Ikhtiar Cegah Covid-19 Dengan Eskayvie Diffenz, Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati

Ikhtiar Cegah Covid-19 Dengan Eskayvie Diffenz, Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati | Assalamualaikum. Kes COVID-19 di negara kita, Malaysia masih dalam tahap membimbangkan. Usaha vaksinasi masih berjalan demi untuk mencapai 'herd immunity'. Malah kerajaan juga masih dalam fasa membantu menyokong petugas barisan hadapan (frontliner) bagi menangani kes-kes Covid-19 ni.

Ikhtiar Cegah Covid-19 Dengan Eskayvie Diffenz, Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati


Tidak dinafikan, pelbagai usaha dan ikhtiar yang telah kita lakukan untuk mencegah virus Covid-19 yang berbahaya ini daripada memasuki dan menyerang sistem imun kita.

Marsha pasti kita semua sedang berusaha untuk melindungi diri dan juga keluarga dengan mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka, sentiasa sanitasi tangan dan mandi selepas balik dari kerja.

Pengambilan pelbagai suplemen tambahan atau vitamin untuk meningkatkan sistem imun badan juga tidak terkecuali. Sebab kita tahu, tidak ada penyakit yang tidak ada penawar.

Bersedia Hidup Dengan Virus ( Cabaran Varian Baru)


Baru-baru ini, Menteri Kesihatan kita YB Khairy Jamaludin menegaskan mungkin kita akan hidup dalam fasa Endemik, iaitu hidup bersama virus Covid-19 disebabkan terhasilnya varian-varian baru virus ini dari masa ke masa.

Bermakna, kemungkinan kita akan berterusan hidup dalam norma baharu akan berlanjutan. Jadi kita perlu bersedia hidup dengan virus Covid-19 ni.

Teruskan Amalan Norma Baharu

Buat masa ini, kita semua hanya mampu meneruskan kelangsungan hidup dengan teruskan amalan norma baharu.

Jaga gaya hidup

  • Meningkatkan sistem imun badan dengan pemakanan sihat seperti lebihkan pengambilan sayuran dan buahan, antioksidan, dan vitamin-vitamin tertentu.
  • Banyakkan minum air kosong
  • Aktifkan diri dengan senaman 
  • Tidur mencukupi
  • Elakkan stres dengan sentiasa berfikiran positif
  • Kurangkan atau hadkan makanan yang tidak sihat seperti makanan bergula dan makanan terproses.

Jaga SOP

  • Sentiasa amalkan basuh tangan dengan sabun
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut
  • Kurangkan perjumpaan sosial
  • Elakkan tempat yang sesak dan sempit
  • Jauhi kontak rapat dengan individu yang sakit atau bergejala
  • Bersihkan atau sanitasi tempat atau objek yang disentuh menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.


Tidak Ada Penyakit Yang Tiada Penawar 






Setiap penyakit pasti ada ubatnya.  Memang terdapat hadis yang menyatakan bahawa Allah SWT akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan, antaranya ialah :


QS. Yunus Ayat 57

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاۤءَتْكُمْ مَّوْعِظَةٌ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَشِفَاۤءٌ لِّمَا فِى الصُّدُوْرِۙ وَهُدًى وَّرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ


57. Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.


QS. An-Nahl Ayat 69

ثُمَّ كُلِيْ مِنْ كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسْلُكِيْ سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًاۗ يَخْرُجُ مِنْ بُطُوْنِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ اَلْوَانُهٗ ۖفِيْهِ شِفَاۤءٌ لِّلنَّاسِۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ


69. kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berpikir.


Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"

(Riwayat Muslim dan Ahmad)


Nabi menyatakan: "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Ubat atau penawar kepada penyakit itu sudah diadakan Allah, cuma tugas kita untuk mencarinya.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w juga:

"Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)”

Mengubati penyakit adalah menjadi kewajipan kita sebagai usaha dan ikhtiar manusia amnya dan umat islam khususnya. Setiap satu penyakit bukan saja ada satu malah berkemungkinan mempunyai puluhan ubat. Kajian demi kajian dari semasa ke semasa telah membongkar rahsia alam semulajadi yang memiliki kuasa penyembuhan yang amat bermanfaat.


“Doktor dah nak tidurkan saya, tapi Alhamdulillah….” – Dj Najman Mohamed





Itulah yang apa perlu dicari oleh manusia dengan anugerah mindanya kerana tak semestinya penawar itu diberikan secara bulat dan jelas begitu sahaja. Walaupun penawar untuk virus Covid-19 masih dalam ujian, Marsha percaya satu hari nanti dengan bantuan teknologi dan juga pakar saintis akan menemukan penawar untuk virus Covid-19 ini.



Bayangkan tumbuhan hutan semulajadi yang menjadi khazanah berharga dan hanya tumbuh di lantai hutan. Namun siapa yang mampu masuk jauh ke dalam hutan untuk semata-mata mencari cendawan yang tumbuh daripada titisan susu harimau?



Di sini lah peranan saintis bagi memudahkan manusia mendapat khasiat daripada nutrisi anugerah Ilahi dengan cara mengekstrak bahan berharga dan kaya khasiat tersebut seterusnya menyediakannya dalam bentuk yang lebih mudah diamalkan dengan hanya dalam satu tablet.



Apa yang penting Kita Ikhtiar selagi ada nyawa di badan. Menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memilih yang baik dan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.



Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19




Eskayvie Diffenz merupakan suplemen keluaran Eskayvie bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Eskayvie Diffenz diformulasikan bagi membantu anda untuk tingkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.


Eskayvie Diffenz dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, diformulasikan oleh Doktor Perubatan, bebas Steroid serta Halal dimakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).





Manafaat Eskayvie Diffenz 




  1. Membantu menguatkan dan Melindungi Paru-Paru
  2. Membantu meningkatkan Sistem Imun Badan
  3. Membantu melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru
  4. Membantu mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema
  5. Membantu menyokong Kesihatan Sendi
  6. Membantu menyihatkan Jantung
  7. Memberikan Tenaga
  8. Membantu mengawal Gula di Dalam Darah
  9. Membantu mencantikan Kulit
  10. Anti Kanser & Anti Virus


4 Kelebihan Eskayvie Diffenz

Paling menarik dengan Eskayvie Diffenz ni kita dapat perlindungan lengkap 4 jenis SUPERFOOD seperti Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin D dan juga Vitamin C.




#1 Kaya dengan Vitamin C dan D

Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.


#2 Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu

Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningktkan perlindungan dalaman.


#3 Gabungan 4 bahan berantioksidan tinggi dalam 1 tablet

Kandungan antioksidan dan bahan aktif yang sukar didapati kini ada dalam satu tablet mudah untuk perlindungan daripada dalaman.


#4 Tablet boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat


Rasa Eskayvie Diffenz ni enak & sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja.Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Eskayvie Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati.






Selagi ada peluang, Kita Ikhtiar dan dapatkan sokongan khasiat Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin C & Vitamin D yang boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru dan meningkatkan sistem imun tubuh anda dan keluarga.



Perlindungan 4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz ini boleh didapati dengan hanya 1 tablet. Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa buah anggur hitam yang enak dan boleh diambil semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas.


Testimoni Eskayvie Diffenz


Pelbagai golongan sebenarnya dah mencuba Eskayvie Diffenz ni, daripada artis hinggalah orang biasa. Jadi jom kita tengok testimoni dari mereka.




















Hakim yang telah pulih dari Covid


Soalan & Jawapan



S: Bolehkah ibu mengandung mengambil Eskayvie Diffenz?

J: Boleh. Seelok-eloknya pengambilan Eskayvie Diffenz diambil selepas trimester pertama.



S: Adakah Eskayvie Diffenz perlu disimpan di dalam peti sejuk?

J: Hanya simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Eskayvie Diffenz untuk mengelakkan ia teroksidasi.



S: Bolehkah kanak-kanak di bawah umur kurang 5 tahun mengambil Eskayvie Diffenz?

J: Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun tidak digalakkan untuk mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapatkan nutrisi melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. Pengambilan Eskayvie Diffenz yang disyorkan adalah setengah biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.



S: Dari manakah sumber Cendawan Susu Harimau?

J: Sememangnya Cendawan Susu Harimau hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Namun kini, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.



S: Adakah pengambilan buah Camu-Camu berbahaya kerana ia mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda lebih tinggi berbanding buah oren?

J: Buah Camu-camu sememangnya mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Namun, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan sehingga kini. Formulasi Eskayvie Diffenz telah mengambil kira jumlah buah Camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.



Jadi apa salahnya jika kita ikhtiar dengan Eskayvie Diffenz ni. Walaupun kita dah lengkap dos vaksin, ia tak menjanjikan kita KEBAL Covid-19. Jadi ikhtiar secara alternatif sangat digalakkan dan semestinya Eskayvie Diffenz boleh membantu dalam mencegah virus Covid-19 ini.



Untuk maklumat lanjut korang boleh klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga korang. Hubungi 03-55111050 atau  019-6083027 untuk maklumat lanjut.


Website:




Facebook:




Instagram:




#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita

 





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

10 Comments

  1. Kita ikhtiar kan. Semuanya allah yang beri sembuh atau datangkan penyakit. Sekarang ni memang nak kena makan supplement untuk meningkatkan imun badan kan.

    ReplyDelete
  2. wah artis pun ada review juga ke sebelum ni baru tau! brand ni pun memang femes sebab familiar dengan namanya

    ReplyDelete
  3. betul segala penyakit ..insyaallah ada penawarnya... moga dengan produk ini dapat membantu terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah covid

    ReplyDelete
  4. Banyak manfaat eskayvie diffenz ni ya ek, bagus amalkan supplement time pandemik camni bagi badan lebih sihat.

    ReplyDelete
  5. Betul. Kita perlu lebih menjaga kesihatan diri and nampaknya eskayvie nie memang elok untuk boost our immune kan

    ReplyDelete
  6. Sis dan Suami pun baru je beli dan amalkannya, baru sebotol ni.. so far so good.. harap sesuai dan kesihatan membaik..

    ReplyDelete
  7. Ruby tahu tentang Eskayvie ni dari perkongsian Paknil di Instagram. Banyak kisah kesihatan yang dikongsikan. Kita ikhtiar tu memang wajib dilakukan. Jangan putus asa. Tiap penyakit ada penawarnya selain mati.

    ReplyDelete
  8. Byk kebaikan amalkan Eskayvie Diffenz ni, kena rajin mkn klu hendakkan kesihatan kita terjamin

    ReplyDelete
  9. Bener sekali akak. Kita butuh ikhtiar di masa sekarang ini untuk menghadapi pandemi. Selain masker, dan jaga kebersihan, kita butuh suplemen seperti Eskayvie Diffenz ini juga untuk menguatkan immun tubuh. Kita sama2 berikhtiar menghindari Covid-19 ya kan.

    ReplyDelete
  10. Bagus info ni. Haida dah amalkan. Alhamdulillah byk kesan baik

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us