Villa Kristal: Dedahkan Apa Yang Seorang Influencer Sanggup Buat Demi Content. Adakah Sanggup Tunggang Agama?

Villa Kristal: Dedahkan Apa Yang Seorang Influencer Sanggup Buat Demi Content. Adakah Sanggup Tunggang Agama? | Assalamualaikum. Drama HOT terkini, Villa Kristal genre romantik, komedi dan misteri sudah ditayangkan di WeTV Malaysia bermula 4 Mac 2022.

Dilakonkan oleh pelakon-pelakon utama yang tak asing lagi iaitu Mimi Lana, Jasmine Suraya, Tiz Zaqyah dan juga Mawar Rashid membuatkan drama ini sangat 'hidup' dengan karakter-karakter isu kekasih gelap dan skandal VIP. Mesti tengok korang sebab dalam realiti pun terjadi benda-benda macam ni kan.



Khabir Bhatia Hidupkan Villa Kristal Secara Realiti

Bila dengar je Khabir Bhatia, Marsha memang teruja sangat nak tengok drama atau filem arahan beliau sebab hasilnya memang tidak mengecewakan. Paling suka drama arahan beliau dan juga dilakonkan oleh Tiz Zaqyah iaitu Nur Kasih The Movie. Semenjak dari itu memang sangat 'adore' drama-drama arahan beliau.Sekarang bila dah tengok Villa Kristal, hasil yang sama dapat disaksikan dengan gabungan Kabir Bhatia dan Tiz Zaqyah! Karakter Tiz Zaqyah selaku seorang wanita yang berjaya namun masih ada sisi yang vulnerable memang menjadi!

Villa Kristal: Dedahkan Apa Yang Seorang Influencer Sanggup Buat Demi Content. Adakah Sanggup Tunggang Agama?

Villa Kristal mengetengahkan beberapa watak utama yang diantaranya Rose, isteri kedua ustaz selebriti lakonan Mawar Rashid; Angel kekasih gelap seorang ahli perniagaan yang berjaya lakonan Jasmine Suraya; Diana seorang wanita bekerjaya dan seorang usahawan yang penuh dengan rahsia lakonan Tiz Zaqyah dan seorang Novelis yang menyamar sebagai menantu kepada seorang ahli politik lakonan Mimi Lana yang cuba untuk membongkarkan segala skandal, kisah hidup bermadu, kekasih gelap dan perempuan simpanan yang penuh dengan misteri dan juga kontroversi golongan elit VIP terkenal yang mendiami kondominium esklusif, VILLA KRISTAL.



Marsha sebenarnya tertarik dengan watak Rose. Rose ni seorang influencer dan juga bekas selebriti. Pernah berlakon dalam drama 300 episod. Rose juga adalah isteri kedua kepada seorang ustaz terkenal yang suspicious dan kerap bermesej dan berjumpa dengan perempuan lain. Siapakah Rose sebenarnya? Ini yang sangat-sangat menarik minat Marsha.

Rose Seorang Influencer Yang Dambakan Followers dari Segalanya





Rose sanggup buat apa sahaja hanya untuk dapatkan followers sehingga sanggup buat Challenge Bahasa Arab dan juga Projek #sahamakhirat hanya untuk nampak gah dan hebat supaya lebih ramai followers mengikutinya walaupun terpaksa menggunakan agama sebagai batu loncatan untuk lebih popular. Rumahtangga Rose juga mempunyai kekurangan sudut di mana suami yang kelihatan alim juga menyembunyikan sesuatu daripadanya yang membuatkan dia curiga (dalam ep 3, Rose jumpa baju belakang tong sampah yang suami dia sorokkan). Jadi, Rose itu kelihatan bergelut untuk masih kelihatan gembira di media sosial tetapi dalam masa yang sama tidak gembira dalam kehidupan peribadinya secara realiti.


Adakah Rose Sanggup Tunggang Agama Demi Content?

Rose banyak acting sebenarnya bila dalam media sosial berbanding realiti hidupnya sebagai seorang perampas suami orang. Rose tak dedahkan dirinya isteri kedua sebab risau followersnya berkurang. Rose nampak baik, suci dan sangat-sangat bersederhana sedangkan in real life dia seorang yang sangat boros dan suka shopping sehinggakan penggunaan kad kredit tahap maksimum setiap bulan.Kalau kita tengok in real life kita pun ada yang macam ni kan. Sanggup berhabis demi nampak senang supaya followers lebih suka.

Suami Rose pula, Ustaz Adib juga menyimpan pelbagai rahsia yang Rose masih belum tahu. Bayangkan seorang ustaz tapi masih curi-curi mesej dan jumpa dengan perempuan lain dibelakang Rose, isteri sendiri. Apakah yang dirahsiakan oleh Ustaz Adib? Tak sabar nak tahu.

Tunggang agama ni sebenarnya subjektif bagi setiap individu. Ia bergantung kepada penerimaan masing-masing. Pendapat Marsha, Rose ni berniat baik sebenarnya cuma niat baik dia tu disalahgunakan untuk tujuan menaikkan followers dan bukan seikhlas hatinya. Dengan dana yang terhad, beliau sanggup juga nak buat projek #sahamakhirat sehingga Hani terjebak sekali. Beliau juga melibatkan followers yang ada untuk menderma sebenarnya bukan niat ikhlas cuma untuk cukupkan bajet beli van jenazah sahaja.

Bagi Marsha, Rose menggunakan agama untuk menarik minat followers dan juga menaikkan followers dia dan bukannya ikhlas dari hati. Jadi boleh dikatakan sebagai tunggang agama.

Drama VILLA KRISTAL : Madu Manis Beracun

Nak tahu lebih lanjut tentang Rose? Korang boleh tonton drama 12 episod VILLA KRISTAL - Madu Manis Beracun di WeTV Malaysia yang menggandingkan 4 orang aktres jelitawan Mimi Lana, Jasmine Suraya, Tiz Zaqyah dan juga Mawar Rashid. Dibantu oleh aktor dan aktress ternama yang lain seperti Tony Eusoff (Idris) , Alvin Wong (Robin) , Nazrief Nazri (Ustaz Adib), Fadlan Hazim (Detektif Isa), Sherry Ibrahim ( Ustazah Nur Sakinah ), Maria Farida (Shahila) dan juga Lee Yvonnez (Jessica).

PERCUMA je tau! Hanya download apps WeTV Malaysia dari Play Store untuk pengguna android dan Apps Store untuk pengguna IOS. Korang juga boleh tonton terus di https://bit.ly/VillaKristal_WeTV. Jom follow IG WeTV Malaysia, FB WeTV Malaysia dan Twitter WeTV Malaysia untuk update terkini VILLA KRISTAL ok!


Menangi iPhone 13 dan Voucher Grab PERCUMA!

Korang juga boleh menangi iPhone 13 & voucher PERCUMA dari Grab dengan hanya menonton Villa Kristal! Klik je salah satu link di bawah ni untuk maklumat lanjut! 😊




Selamat menonton dan menang hadiah!


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

5 Comments

  1. Wah.. Macam menarik ni.. Nanti nak tengok..

    ReplyDelete
  2. Best jugak baca jalan cerita dia. Bebila free boleh tengok nanti

    ReplyDelete
  3. Cerita ni macam best and banyak dilema semasa

    ReplyDelete
  4. Ceritanya yang menarik. Episod 1 je dah best. Demi content, sanggup Hani stay kat Villa Kristal tu. Membahayakan diri. Menyamar pulak tu kan. Dahlah duit pun tak ada. Rose pulak demi content untuk followers, benda yang dia tak tahu pun beria nak menunjuk.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us