Advertisement

Seminggu guna Garci.Pro Massage Gel Kebas Tangan dan Kejang Betis ( Simpul Biawak ) Mula Kurang

Seminggu guna Garci.Pro Massage Gel Kebas Tangan dan Kejang Betis ( Simpul Biawak ) Mula Kurang| Sudah menjadi kebiasaan bila kerja menggunakan komputer makin banyak dan juga berdiri lebih 3 jam sehari kebas tangan dan kejang betis ( simpul biawak ) mula hadir kembali dalam kehidupan seharian Marsha. Apa yang Marsha boleh buat hanya sapu minyak dan rehat secukupnya. Bila mula kebas tangan dan simpul biawak ni memang susah hati sangat sebab ianya akan hadkan aktiviti Marsha yang sibuk sebagai seorang guru, blogger dan juga ibu. Macam-macam produk guna cuma kelegaan bersifat sementara. 


Rutin Harian Terganggu Dengan Kesakitan Yang Berpanjangan

Bila kebas tangan dan simpul biawak ni menyerang, ianya bukan 'singgah' sekejap je tapi makan berbulan. Setiap malam memang Marsha akan kena serangan simpul biawak ni. Kadang-kadang waktu siang pun kena. Ia secara tak langsung mengganggu rutin harian Marsha yang sibuk. 

Sebenarnya banyak produk dah Marsha cuba tapi kelegaan hanya bersifat sementara. Mengurut secara tradisional dan moden pun sudah tetapi kelegaan tu tak lama. Marsha juga bertukar jenis kasut kerja dan beli kasut harga ratusan ringgit khas untuk kesihatan kaki tapi ia juga tak menyelesaikan masalah Marsha. Terawikh pun terpaksa skip kalau simpul biawak menyerang. Frust betul!. Ini sangat membimbangkan suami Marsha. Jadi suami Marsha bagi pendapat supaya survei produk lain yang mungkin akan serasi dengan Marsha. 


Video Testimonial Jaafar Onn Menarik Minat Marsha Untuk Mencuba Garci.Pro

Seseorang idola Marsha telah mempengaruhi Marsha untuk mencuba Garci.Pro Massage Gel ni. Satu hari Marsha tertengok satu temubual di TV Al Hijrah yang melibatkan artis tempatan kita, Jaafar Onn. Dah lama tak tengok Jaafar Onn keluar TV jadi Marsha fokus dengan temubual tu. Rupanya sekarang Jaafar Onn telah jadi DUTA produk Garci.Pro iaitu massage gel yang membantu beliau lebih aktif sehingga sekarang. Bila mendengar testimoni beliau, Marsha mula berminat untuk mencuba. Jadi terus laju je Marsha order satu untuk mencuba.




Seminggu guna Garci.Pro Massage Gel Kebas Tangan dan Kejang Betis ( Simpul Biawak ) Mula Kurang

Alhamdulillah setelah seminggu Marsha konsisten guna Garci.Pro Massage Gel 3 kali sehari, Marsha mula terasa perubahan. Kebas tangan yang Marsha alami mula berkurang walaupun Marsha menaip kekunci laptop lebih dari 1 jam. Biasanya kalau menaip lebih dari 1 jam tangan mula rasa kebas dan sakit.




Begitu juga simpul biawak yang Marsha kerap alami dah makin berkurang. Malam-malam tidur lena tanpa gangguan simpul biawak. Marsha suka guna Garci.Pro massage gel ini sebab ianya wangi bau minyak kayu putih, tidak berminyak dan paling penting ianya tak panas. Memang selesa. Sangat mengejutkan Marsha sebab sebelum ni banyak produk Marsha cuba tapi mungkin tak serasi. Memang seronok bila rutin harian pun dah tak terganggu.

Garci.Pro Massage Gel

Apa sebenarnya Garci.Pro Massage Gel ni? Garci.Pro Massage Gel adalah gel urut yang berasaskan minyak kayu putih (Eucalyptus Oil) yang membantu proses rawatan rasa kebas dan sakit sendi dari 100% bahan semulajadi dan mempunyai kelulusan KKM (NOT210104156K).




Ia mampu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf serta ia amat mudah meresap ke dalam kulit kerana telah dihasilkan menggunakan teknologi nano.


Kandungan 100% Semulajadi dalam Garci.Pro Massage Gel




Sekejap tadi Marsha ada bagitau Garci.Pro Massage Gel dari 100% bahan semulajadi kan? Meh Marsha kongsikan kandungan dalam Garci.Pro Massage Gel ni:

  1. Minyak Kayu Putih ( Eucalyptus Oil )
  2. Minyak Argan ( Argan Oil )
  3. Peppermint
  4. Aloe Vera
  5. Epal Hijau
  6. Menthol Crystal


Cara Penggunaan Garci.Pro Massage Gel

Cara penggunaan Garci.Pro Massage Gel ni ringkas je. Hanya picit sedikit gel dan sapu pada bahagian yang sakit atau kebas sambil urut secara perlahan.

Eh kejap, Marsha nak kongsikan sedikit tips dalam penggunaan Garci Pro Massage Gel:

  • Bagi yang sakit kebas kurang dari 6 bulan, dinasihatkan guna 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur.
  • Bagi yang sakit kebas lebih dari setahun dan stroke, dinasihatkan supaya sapu gel 4 jam sekali.



Marsha pun dah amalkan tips diatas yang memang rasa perubahan yang ketara. Pada awalnya, Marsha guna tips yang kedua dan bila rasa kebas dah mula berkurangan, Marsha konsisten guna tips yang pertama. Alhamdulillah Marsha gembira dengan perubahan yang positif ini.


Kebaikan dan Manafaat Garci Pro Massage Gel

  1. Mmembantu melancarkan pengaliran darah dan membantu merawat saluran darah tersumbat
  2. Membantu proses rawatan kebas pada anggota badan
  3. Membantu merawat urat saraf yang rosak penyebab kebas
  4. Membantu melegakan kekejangan otot dan sendi
  5. Membantu melegakan sakit urat dan sakit lutut
  6. Membantu mengelak risiko strok dan serangan jantung mengejut
  7. Membantu melegakan selsema dan pening kepala
  8. Membantu melegakan sakit perut/senggugut
  9. Membantu membuang angin dalam badan
Marsha juga kongsikan kebaikkan Garci.Pro Massage Gel dengan suami dan anak Marsha yang sulung yang berusia 13 tahun. Kebetulan suami Marsha lenguh-lenguh badan sebab seharian memandu, bila urut terus rasa berangin dan lega. Anak Marsha yang sulung pula hari tu ada pening kepala. Jadi Marsha guna Garci.Pro Massage Gel ni dan alhamdulillah lega. Boleh la kami guna seisi keluarga.

Satu lagi yang buat Marsha suka dengan Garci.Pro Massage Gel ni sebab ianya tak melekit. Memang lepas guna terus boleh lumur-lumur je kat mana-mana bahagian dan ianya cepat kering sebab meresap dalam kulit. Tekstur dia pun ringan macam tak pakai apa-apa minyak pun. Ianya highly water based yang membuatkan kita rasa selesa lepas guna. Bau wangi dan segar.

InsyaAllah lepas ni nak order juga untuk abah, ma dan juga ibu mertua Marsha untuk kegunaan di kampung. Senang nak bertarawikh.

Siapa Yang Sesuai Amalkan Produk Garci.Pro Massage Gel

Garci.Pro Massage Gel ini sesuai untuk lelaki dan wanita tau. Jom kita tengok siapa yang sesuai amalkan Garci.Pro Massage Gel ni:

  • Lelaki dan wanita yang mempunyai masalah seperti sakit kebas, saraf, lutut, tumit, strok dan sebagainya.
  • Ahli sukan yang aktif bersukan.



Cara Dapatkan Garci.Pro Massage Gel

Bagi korang yang mengalami masalah seperti Marsha ataupun masalah yang berkaitan dengan saraf dan sendi seperti sakit lutut, sakit tumit, sakit pinggang, lenguh badan, angin dalam badan dan yang berkaitan, Marsha sangat recommend kan Garci.Pro Massage Gel ni untuk korang cuba.

Pakaging dia pula dalam bentuk tiub jadi senang je nak bawak kemana-mana sahaja. Masuk dalam beg je. Macam Marsha, Marsha bawak ke sekolah sebab kalau tetiba rasa kebas Marsha terus sapu dan urut je. Terus rasa lega. Marsha memang penakut makan ubat. Sebab ubat ni kita tak tahu kesan jangkamasa panjang macam mana. Takut lagi memudaratkan diri kita pula dihari yang mendatang.

Bagi yang nak mendapatkan Garci.Pro Massage Gel keluaran MISG GLOBAL ni serta info lanjut boleh layari:

Website: Garci.Pro Malaysia

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

Post a Comment

19 Comments

  1. Macam best pulak nengoknya, hehe nak dptkan 1 lah nanti

    ReplyDelete
  2. Zaza pun ada try kak cream ni..sbb zaza mmg ada masalah kaki kebas yg kerap

    ReplyDelete
  3. nanti kami nak try..sbb memalam tidur kaki selalu krem dan kebas..tak tahan kadang2 tu..harap gel ni dpt kurangkan dan hilangkan terus masalah kaki kami tu thanks sharing

    ReplyDelete
  4. Suka kalau krim ada minyak kayu putih nie.. selalu org buat mengurut. Boleh hilang lenguh2 badan, menarik utk dicuba

    ReplyDelete
  5. cik en sebelum tido apply ini kt betis.. so dah jrg tarik mengkarung

    ReplyDelete
  6. Ramai guna ni kata bagus, best. Memang kena ada satu juga ni, kita ni pun kerap badan lenguh

    ReplyDelete
  7. macam best je garci pro ni, kena try lah

    ReplyDelete
  8. Kena beli juga lah ni. Lately Ni sakit2 lenguh pinggang. Kaki pun kadang cramp.

    ReplyDelete
  9. I also need to try this Garci Pro Massage Gel coz i have wrist pain.

    ReplyDelete
  10. menarik juga garci pro ni. sesuai utk mak ayah yang ada masalah sakit2 urat dan lain lain

    ReplyDelete
  11. Serious ke sis simpul biawak boleh okay kalau pakai gel ni? I nak recommend kat my sedara yang pregnant nti.

    ReplyDelete
  12. Sama dengan Sis laa, memang simpul biawak kalau tak kena ubatnya, now sejak guna nampak perubahannya.. tu pun beli sebab ramai yang share dan baca feedback mereka..

    ReplyDelete
  13. Ramai yang bagi good feedback about this Garci Pro kan! Nell nak dapatkan juga la satu for myself, if okay, nak hantar balik kampung juga!

    ReplyDelete
  14. Rawlins nak belikan for my parents sebab diorang mengadu sakit-sakit sendi. Kita mencuba, mana tahu berkesan kan

    ReplyDelete
  15. Ramai jugak yang bagi positive and good review untuk produk ni kan... Nampaknya memang nak kena cuba sendiri jugak nih... Lagipun, badan pun dah start sengal sana, lenguh sini... Hehehehe...

    ReplyDelete
  16. Simpul biawak tu kita pernah kena memang lega sangat kalau dapat hilang semua ni hehehe kita pun memang cari minyak macam ni sekarang senang semua rumah kena ada satu ni...

    ReplyDelete
  17. mmg best giler produk ni sebab sis dah cuba mmg sangat puas hati.. nanti nak repeat beli

    ReplyDelete
  18. bestlah garci pro nie. sejuk je bahagian yg disapu tu. tak macam minyak angin yg lain. tekstur dia pon best, tak melekit dan cepat meresap

    ReplyDelete
  19. Memang best guna produk ni , saya guna untuk sakit lutut, Alhamdulillah memang berkesan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)