Jurusan Pilihan Selepas SPM. Adakah Ia Pilihan Tepat? Jom Dengar Kupasan Eksklusif Bersama Tun Mahathir Di Platform YEG Academy

Jurusan Pilihan Selepas SPM. Adakah Ia Pilihan Tepat? Jom Dengar Kupasan Eksklusif Bersama Tun Mahathir Di Platform YEG Academy | Assalamualaikum. Selepas mendapat result SPM, langkah seterusnya ialah memilih jurusan yang sesuai dengan keputusan dan juga mengambilkira minat. Ia mengundang dilema dalam diri pelajar lepasan spm pilih course apa untuk sambung belajar. Macamana kita nak tahu jurusan pilihan kita adalah yang terbaik untuk masa depan kita? Adakah ia akan menjamin kerjaya kita nanti?

Credit: InfoUPU.com



Ekoran dari ini, platform pendidikan dan kerjaya atas talian , Your Education Guidance Academy (YEG) berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke - 7, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.




Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi. Asbab hasil tinjauan mendapati 90% pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka pilih, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak.

Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan turut berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita.

Menariknya mengenai ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy, ia bukan sahaja berlangsung secara atas talian malah turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi. Dalam masa yang sama , YEG Academy sekaligus menjadi platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini.

Mula berlangsung pada 2 Ogos lalu, mereka yang telah menonton siaran langsung ini rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif. Antaranya mereka dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi.

Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara.

“Tujuan kami menganjurkan ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ kerana ingin membantu golongan muda lepasan SPM berusia 17 hingga 19 tahun atau mereka yang berminat, membuat pilihan tepat dalam pemilihan institusi pendidikan tinggi. Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya” jelas Hasan

Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang. Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia.

“ Kami sedia maklum akan keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM

“Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara percuma. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka sertai sesi ini kerana pada dasarnya mereka perlu membayar sebanyak RM 1999 bagi sesi selama 21 hari namun kali ini ia adalah percuma” tambah Azizulhakim




Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing.

“Kami melihat mereka bukan sahaja kerana terkenal atau dikenali sebagai selebriti semata-mata. Namun, kerana pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini membuatkan kami terpanggil untuk mempelawa mereka berkongsi pengalaman. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah”

“Dengan kredibiliti mereka sebagai figura terkenal, kami percaya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini. Tidak dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika siaran langsung itu dibuat kelak” ujar Hasan lagi

Jadi apa tunggu lagi? Pelajar SPM 2021 dan juga pelajar lepasan SPM sangat-sangat digalakkan untuk sertai program YEG Academy supaya dapat membuat pilihan yang tepat jurusan yang akan betul-betul memilih kerjaya yang tepat sesuai dengan keputusan dan juga minat mereka. 

Untuk menyertai program YEG Academy, layari pautan http://yegmy.com/bootcamp/ hari ini. Ikuti perkembangan terkini menerusi laman media sosial Facebook @youreducationguidance, Instagram @yegacademy.official atau YouTube @YEGAcademy .



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

18 Comments

  1. Bagusnya kak. Lama rasanya tak dengar pasal hala tuju lepas spm. Bagus sgt ni.

    ReplyDelete
  2. Dalam zaman serba mencabar nie, memang takleh nak pilih kerja sangat. Kena bijak mengikuti dan mentafsir trend dan perlu bijak mengambil peluang jua.

    ReplyDelete
  3. program yang bagus ni untuk anak2 muda. agar lebih fokus pada kerjaya yang diminati

    ReplyDelete
  4. menarik ni! rugi kalau terlepas kan? siap ada Tun M lagi bukan senang nak dapat peluang dengar tun m kongsi peluang macam ni. jom share dkt kawan2 atau student

    ReplyDelete
  5. Dulu zaman spm tak pasti ada ke tak program gini. Untung adik adik dapat dengar perkongsian dari Tun M

    ReplyDelete
  6. Anak kawan Sis dah join dah ni.. haritu share kat dia, alhamdulilah dapat gak membantu mereka yang tak tau nak buat keputusan..

    ReplyDelete
  7. Program yang bagus untuk belia lepasan SPM. Semoga mereka mengambil peluang yang tersedia. Percuma dan hanya dari rumah.

    ReplyDelete
  8. Beruntung nya anak sekarang. Banyak sungguh peluang dan ruang untuk kejar impian. Memang kena rebut peluang sebegini. Jumpa Tun M tu ...

    ReplyDelete
  9. Ini satu peluang yang sangat bagus zaman dulu tak ada semua mcm ni memang harap pada diri sendiri dan pilihan keluarga jer nak masuk U... Jadi guna peluang terbaik ni anak muda sekarang....

    ReplyDelete
  10. Terbaiklah... Program mcm ni, Mudah lepasan SPM nak buat penilaian dan pilihan hala tuju mereka lepas habis SPM

    ReplyDelete
  11. Bagus ada program macam nie kan Marsha, dapat juga bantu anak-anak lepasan SPM nak buat keputusan apa selepas nie kan..

    ReplyDelete
  12. Zaman skrg nie lagilah kena pilih jurusan betul2, bagus sangat ada virtual program begini

    ReplyDelete
  13. Menarik ni.. Lagi2 utk lepasan spm musim pandemik ni... Bagus kalau diuar-uarkan

    ReplyDelete
  14. This is great! i will share it to my cousin.

    ReplyDelete
  15. Bnyak peluang sekarg utk anak2 muda. Memg kene sebarkan.. Bagus bila Tun M yang ada.. Turut serta mereka yangbberjaya dalam bidang masing2. Bagi semangat dengan anak2 muda

    ReplyDelete
  16. Zaman pendamik ni mesti student spm pun byk yg confuse tentang masa depan dorang. Bagus talk mcm ni.

    ReplyDelete
  17. Memang perlu program macam ni utk adik2 lepasa SPM utk plan hala tuju yang sesuai dengan zaman sekarang.

    ReplyDelete
  18. untung budak2 zaman sekarang. banyak peluang utk diorang

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us