Kemudahan Kuarantin dan Perjalanan Bagi individu Yang Telah Divaksin Lengkap

Kemudahan Kuarantin dan Perjalanan Bagi individu Yang Telah Divaksin Lengkap | Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur akhirnya semalam Perdana Menteri kita telah buat pengumuman khas yang Marsha pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan kelonggaran untuk individu yang lengkap 2 dos vaksin. Dalam post kali ni Marsha nak kongsikan juga supaya mungkin ada yang terlepas pengumuman khas semalam. 

Kemudahan Kuarantin dan Perjalanan Bagi  Yang Dah Lengkap Vaksin


Lebih kurang jam 430 petang semalam, Ahad 8 Ogos 2021 Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan pengumuman khas untuk individu yang sudah lengkap 2 dos vaksin. Sebenarnya ramai yang tertunggu-tunggu kan? Akhirnya, semalam telah terjawab segalanya.

Memandangkan kes masih lagi banyak, Marsha rasa ia sangat mengambil masa untuk menyediakan kemudahan ini kerana varian baru, Delta pula telah menyerang beberapa negeri. Virus varian Delta ni antara virus yang paling kuat setakat ni. Namun, bagi Marsha kemudahan khas untuk individu yang lengkap vaksin ni sedikit sebanyak memberi senyuman kepada yang betul-betul memerlukan.


Apakah Maksud Vaksin Lengkap?

Ada juga yang tertanya-tanya, vaksin lengkap tu macamana sebenarnya? Ok jom Marsha terangkan dengan lebih jelas. Maksud vaksin lengkap ialah individu yang telah menerima 2 dos vaksin Pfizer, Sinovac dan Astrazaneca selepas hari ke-14 dari tarikh suntikan ke 2 dan juga individu yang menerima suntikan vaksin Johnson & Johnson dan Casino selepas hari ke 28 dari tarikh suntikan. Jika selain dari itu, ianya belum lengkap. 

Kalau ada yang dah dapat suntikan dos ke 2 tetapi masih dalam kurang 14 hari dari tarikh suntikan bermakna ia belum lengkap lagi. Ini disebabkan selepas suntikan dos ke 2, imuniti badan kita akan menurun dan akan meningkat balik selepas hari ke 14. 

Alhamdulillah, Marsha juga dah lengkap vaksin sebab Marsha dah sebulan berkurung dirumah selepas suntikan ke 2. Tapi sekarang pun Marsha masih berkurung di rumah sebab Marsha masih ada anak-anak yang kecil.

Kemudahan - Kemudahan Bagi Sektor Sosial Kepada Individu Yang Telah Lengkap Vaksin


Dalam pengumuman khas semalam, ia lebih memfokuskan kepada kemudahan sosial seperti rentas daerah, aktiviti dine-in, aktiviti perlancongan dan juga aktiviti sukan. Namun begitu, SOP tetap perlu diikuti disebabkan kes masih lagi tinggi.



#1 Kemudahan Merentas Daerah

Kemudahan-kemudahan ini hanya bagi individu-individu yang telah divaksin lengkap sahaja. Namun begitu aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan. Jika sebelum ni kita memerlukan kebenaran dari polis untuk merentas, kini individu yang sudah lengkap vaksin hanya perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 sahaja sebagai bukti. Ia bermakna lebih senang dari yang sebelum ini perlu dengan kebenaran polis.




#2 Perjalanan Bagi Pasangan Suami/Isteri yang PJJ ( Jarak Jauh )

Bagi pasangan yang PJJ atau jarak jauh pula masih perlu untuk meminta kebenaran PDRM disebabkan ianya kebanyakannya melibatkan merentas negeri. Ia agak ketat sedikit dan tak berbeza dari sebelumnya. Adik Marsha ada meluahkan rasa sedih sebab agak susah. Mungkin lebih ketat sedikit memandangkan ianya perlu merentas negeri. Namun Marsha pasti ianya akan ditambahbaik dari masa ke semasa.



#3 Kemudahan Keagamaan

Alhamdulillah aktiviti keagamaan pun dah boleh dijalankan kembali dr rumah-rumah ibadat masing-masing. Abah Marsha mesti seronok sebab boleh solat jemaah kembali di masjid. Namun SOP tetap perlu dijaga dengan ketat untuk mencegah penularan virus Covid-19 yang merbahaya ni.

Juga syarat tambahan perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi semasa nak masuk ke rumah ibadat masing-masing.




#4 Aktiviti Dine-in Dibenarkan

Bermula 10 Ogos 2021, aktiviti dine-in juga dibenarkan sebagai kemudahan untuk individu yang sudah lengkap vaksin. Bermakna premis menjual makanan juga sudah mula boleh dibuka dan insyaAllah ekonomi akan bertambahbaik. 

Ramai peniaga terkesan dengan wabak pandemik ini. Dengan berita ni, ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada peniaga-peniaga. 

Syarat-syarat lain untuk dine-in korang boleh rujuk infografik dibawah ok!




#5 Aktiviti Perlancongan

Nampaknya hotel-hotel juga akan dibuka dan Marsha pasti ramai yang akan mula bekerja balik. Marsha sangat-sangat tumpang gembira sebab Marsha pun ada kawan-kawan yang terkesan dengan pandemik ni yang berkeja di hotel.

Walaupun hanya dalam negeri, sekurangnya ekonomi berjalan. Namun begitu SOP masih perlu dititikberatkan supaya wabak pandemik ini tidak menular. Individu yang nak menginap di hotel atau homestay perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi sebelum check-in.






Kemudahan-kemudahan Lain


Kemudahan-kemudahan lain yang telah diumumkan dalam pengumuman khas seperti dalam infografik dibawah.

Marsha tertarik dengan kemudahan kebenaran ibu bapa yang lengkap vaksin untuk berjumpa anak-anak bawah 18 tahun. Hilanglah rindu mereka sebab dah boleh melawat anak-anak di asrama. Alhamdulillah.







Moga inisiatif memberikan kemudahan kepada individu yang lengkap dos vaksin ini digunapakai dengan sebaiknya dan tetap menjaga SOP. Sayang Diri, Sayang Keluarga dan Sayang Orang Sekeliling ok!


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

6 Comments

  1. Dah lengkap dah, actually hari ni hari ke 14 lepas second dose. Tapi sebab duduk selangor, tetap takleh ke mana-mana huhu

    ReplyDelete
  2. Zaman pandemik ini amat merisaukan. Di mana pun kita berada memang kena extravaganza part berhati² tu. Walaupun dah umum ada kelonggaran .. sop tetap kita kekalkan. Cepatlah berakhir ...

    ReplyDelete
  3. Akak tq post pasal ni. Baru faham apa yang dibenarkan setelah 14 hari terima vaksin lengkap. Saya AstraZeneca lambat lagi nak lengkap tu. Suami pun vaksin seterusnya 31 ogos. Nampaknya bulan Oktober kami baru bersedia merentas, dine in dan lakukan apa yang dibenarkan. Walaupun banyak dah dibenarkan. Pastikan kita beringat untuk jaga diri dan keluarga. Sentiasa cek red zone di MySejahtera tau kak. Kalau banyak kes. Takyah la keluar. Cuma balik kampung yang kami ambil risiko lah utk pulang. 😭

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah, semalam Sis baru selesai Dos kedua, lepas ni kena tunggu empat belas hari untuk vaksin lengkap...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. khai pun dah dapat 2 dos vaksin. leps ni kalau nak pegi mana-mana pun rasa lah sikit selamat walaupun kita masih dalam keadaan berjaga-jaga

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing this, i will take not about all the do and don't.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us