COSMODERM PERFECT BALANCED | Set Penjagaan Wajah Terbaru dari Cosmoderm dengan Prebiotic dan Calamine

COSMODERM PERFECT BALANCED | Set Penjagaan Wajah Terbaru dari Cosmoderm dengan Prebiotic dan Calamine | Assalamualaikum. Jenama Cosmoderm memang tidak asing lagi sekarang ni. Siapa pengguna skincare Cosmoderm angkat tangan...hihi. Mesti ramai yang tahu Cosmoderm telah memperkenalkan set penjagaan wajah terbaru dengan rumusan terbaru iaitu Prebiotik dan Calamine. 

Kalau korang nak tahu, Prebiotik dan Calamine juga baik untuk penjagaan kulit kita. Sebagai contoh Prebiotik, ia adalah bakteria baik yang kita sedia maklum ada dalam kandungan minuman yogurt untuk penjagaan usus yang baik. Sebenarnya ia juga membantu untuk kesihatan dan kecantikan kulit secara luaran. 


COSMODERM PERFECT BALANCED | Set Penjagaan Wajah Terbaru dari Cosmoderm dengan Prebiotic dan Calamine

Pasti ramai dah join virtual launching Cosmoderm Perfect Balanced di Facebook LIVE pada 27 Januari 2021 lepas dan Marsha pun tak lepaskan peluang join sebab nak tahu lebih lanjut tentang rangkaian terbaru Cosmoderm Perfect Balanced ni. Rupanya rangkaian Cosmoderm Perfect Balanced ni memang unik. Produk dalam rangkaian Cosmoderm Perfect Balanced ni tak banyak pun. Ada 4 produk dengan 4 langkah yang mudah untuk penjagaan kulit wajah.




#1 Perfect Balanced Foaming Cleanser 
Langkah pertama dalam rangkaian Cosmoderm Perfect Balanced. Ia membersihkan kulit wajah dari segala kotoran dan juga mengurangkan minyak yang belebihan. Paling best ia mengurangkan keradangan pada kulit. 




Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuk kulit sensitif . Marsha ni kulit sensitif. Bila cuba kali pertama rasa nyaman dan selesa je. Rasa lembut pada kulit. Ia juga bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, fragrance, SLS / SLES dan juga pewarna tiruan. Jadi Marsha tak perlu risau.

Cara penggunaan: Hanya picit ikut amaun yang sesuai di tapak tangan, basahkan dengan air dan cuci muka. Bilas dengan bersih.

Harga: RM19.90
Kandungan: 120 ML



#2 Perfect Balanced Toning Lotion

Usai langkah pertama, langkah kedua dalam setiap penjagaan kulit wajah ialah toner. Untuk rangkaian Cosmoderm Perfect Balanced ni toner dia dalam bentuk losyen yang berwarna merah jambu. Comel je kan?




Ia mengandungi Calamine dan 20,000ppm prebiotik dimana ia baik untuk melegakan kemerahan pada kulit. Selain itu, ia juga membantu dalam memberikan kelembapan dan meningkatkan pertahanan semulajadi bagi mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit.

Paling penting ia juga bebas paraben, pewarna dan pewangi tiruan.

Cara Penggunaan: Setelah bersihkan muka dan lap kering. Letakkan Perfect Balanced Toning Lotion ke atas tapak tangan dan sapu ke seluruh muka dengan cara dap dap kan.

Harga: RM45.90
Kandungan: 120 ML

#3 Perfect Balanced Soothing WOW Cream

Langkah ketiga pula, dengan menggunakan Perfect Balanced Soothing WOW Cream. Kalau korang nak tau, ia merupakan pelembap untuk memberikan kelembapan pada kulit. Ia memberikan 3X ganda peningkatan kelembapan kepada kulit kita. Musim panas macam ni kulit kita akan cepat dehidrat tambah lagi kalau kurang air.



Ia mengandungi Calamine dan juga 30,000ppm yang membantu untuk melegakan kulit dan membaiki daya tahan kulit. Selain itu, cream ini juga membantu mengurangkan cela di wajah.

Tekstur dia agak likat sedikit dan berwarna seakan pink putih. Boleh digunakan waktu siang dan malam.

Cara Penggunaan: Picitkan amaun yang dikehendaki dan sapu ke seluruh wajah. Siap!

Harga: RM65.00
Kandungan: 50 ML

#4 Perfect Balanced Sun Milk SPF 25PA++

Langkah keempat atau terakhir ialah Perfect Balanced Sun Milk SPF 25PA ++. Ia adalah sunscreen yang melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB yang berbahaya. 

Musim panas yang terlampau macam ni memang kulit akan cepat rosak kalau tak dijaga dengan penggunaan sunscreen ni. Kulit akan mudah rengsa dan juga sunburn. Tona pula akan jadi tak sekata dan kulit mudah menjadi kusam.




Dengan penggunaan yang kerap, ia dapat membantu menghilangkan sunburn serta mengatasi masalah kulit yang lain juga.

Cara Penggunaan: Picit sedikit di tapak tangan dan sapu seluruh muka dan leher.

Harga: RM60.00
Kandungan: 50 ML

Pendapat Peribadi Setelah Mencuba Rangkaian Cosmoderm Perfect Balanced

Semakin berumur, kulit Marsha makin sensitif. Jika pakai skincare yang tak sesuai kulit mula kemerahan menunjukkan kulit Marsha mengalami kerengsaan. Bila dapati rangkaian Cosmoderm Perfect Balanced ni mengandungi calamine dan prebiotik, Marsha berani mencuba sebab kedua-dua kandungan utama ni baik dan elok untuk kulit sensitif.

Alhamdulillah kali pertama mencuba dah jatuh cinta sebab rasa segar dan selesa. Nyaman je rasa. Tak ada kerengsaan pada kulit Marsha yang sensitif ni. Lepas ni boleh juga belikan untuk anak dara Marsha yang meningkat remaja. 

Pakaging Cosmoderm Perfect Balanced juga menarik dan comel. Paling best setiap produk ada nombor yang mewakili langkah-langkah yang kita perlu guna untuk setiap produk. Menarik kan?


Korang yang ingin mendapatkan set rangkaian penjagaan wajah Cosmoderm Perfect Balanced ini boleh terus membuat pembelian di Watson, Guardian dan atau secara online di https://www.cosmoderm.com.my dan Shopee Cosmoderm


Facebook :
https://m.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram :
https://instagram.com/cosmoderm



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

2 Comments

  1. Bagus sangat produk cosmoderm ni..sesuai untuk kulit sensitif tu yang bagus,.Macam nak try je..hehee

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us