsha ROTU. Jadi pilihan warna ni memang sangat sesuai sebagai kenangan Marsha. Royal Blue dan Lavender pun menarik. Hitam pula nampak elegan.






Kelebihan RhinoShield Mod NX Case


  • Melebihi Piawaian Ketenteraan
  • Melepasi standard ujian penurunan tentera AS MIL-STD 810G
  • Menyerap hentaman lebih dari 11 kaki
  • Struktur Sarang Lebah
  • Meningkatkan penyerapan kejutan hingga 10%
  • Sarung pelindung paling tipis dan ringan yang anda dapati - 3mm nipis & 30g cahaya
  • Memenuhi standard gred makanan FDA AS
  • BPA / BPS / BPF PERCUMA


Check out my new Rhinoshield phone case for my iPhone 12 Pro Max! Not only it looks good, thin and light on my phone. It has Military standards drop proof of over 11 feet!


Dapatkan Rhinoshield case untuk phone korang sekarang dengan 5% Discount code - Marshaliza5
Shop at www.distexpress.com.my


Boleh pilih Rhinoshield for iPhone 12 series di http://bit.ly/rsip12-d


Maklumat Lanjut


Facebook:


Instagram:


Phone/WhatsApp:




#ilovedistexpress #Rhinoshield #Malaysia #iPhone12case

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

5 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us