Kuasai Sifir Hanya Guna Jari : Aritmetik Cahaya Minda Buat Kakak Anith Lebih Seronok Dengan Matematik

Kuasai Sifir Hanya Guna Jari: Aritmetik Cahaya Minda Buat Kakak Anith Lebih Seronok Dengan Matematik | Assalamualaikum. Matematik adalah subjek yang fun sebenarnya bagi yang minat dan faham dengan konsep matematik itu sendiri. Tetapi ia akan jadi sebaliknya bila tidak faham. Marsha dah melalui pengalaman ini dengan anak Marsha sendiri. Bermula dari tak faham konsep dan ketinggalan kemudian minat ke arah subjek Matematik maki mengendur dan sampai tak kisah pun subjek Matematik dapat berapa. Mencabar betul penangan anak sulung Marsha sorang ni..hihi

Ekoran dari itu, Marsha mula mencari alternatif sebab Marsha sendiri akui dah lama tinggal Matematik dan ia menjadi kesukaran bagi Marsha untuk ajar sendiri Anith disebabkan subjek matematik sekarang pun lain silibusnya tak macam masa sekolah dulu. Anith pula jenis tak minat menghafal. Memang mencabar juga. So Marsha cuba cari iklan tuisyen matematik. Akhirnya Marsha jumpa dekat facebook tuisyen matematik online yang guna jari untuk kuasai sifir. Matematik memang kena kuasai sifir dulu baru seronok buat Matematik.


Kuasai Sifir Hanya Guna Jari : Aritmetik Cahaya Minda Buat Kakak Anith Lebih Seronok Dengan Matematik



Aritmetik Cahaya Minda, pilihan Marsha untuk Anith demi untuk masa depan dia dengan subjek Matematik. Sebab Anith ni dia jenis seorang yang mudah ingat bila badan bergerak bukan jenis menghafal. Marsha kena cari kelas yang 'fun' untuk dia.





Mengapa Marsha Pilih Aritmetik Cahaya Minda?


5 sebab mengapa Marsha memilih Aritmetik Cahaya Minda ialah:

#1 Teknik pengiraan operasi HANYA MENGGUNAKAN JARI . MUDAH, CEPAT & BERKESAN

Sebab utama Marsha memilih tuisyen matematik online Aritmetik Cahaya Minda ialah tenik aritmetik iaitu teknik kuasai sifir dan pengiraan operasi hanya menggunakan jari. Marsha tertarik dengan konsep aritmetik dan berharap sangat Anith lebih seronok belajar Matematik.





#2 Menggunakan GAYA BELAJAR yang berkesan dan terbaru

Gaya belajar juga berbeza, guru di Aritmetik Cahaya Minda menggunakan gaya belajar yang terbaru dan berkesan. Marsha juga nak bagi peluang Anith untuk merasai gaya belajar yang baru supaya minat dia terhadap subjek Matematik dipupuk dengan baik.

Masa masuk kelas masa hari pertama, Marsha sebagai ibu pun excited cara cikgu mengajar. Memang seronok sangat.


#3 Masa kelas adalah FLEXIBLE

Sepanjang PKP, PKPB dan juga PKPP ni masa amat terhad. Anith pula perlu belajar online dari pagi hingga jam 230 petang. Jadi masa kelas adalah flexible ikut kesesuaian tutor dan juga pelajar. Jadi kami memilih waktu petang selepas kelas supaya Anith dapat fokus dengan tuisyen matematik online di Aritmetik Cahaya Minda.

Kelas menggunakan platform online, googlemeet yang lebih mesra untuk pelajar sebab pelajar di sekolah memang menggunakan google meet. Jadi anak-anak tak ada masalah untuk kelas tuisyen matematik online.

#4 Tutor BERPENGALAMAN LEBIH 28 TAHUN

Tutor yang ada sangat berpengalaman hampir 3 dekad iaitu 28 tahun. Memang tutor yang sangat expert dalam kaedah aritmetik. Marsha ada pegang satu nasihat, kalau nak belajar baik kita pilih guru yang lebih berpengalaman sebab mereka lebih expert. So, Marsha guna nasihat itu demi masa depan Anith dalam subjek Matematik.


#5 Satu kelas DI AJAR SANGAT PROFESIONAL

Marsha perhatikan sepanjang kelas berlangsung tutor yang mengajar Anith, Cikgu Faridah sangat komited dan professional. Cikgu Faridah pastikan pelajar-pelajar dapat memahami pelajaran yang diajar pada hari tersebut dengan membuat latihan yang khusus. Setiap orang perlu menujukkan cara kiraan jari secara personal.


#6 Ajar SAMPAI PANDAI

Marsha sangat suka dengan Cikgu Faridah sebab Cikgu Faridah ajar pelajar - pelajar beliau sehingga pandai atau sehingga pelajar dapat menguasai Matematik. Setiap kali habis kelas, Cikgu Faridah akan hubungi ibu bapa supaya pantau dan beri latihan setiap hari supaya pelajar tak lupa.

Marsha setiap hari minta Anith siapkan latihan dari cikgu dan hantar report dekat cikgu. Matematik ini kena banyak latihan jadi Marsha sebagai ibu Anith kena ambil peranan memantau Anith dekat rumah.



Perubahan Anith Setelah 3 Bulan Di Aritmetik Cahaya Minda

Alhamdulillah pejam celik dah 3 bulan lebih Anith menuntut ilmu arimetik di Aritmetik Cahaya Minda dengan Cikgu Faridah. Setiap hari ada perubahan yang positif. Nampak dia mula buka buku Matematik untuk buat soalan dan banyak lagi.

Minggu lepas Marsha ada buat ujian yang diberikan oleh Cikgu Faridah dan Anith dapat menjawab 50 soalan hanya dalam masa kurang dari 10 minit. Alhamdulillah syukur sangat tengok perubahan dia. Kalau tak sebelum ni jawab exam pun bagi jawapan je, jalan kira tak letak. Itu yang markah pun so so aje. Alhamdulillah banyak perubahan.








Cikgu Faridah sangat komited dalam memastikan pelajar semua faham konsep asas Matematik dan buat pelajar minat Matematik. Marsha rasa berbaloi sangat ambil tuisyen Matematik online dengan Aritmetik Cahaya Minda.

Harga Tuisyen Math Clinic Aritmetik Cahaya Minda


Yuran tuisyen Matematik online di Aritmetik Cahaya Minda ni bagi Marsha sangat berpatutan. Hanya RM150/bulan untuk 1 kali kelas seminggu. Bermakna sebulan ada 4 kali kelas secara online melalui platform googlemeet. Sangat berpatutan kan? Satu kelas hanya RM37.50 sahaja selama 1 jam. 



Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang tuisyen matematik upsr , boleh layari lama facebook Aritmetik Cahaya Minda dan untuk lebih pantas dan juga untuk pendaftaran boleh terus klik link http://www.wasap.my/60184662805/AritmetikCahayaMinda . 


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

5 Comments

  1. Wow. Kalau zaman kita dulu tau pasal kaedah ini, memang lancar la matematik saya. Nie kena share dengan my sisters nie agar depa hantar anak-anak diorang.

    ReplyDelete
  2. Subjek Matematik memang kurang gemar, lemah sket. Sampai ke tua pun tak pandai. Dulu kalau pakai jari untuk sifir 9. Lupa dah sifir berapa lagi boleh pakai jari. dah lama lupa dah. Menarik la Bella nak cari more info.

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah tuisyen ni! Saya pun suka subjek matematik tapi bila sampai subjek add math, terus jadi tak suka haha.

    bolehlah nnti saya syorkan dkt kwn² tentang tuisyen ni utk anak mereka. :)

    ReplyDelete
  4. seronok bila dapat tahu cara pantas mengira ni.. memang perlu diasah dari usia muda.. harga kelas pun sangat berbaloi untuk join..

    ReplyDelete
  5. Tengok prestasi anak cemerlang. RM 150 tu okay sangat. Matematik kena rajin buat latihan. Lepas tu kuasai jalan kerja kira-kira. Sebab markah exam kira ikut dr situ. Bila dah mahir. Sap sap sui suiii dalam minda kan selesai semua soalan matematik. Hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us