Tepuk Amai-Amai Pocket Sound Book Cara Terbaik Marsha Dedahkan Anak-anak Kecil Dengan Lagu Klasik Rakyat | Assalamualaikum. Anak-anak zaman sekarang dah kurang terdedah dengan lagu-lagu klasik rakyat. Kalau tak dedahkan, nanti esok-esok lagu-lagu klasik ini akan terkubur macam tu sahaja. Marsha faham sangat sekarang ni anak-anak seawal 2-3 tahun pun dah tahu lagu-lagu kpop seperti kumpulan BTS. Sebab ianya secara tak langsung telah didedahkan. Macam Marsha kecik-kecik dulu suka tengok TV1 yang banyak kartun dan lagu-lagu klasik rakyat. 

Marsha sangat suka lagu-lagu klasik rakyat sebab ia penuh dengan mesej dan juga nasihat. Dari situlah pembentukan sahsiah anak-anak akan terbentuk. Dalam masa yang sama, anak-anak juga akan mengenal dan menghargai budaya, agama dan bangsa kita. Sambil dengar lagu, sambil anak-anak belajar. Betul tak? Siaran televisyen sekarang pun dah makin maju dan banyak kartun-kartun moden disiarkan. Jadi, pendedahan anak-anak terhadap lagu klasik rakyat amat sedikit.

Tepuk Amai-Amai Pocket Sound Book Lebih Kecil, Lebih Ringan & Mudah Alih

Marsha pasti, readers yang selalu follow Marsha, memang tahu Marsha suka sangat dedahkan anak-anak dengan buku-buku keluaran Baba baa. Anak-anak Marsha ni mudah tertarik dengan lagu-lagu. Senang cakap dorang memang suka lagu. Jadi lebih mudah Marsha dedahkan anak-anak dengan lagu-lagu klasik rakyat dengan buku-buku dari Baba baa ni. Sebelum ni pun Marsha ada kongsikan Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Fun Book dari Baba Baa dan kali ini ia versi poket.




Kenapa tidak guna gadget? Bagi Marsha, Marsha nak biasakan anak-anak dengan buku. Jadi dalam masa yang sama Marsha dapat elakkan anak-anak dari ketagihan gadget dan juga boleh 'secure' mata anak-anak dari mengadap gadget secara berlebihan. Jadi Marsha lebih suka guna cara 'manual'...hihi. Anak-anak pun ada pengalaman nak selak buku dan juga nak pegang buku.

Bila keluar je produk terbaru Bababaa, Tepuk Amai-Amai Pocket Sound Book terus Marsha dapatkan tanpa berpikir panjang sebab ia pastinya pelaburan yang berbaloi. Buku ni sangat interaktif dan ia mempunyai 10 butang suara. Mereka terdiri daripada 5 lagu kanak-kanak Nusantara klasik dan sajak kanak-kanak dengan 5 kesan bunyi yang sepadan. Paling best ia lebih kecil , ringan dan mudah alih, kta boleh bawak travel, boleh bawa balik kampung dan layan anak-anak anda bila-bila masa di mana berada! Ilustrasi dalam buku-buku keluaran Baba Baa juga menarik!






Dalam Tepuk Amai-Amai Pocket Book ni mengandungi 5 lagu yang rasanya sangat familiar bagi mak-mak seusia Marsha iaitu:

💗Tepuk Amai-Amai
💗Bintang Kecil
💗Dua Mata Saya
💗Enjit-enjit Semut
💗Suriram

Korang boleh tengok video 






Bila dengar lagu-lagu dalam Tepuk Amai-Amai Pocket Book ni, Marsha terus teringat masa zaman kanak-kanak Marsha. Suka sangat tengok TV1 masa tu banyak kartun-kartun dengan lagu-lagu klasik rakyat. Rindunya nak ke zaman itu semula...😍😍





Tepuk Amai-Amai Pocket Sound Book ni bukan hanya lagu je tau. Juga disediakan lirik sekali supaya anak-anak memahami dan boleh menyanyi sama lagu-lagu klasik rakyat ni. Butang lagu pula mudah ditekan dan kita hanya perlukan bateri 3AAA sahaja. Tak renyah kan? Dah habis bateri, kita boleh je dapatkan bateri dekat kedai-kedai diluar sana. Juga ada butang ON dan OFF supaya bateri boleh jimat..hihi.




Jadi Pemenang Setiap Bulan Baba Baa Dengan Pocket Book Coloring Contest


Anak-anak suka mewarna tak? Kalau suka,inilah masanya sebab korang berpeluang menjadi pemenang bulanan sambil beli Tepuk Amai-Amai Pocket Book ni dari Baba Baa. Mana tau rezeki kan? Pembelian Tepuk Amai-Amai Pocket Sound Book atau Pocket Book Series yang lain akan disertakan lembaran coloring contest tersebut.




Cara nak sertai senang sahaja:

  1. Beli Pocket Series Book Baba Baa, Tepuk Amai-Amai Pocket Sound Book ATAU Rasa Sayang Pocket Sound Book
  2. Warnakan lembaran dengan menggunakan pensel warna, warna air atau krayon cantik-cantik.
  3. Muatnaik halaman yang diwarnakan dan kongsikan  di social media seperti Facebook dan/atau Instagram.
Senang je kan?

PALING PENTING!! Jangan lupa juga:

  1. Follow Facebook dan Instagram @bababaa.my
  2. Tag 3 kawan
  3. Tag @bababaa.my dan letak hashtag #magicaladventurewithbababaa dan #coloringcontest

Pemenang bulanan akan diumumkan. Apa tunggu lagi? Jom cepat-cepat dapatkan Pocket Series Sound Book Baba Baa, Tepuk Amai-Amai Pocket Sound Book ATAU Rasa Sayang Pocket Sound Book!


Dimana Nak Dapatkan Pocket Series Book Baba Baa?

Korang boleh dapatkan Pocket Series Book Baba Baa, Tepuk Amai-Amai Pocket Book ni untuk anak-anak secara online di laman web Baba Baa, juga boleh rujuk maklumat dibawah

Website: bababaa.com

Instagram: @bababaa.my





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger