Coolblog Memperkenal Minuman Smoothie Perisa Tempatan, Durian, Pandan dan Cendol Sempena Kempen Hero Malaysiaku!

Sempena bulan September yang merupakan sambutan Hari Malaysia, Coolblog dengan bangganya mempersembahkan Hero Malaysiaku yang menampilkan rasa tempatan Malaysia sebagai penghormatan kepada petugas barisan hadapan atas pengorbanan dan usahamereka dalam memerangi wabak COVID-19. Kerja keras dan pengorbanan mereka agar memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia amat dihargai dan akan selamanya terpahat di hati setiap rakyat Malaysia.




 

Kempen oleh Coolblog ini juga merupakan kempen yang meraikan kita rakyat Malaysia, kerana setiap dari kita memainkan peranan penting dalam waktu sukar ini. Kepayahan dan cabaran yang disebabkan oleh pandemik kini telah menyatukan kita dan menjadikan kita bersemangat untuk kekal teguh menghadapi segala rintangan. Walaupun kita masih jauh dari garisan penamat tetapi pengorbanan yang telah kita lakukan menjadikan kita adiwira, dan itu semestinya diraikan.

 

Untuk melengkapkan sentuhan manis pada kempen ini, Coolblog memberi penghormatan kepada raja segalabuah iaitu durian dan juga pandan yang merupakan antara bahan makanan utama bagi kebanyakan makanan Malaysia. Durian, yang menjadi kebanggaan Malaysia adalah salah satu rasa yang menyatukan kita, dan aroma pandan pula mampu mengimbau kembali kenangan manis yang nostalgik kepada seluruh rakyat Malaysia. Rasa terbaik yang menyatukan rakyat Malaysia kini terdapat dalam cawan smoothie yang dijamin menepati citarasa anda.


Cool Lovers jangan lepaskan peluang anda untuk rasai minuman citarasa tempatan yang luar biasa ini di setiapgerai Coolblog bermula pada Hari Malaysia, 16 September hingga 31 Oktober 2021*.


Tiga perisa smoothies yang ‘sangat sedap’ iaitu durian, pandan dan tidak lupa cendol yang diperkenalkan adalah: 


1. Durian Delight Smoothie

Dihasilkan dari raja segala buah-buahan tempatan iaitu durian, smoothie edisi terhad ini disertakan dengan rasa durian yang sedap di setiap hirupan. Secara ringkasnya, smoothie ini adalah jawapan utama bagi setiap penggemar durian





 

2. Durian Delight Cendol

Minuman kegemaran tempatan terutamanya pada musim durian dan hari yang panas terik. Tidak ada yang dapat menyangkal bagaimana semangkuk cendol yang enak akan memberikan senyuman di wajah kita. Tambahan raja buah ternyata menaikkan lagi keenakkan rasa enak semangkuk cendol. Campuran durian dan cendol menghasilkan sebuah smoothie yang enak dengan rasa yang tersendiri!




 

3. Pandan Delight Cendol

Bukan penggemar durian? Jangan khuatir, kerana Coolblog menyajikan perisa tempatan yang lain iaitupandan. Pandan yang dikenali dengan aroma yang harum dan rasa yang manis akan menjadi pilihananda sewaktu anda datang ke Coolblog!




 

 

Setiap smoothie berharga RM8.80, tetapi ada tawaran istimewa termasuk hero combo (beli dua pada hargaRM15.00), pembelian satu cawan dan dapatkan cawan kedua dengan potongan harga 50%. Selain itu, dapatkan tawaran istimewa apabila anda membeli secawan minuman lazat ini.

 

Coolblog selalu mengikuti trend rasa terkini untuk menarik peminat serta penggemar smoothie dan pencuci mulut. Semasa Sukan Olimpik Tokyo, Coolblog mencipta dua minuman berperisa luar biasa, Yubari Melon dan Sakura Lemon. Dengan menggunakan maklum balas pelanggan dan penyelidikan citarasa pengguna, Coolblog dapat menghasilkan minuman yang berperisa luar biasa!




 

Risau tidak dapat ke Coolblog berdekatan anda? Pelanggan boleh pesan minuman kegemaran mereka dari keselesaan kediaman sendiri dan akan dihantar ke depan pintu mereka melalui perkhidmatan penghantaram makanan melalui e-hailing!

 



Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti platform media sosial Facebook dan Instagram @coolblogmalaysia dan dapatkan maklumat terkini.



*Sementara stok masih ada





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel Collaboration & Review Blogger

13 Comments

  1. wah menarik minuman terbaru coolblog.

    ReplyDelete
  2. pandan cendol ok lagi..durian tu sedap ke..hahaha. nampak menu2 coolblog selalu lain dari lain..menarik perhatian

    ReplyDelete
  3. Peminat durian boleh la mendapatkan perisa durian ni. Sis suka makan durian gitu ajer. Kalau air ke, kek ke kurang sikit tapi sis pasti akan pilih Pandan Delight Cendol.

    ReplyDelete
  4. Lama tak minum coolblog. Boleh cuba flavor baru ni nampaknya. Lagi2 ada flavor durian cendol. Memang favorite ana.

    ReplyDelete
  5. wow durian! aduhai terus terasa tekak haus cuci mata macam2 perisa baru CoolBlog ni. nak order sekarang..

    ReplyDelete
  6. air perisa durian tu nampak menarik.. nanti nak cubala dr kiosk cool blog yg berdekatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik perisa durian tu nanti nak kena g cari la coolblog kat mana. Susah sket sini coolblog x banyak.

      Delete
  7. Kita dah cuba dah, tapi yang cendol jerr, durian haritu kat sini dah habis.. nanti nak try gak yang durian.. tapi cendol pun sedappp....

    ReplyDelete
  8. Wow ketiga tiga pun sis suka, nanti nak pergi beli at their outlet kat sogo kl.

    ReplyDelete
  9. Wah ada macam-macam perisa kena cuba nih! teruja nak cuba pandan cendol mcm sedap

    ReplyDelete
  10. Lama dah xbeli coolblog mcm susah dh nk jumpa area kuantan ni

    ReplyDelete
  11. Durian tu nampak sedap betul. Hehehehe. Nanti nak cari lah. Cuma kawasan rumah ni dah takda coolblog. Moh google cawangan berdekatan.

    ReplyDelete
  12. Wah best! jap nak try their durian delight cendol dan pandan delight cendol

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us