Monitor Eye Care BenQ Bantu Lindungi Mata Anak Ketika PDPR

Monitor Eye Care BenQ Bantu Lindungi Mata Anak Ketika PDPR | Assalamualaikum. Semenjak PKP 1 sehingga PKP 3.0 sekarang nampaknya anak-anak masih setia dengan pembelajaran online atau sinonim kita sebut sebagai PDPR. Bila PDPR, anak-anak nak tak nak mesti akan menggunakan komputer, laptop atau juga gadget lain seperti telefon pintar dan juga tablet. Dulu boleh la nak kawal anak-anak dari menghadap skrin lama-lama. Tapi sekarang, PDPR sahaja pun mengambil masa 5-6 jam sehari untuk anak-anak mengadap skrin. Jadi, Marsha kena juga cari inisiatif lain untuk jaga mata anak-anak.

Blue Light Sangat Bahaya! Ketahui Tentang Blue Light dan Kesannya Kepada Anak-anak


Marsha memang ada buat sedikit study tentang kesan menghadap screen agak lama. Sebab bila perhatikan, anak Marsha dah mula gosok2 mata dan nampak mata pun kurang bermaya. Rupanya bila mengadap screen terlalu lama, secara tak langsung anak-anak juga akan terdedah dengan 'blue light' atau cahaya biru yang akan menyebabkan mata letih dan berair, sakit kepala, penglihatan kabur, mata merah kerana terlalu kerap menggosok. Lebih teruk lagi, pendedahan cahaya biru dalam jangkamasa yang panjang juga akan menyebabkan kerosakan retina pada sel yang sensitif terhadap cahaya. Risau betul!

Blue Light ialah cahaya biru dipancarkan pada jumlah yang banyak dari skrin digital. Cahaya Terlihat Tenaga Tinggi ini (antara panjang gelombang 400-420 nm) akan melalui kornea dan sampai ke retina. Pendedahan cahaya biru yang terlalu banyak boleh merosakkan sel sensitif cahaya di retina. Cahaya biru dari peranti digital mengurangkan kontras, menyebabkan ketegangan mata, keletihan, mata kering, penglihatan kabur dan sakit kepala. Jadi sebelum ni Marsha ada juga belikan anak-anak cermin mata anti- blue light. Tapi anak-anak tak konsisten pakai. Kadang terlupa...aduhai.

Selain 'blue light' ada juga banyak faktor yang menyumbang kepada masalah penglihatan seperti infografik dibawah.




Monitor Eye Care BenQ Pilihan Marsha Untuk Lindungi Mata Anak-anak


Setelah timbal balik semua perkara, Marsha buat keputusan untuk tukar monitor yang sedia ada dirumah dengan Monitor Eye Care dari BenQ Malaysia. Rasanya lebih selamat dan walaupun anak-anak terlupa nak guna cermin mata pun sudah tak ada masalah. Mata nak pakai lama. Jadi memang Marsha kena bertindak dengan cepat sebelum terlambat. 

Monitor Eye Care dari BenQ Malaysia ni fokus kepada kesihatan mata. Tak banyak lagi monitor yang fokus penjagaan mata ni dekat luar. Memang terbaik lah BenQ Malaysia sebab hasilkan Monitor Eye Care yang buat ibubapa macam Marsha ni lega dan tak risau dengan mata anak-anak lagi. Monitor Eye Care dari BenQ Malaysia yang menjadi pilihan Marsha model GW2780T.

Kenapa Marsha Memilih Monitor Eye Care BenQ?

Monitor BenQ GW2780T



Sebelum buat pilihan, Marsha dah kaji dan cari juga tips penjagaan mata semasa guna komputer. Marsha jumpa tips penjagaan mata semasa guna komputer seperti dibawah. Bila buat perbandingan, Monitor Eye Care dari BenQ Malaysia menepati ciri-ciri yang dinyatakan.



1. Saiz Paparan Monitor Yang Besar & Menyeluruh

Monitor Eye Care model GW2780T dari BenQ Malaysia adalah monitor yang mempunyai panel IPS FHD untuk sudut pandangan luas bersaiz 27 inci dengan 16:9 aspect ratio dan resolusi sebanyak 1920 x 1080.


2. Teknologi 'Flicker Free'


Monitor Eye Care BenQ dilengkapi dengan teknologi 'flicker free'  yang disahkan oleh TÜV Rheinland antarabangsa, untuk menghilangkan penyebab utama kerlipan di monitor. Ini mengurangkan tekanan pada mata kita dan juga mata kita tak terasa letih walaupun melihat skrin dalam tempoh yang agak lama. Jadi mata lebih selesa dan lebih terjaga.



3. Teknologi 'Low Blue Light'

Kalau korang nak tahu, cahaya terbahagi kepada dua iaitu cahaya yang dapat dilihat (420nm ~ 780nm) dan juga  cahaya yang tidak dapat dilihat (cahaya inframerah> 780nm atau sinar ultraviolet <420 nm).


Cahaya yang dapat dilihat memasuki retina dan akan menyebabkan kerosakan pada mata. 'Blue Light' adalah salah satu cahaya yang sangat kuat dan akan menyebabkan kerosakan pada mata jika kita terdedah terlalu lama dalam jangkamasa yang panjang.

BenQ telah menyediakan dua jenis teknologi untuk melindungi kesihatan mata melalui Monitor Eye Care Model GW2780T ni, kepada 2 golongan iaitu kanak-kanak yang matanya masih dalam perkembangan, dan juga orang dewasa. 

Low Blue Light Technology untuk menghilangkan cahaya biru (420 ~ 480nm) dan Low Blue Light Technology Plus menapis sinaran berbahaya (420 ~ 455nm) untuk mengurangkan kerosakan sambil mengekalkan kualiti gambar tanpa peralihan warna menjadi warna kuning.


4. Teknologi Brightness Intelligence (B.I. Tech.)


Penggunaan monitor atau skrin dalam jangkamasa yang panjang tambahan pula dengan pencahayaan yang kurang sesuai akan menyebabkan ketidakselesaan. Perbezaan yang ketara cahaya persekitaran dan cahaya dari paparan boleh menyebabkan ketegangan mata. 

Dalam percahayaan yang cerah, mata perlu bekerja lebih keras untuk mengelakkan silau yang disebabkan oleh pantulan. Pencahayaan yang samar-samar pula akan menyebabkan mata memerlukan lebih banyak tenaga untuk fokus pada paparan yang sangat terang. Seiring berjalannya waktu, kita mungkin mengalami ketegangan mata atau masalah teruk seperti sakit kepala dan penglihatan kabur. Marsha kerap mengalami masalah ni. Memang sangat tak selesa!

Atas: Cahaya persekitaran terang, Bawah: Cahaya persekitaran gelap



Monitor Eye Care BenQ ini mempunyai B.I Sensor iaitu satu teknologi yang boleh sesuaikan cahaya paparan monitor dengan cahaya persekitaran secara automatik. Memberikan tahap kecerahan yang sesuai dan lebih selamat pada mata kita.  Ia mempunyai sensor dibahagian bawah monitor dan kita tak perlu nak ubah secara manual seperti kita buat pada monitor yang lain.

Light Sensor





5. Ketinggian Monitor Boleh Laras ( Height Adjustment Stand)

Biasanya lepas PDPR, anak mesti akan suruh urut pinggang sebab kedudukan tak betul semasa PDPR. Kadang membongkok, kadang lurus ikut keselesaan diri je. Ini juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan masalah kesihatan mata.


Monitor Eye Care BenQ dilengkapi dengan Height Adjustment Stand (HAS) dimana ketinggian monitor boleh dilaras. Boleh tinggikan dan rendahkan ikut pandangan mata kita. Monitor juga boleh dicondongkan, dipusing dan diputar 90 darjah.



Monitor bila dicondongkan

Monitor bila direndahkan

Monitor bila ditinggikan

Monitor diputar 90 darjah



Bila kita boleh laraskan ikut ketinggian mata anak-anak, badan anak-anak tak akan membongkok dan tidak sakit badan lagi. Mata anak-anak pun dilindungi sebab megikut jarak yang disarankan. Bagus kan?


6. Bezeless Design

Monitor Eye-Care dari BenQ Malaysia direka khas dengan rekabentuk moden yang lebih nipis, ringan dan juga menjimatkan ruang. Monitor Eye-Care juga senang diubah-ubah tempat sebab ianya tidak 'bulky' dan senang diangkat.


7. Mod Kelemahan Warna ( Color Weakness Mode )


Kelemahan warna yang paling biasa adalah kekurangan warna merah (atau protanomali) dan kekurangan warna hijau (deuteranomaly). 




BenQ telah menawarkan 'red filter' dan 'green filter' untuk kekurangan warna merah dan hijau. Dengan 'color weakness mode', individu yang mempunyai kelemahan warna dapat menguraikan carta pai, statistik dan gambar dengan cara yang mudah dan dengan itu dapat menikmati pemandangan dengan warna warna yang dapat dibezakan dan pandangan berwarna yang lebih baik.




8. Boleh Disambungkan Dengan Laptop, Tablet & Telefon Pintar

Risau sebab tak ada CPU? Jangan risau korang. Monitor Eye Care dari BenQ Malaysia ni sebenarnya boleh disambungkan kemana-mana gadget sedia ada korang. Boleh 'connect' dengan laptop, tablet dan juga telefn bimbit. Senang kan?

9. Harga Mampu Milik

Cuba korang cuba survey harga-harga monitor biasa dekat luar? Kalau yang baru pun boleh mencecah RM1K kan? Tambah pula design nipis dan mempunyai paparan yang agak besar. Harga Monitor Eye Care BenQ ni sangat-sangat mampu milik. Dengan hanya RM949 korang akan dapat pengalaman yang lebih baik dan dalam masa yang sama mata juga dapat dilindungi. 

Biasanya kalau ada ciri-ciri yang special ni harganya memang agak tinggi. Tapi Marsha terkejut harga Monitor Eye Care BenQ sangat-sangat mampu milik. Sangat berbaloi! Tak rugi melabur.

10. Ada Warranty dan On-Site Pick Up Servis 

Monitor Eye Care dari BenQ Malaysia disertakan dengan 3 tahun warranty dan juga on-site pick up servis. Jadi tak perlu risau ok!

Senang Je Beli Secara Online!

Semenjak PKP ni kebanyakan barang-barang Marsha akan beli 'online' je. Jadi Marsha memang suka beli secara online. Klik-klik terus sampai. Dengan pakaging yang terbaik dan juga penggunaan kurier yang sangat-sangat menjaga barang. Monitor sampai dengan selamat tanpa kerosakan. Alhamdulillah. 

Selain pembelian di laman web BenQ Malaysia, Monitor Eye Care BenQ juga boleh dibeli di Shopee dan juga Lazada.

Mata Tak Letih & Sakit Kepala Berkurang Dengan Monitor Eye Care BenQ

Semenjak menggunakan Monitor Eye Care BenQ ni, belakang Marsha dah tak sakit-sakit lagi dan juga mata dah tak keletihan. Paling penting,  sakit kepala pun dah berkurang. Marsha memang perlu mengadap skrin lama sebab Marsha sebagai guru perlu menjalankan PDPR online dan juga sebagai blogger, Marsha juga perlu duduk depan skrin monitor dalam jangkamasa yang agak lama.




Feedback dari anak Marsha sendiri pun positif. Anak Marsha lebih fokus dan mata lebih selesa bila PDPR. Memang ciri ketinggian boleh laras ni sangat sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Kalau tak, asyik betulkan pinggang je sambil kelas PDPR lepas tu asyik mengadu mata pedih.

Paparan luas 27 inci ni pula buat anak Marsha selesa semasa PDPR. Dia boleh lihat dengan jelas apa yang dikongsikan oleh guru. Kalau tak sebelum ni muka dia agak rapat dengan monitor bila PDPR sebab ada perkongsian dari guru melalui google meet kurang jelas. Sekarang dah steady katanya...hihi.


Jom Lindungi Mata Kita dan Anak-anak Dengan Monitor Eye-Care GW2780T Dari BenQ Malaysia!

Ciri-ciri Monitor Eye-Care GW2780T ni menarik kan? Bukan setakat menarik tetapi ianya betul-betul membantu kita lindungi mata dan juga faktor penyebab masalah kesihatan mata. Rekaan nya juga moden, nipis, ringan dan senang dipasang.





Untuk korang yang tengah mencari monitor untuk kegunaan sendiri ataupun untuk kegunaan anak-anak semasa PDPR, Marsha sangat mengesyorkan Monitor Eye-Care GW2780T dari BenQ Malaysia ni. Ianya mampu milik dan Marsha pasti korang akan puas hati dengan hasilnya seperti Marsha. 

Sebarang pertanyaan lanjut atau pembelian korang boleh rujuk maklumat yang Marsha kongsikan dibawah. Moga dapat bantu korang semua!



Pembelian terus Monitor Eye-Care GW2780T







Maklumat Lanjut:


Website: BenQ Malaysia
Facebook: BenQ Malaysia

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger




14 Comments

  1. ssama, Ben Q ni memang best. lagi pula ada wireless wifi juga (kalau un punya la), memang berbaloi beli . terbaik BENQ

    ReplyDelete
  2. Tenologi skrg makin canggih. Bagus ye MELINDUNGI mata anak2 Kita ..kdg risau juga bila ank2 asyik pdpr 8jam non stop menghadap laptop/pc

    ReplyDelete
  3. wahhh .. nampak sharp lah screen dia. puas tgk kalau mcm tu

    ReplyDelete
  4. wah..not bad la harga die la. bagus ni..betul tu risau juga dengan mata anak2 sepanjang PDPR sekarang ni. screen pun nampak jelas je

    ReplyDelete
  5. This really looks like a good product. I yg slalu menghadap skring nie pun perlukan juga. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. Boleh putar 90 degrees? I am sold! Boleh beli nie sebab ianya elok untuk mata gak. Thanks share your review.

    ReplyDelete
  7. Bagus produk ni sebab elakkan budak2 daripada kena rabun. Tapi sebenarnya dewasa pun kena ad filter especially yang kerja hadap laptop

    ReplyDelete
  8. cx puas hati betul dengan BenQ ni kak. puas mata tengok. lepastu mata cx kan sejenis silau, memang bile ada Bi techno, elok sangat mata. tak sakit tak letih. dia dapat rotate 90 darjah yang best betul rasa. puas hati kan kak?

    ReplyDelete
  9. Bagus juga monitor eye care BenQ ni, rasa rasa nyer nak beli satu sebab memang WFH lomg hours.

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak dengar tentang BenQ. Ruby masih ada henfon dan projektor mereka. Hehe. Monitor ni memang penting. Tambahan kalau anak dah mula guna. Elok lindungi mata mereka dr sekarang.

    ReplyDelete
  11. This is important kan untuk lindungi mata anak and at the same time for ourselves too! Good to explore this range...

    ReplyDelete
  12. Bagus betul yaa, paling berkenan bole pusing tu.. nanti nak survey gak ler, sebab tengah nak buat mini opis gak ni kat rumah...

    ReplyDelete
  13. best yer. wishlist ni.. semoga ada rezeki memilikinya...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us