Rumah Pertamaku : Rumah Baru atau Rumah Second Hand Lebih Berbaloi?

Rumah Pertama : Rumah Baru atau Rumah Second Hand Lebih Berbaloi? Jom Dengar Pengalaman Beli Rumah Pertama Marsha | Assalamualaikum. Impian untuk ada rumah hasil titik peluh sendiri memang menjadi impian setiap individu. Betul tak? Siapa yang tak nak ada rumah hasil titik peluh sendiri bukan? Marsha pasti, semua impikan rumah yang cantik, besar dan juga lengkap. 

Marsha selalu ingat pesan Mak Marsha sebelum dapat kerja tetap dulu, pastikan beli rumah sebelum beli aset lain contohnya kereta sebab rumah nilai dia makin meningkat dan tak rugi beli rumah awal-awal. Lagi lama hartanah makin meningkat harga jadi Mak Marsha pesan supaya tak lepaskan peluang beli rumah dahulu sebagai aset. Tak kisah kecil atau besar tapi perlu sesuai dengan kelayakan kita juga.




3 Tips Penting Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Membeli Rumah Pertama

Sebelum korang beli rumah pertama, korang mestilah cakna dengan tips penting yang Marsha nak kongsikan ini:

#1 Membuat Banyak Research Tentang Pasaran Hartanah Malaysia


Research memang sangat penting sebelum korang membuat keputusan untuk membeli rumah pertama. Jadi korang boleh buat research tentang rumah baru atau rumah second hand. Ia sangat penting dibuat sebelum korang beli rumah pertama korang.

Selain itu korang boleh belajar tentang pelbagai jenis hartanah dan pemilikan tanah berbeza yang ada, jenis pinjaman rumah dan garis panduan pinjaman serta kualiti pemaju yang baik.


#2 Pastikan Mampu Dari Segi Kewangan

Orang kata nak beli apa-apa pun kena tengok poket sendiri. Betul tak? Sama juga dengan beli rumah pertama. Sebelum korang nak beli rumah pertama, korang kena pastikan korang betul-betul mampu dari segi kewangan.

Berapa gaji minimum untuk korang mampu nak beli rumah? RM1500 cukup ke? RM3,000 macam mana? Jadi korang kena ada bajet untuk beli rumah pertama supaya lebih senang korang nak mengurus kewangan bulanan korang setelah tolak bayaran pinjaman perumahan.

Rata-rata pakar kewangan menasihati ansuran bulanan tak boleh melebihi satu pertiga (⅓) daripada pendapatan isi rumah korang. Jadi sebelum memilih rumah, korang boleh survei harga dan korang boleh periksa kelayakan pinjaman, korang boleh periksa kelayakan pinjaman perumahan di internet.




Korang juga perlu ada wang pendahuluan atau wang deposit sebelum meneruskan pemebelian rumah pertama. Berapa banyak yang perlu dibayar sebagai wang pendahuluan? Kebiasaanya pembeli rumah perlu perlu mengeluarkan 10% daripada harga pembelian rumah untuk dijadikan sebagai bayaran pendahuluan manakala selebihnya harga hartanah dibiayai melalui pinjaman bank.

Harga boleh jadi berbeza-beza kerana ia bergantung jenis hartanah yang dibeli dan kredibiliti kewangan korang.

#3 Cari Rumah Yang Sesuai Dengan Keadaan Dan Cita Rasa


Bila dah tahu bajet korang boleh la mula survei rumah yang korang suka. Pemilihan ini bergantung kepada bajet korang juga. Selain tengok jenis rumah, pastikan korang research juga lokasi rumah strategik atau sebaliknya.

Jika ada banyak kemudahan dan juga senang access ke tempat kerja dan juga sekolah anak-anak. Ianya pasti sangat sesuai.



 

Pengalaman Beli Rumah Pertama Marsha: Rumah Second Hand Tapi Baru


Rumah pertama Marsha adalah rumah teres setingkat. Pengalaman membeli rumah pertama Marsha agak unik sikit. Walaupun ia dikategorikan sebagai rumah second hand tapi secara realitinya ia rumah baru kerana tidak bertuan lagi. Pada mulanya Marsha membuat permohonan pembelian rumah pertama dengan bank kemudian pinjaman rumah tersebut di 'hold' sekejap kerana perlu dinilai semula sebab ia dikategorikan sebagai rumah second hand. Namun disebabkan atas nama rumah 'second hand', pinjaman rumah Marsha tidak lulus seperti dirancang dan perlu ada wang tambahan.

Jadi selain wang tambahan yang perlu Marsha sediakan, Marsha juga perlu sediakan wang bayaran untuk penilaian semula rumah. Nasib baik Marsha ada modal lebih masa tu. Memang pengalaman betul lah. Tapi Marsha bersyukur sebab walaupun dikategorikan sebagai rumah second hand, Marsha tetap pemilik pertama rumah Marsha.

Setelah dibuat penilaian, bank kemudian uruskan pinjaman perumahan. Alhamdulillah syukur prosesnya sangat cepat. Sekarang tahun ke 9 rumah pertama Marsha. Alhamdulillah.


Jadi Mana Lebih Berbaloi? Rumah Baru atau Second Hand?

Bagi Marsha pemilihan rumah adalah sangat-sangat subjektif dan ia juga bergantung kepada faktor-faktor dan keperluan setiap individu itu sendiri. Paling penting pilihan perlu sesuai dengan bajet korang.

Rumah second hand sekarang pun ada yang harga lebih tinggi dari rumah baru sebab ia berdasarkan banyak faktor seperti kemudahan dan banyak lagi. Lagi banyak kemudahan, lagi mahal harganya. Jadi korang dah tahu tips penting yang korang perlu tahu sebelum beli rumah pertama kan? Jadi boleh mula susun bajet korang untuk rumah pertama korang. 



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

  1. Alhamdulillah tahniah Marsha ambik langkah bijak..Sis ni sebab salah percaturan kewangan masih xdapat beli rumah..nyesal pun ye..tapi moga ada hikmah la nanti..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us