Studio Photoshoot Sri Iskandar: Razin Zain Professional Studio

Photoshoot gambar raya memang dah jadi acara tahunan Marsha sekeluarga bila nak sambut Aidilfitri. Setahun sekali kita abadikan kenangan kita apa salahnya kan? Dari berdua bertiga hinggalah sekarang berlima kami masih kekalkan aktiviti wajib keluarga iaitu photoshoot raya. Korang nak tahu tak tahun ni Marsha sekeluarga photoshoot dekat mana? Oklah meh Marsha kongsikan dengan korang. Sebenarnya Marsha masih setia dengan Studio Photoshoot Sri Iskandar iaitu  Razin Zain Professional Studio. 



Studio Photoshoot Sri Iskandar: Razin Zain Professional Studio

Dulu dikenali dengan nama Razin Zain Expert Studio, kini nama studio terbaru ialah Razin Zain Profesional Studio. Marsha mula kenal Razin Zain pada tahun 2019 dimana Marsha buat photoshoot family di sana, Lepas tengok hasil sentuhan dari Razin Zain Professional Photographer terus Marsha tak cari orang lain dah untuk abadikan momen indah bersama keluarga. 

Belakang tabir


Macam biasa tahun ni juga Marsha masih bersama anak-anak yang masih kecil tapi makin melasak. Memang belakang tabir haru tapi Marsha pasti Razin Zain dapat kawal anak-anak didepan kamera dengan skil yang beliau ada. Beliau juga gunakan skil shoot menarik semasa shooting jadi anak-anak seronok.

Lepas photoshoot dapat belon


Tahun ni bila sampai je di Razin Zain Professional Studio, ada banyak perbezaan dengan deko studio tahun lepas. Tahun ni port shooting Razin Zain dah ubah tema dan memang tahun ni lebih ceria dengan pelbagai warna yang ada. Korang boleh juga tengok last year punya deko semasa photoshoot raya 2021. Kalau last year hanya ada 1 port shooting tapi kali ni Razin Zain sediakan 4 port untuk shooting. Terbaik!


Port 1: Meja Makan

Port 2: Ruang Tamu

Port 3: Basikal



Hasil Sentuhan Razin Zain Professional Photographer Tidak Boleh Disangkal Lagi

Marsha memang ada satu jenis perangai. Kalau dah selesa dan gambar cantik memang akan setia dekat yang kita suka sebab kita dah tahu hasilnya memang tak akan mengecewakan. Even kat KL sekali pun Marsha sanggup kesana. Marsha pasti korang pun sama. Betul tak? Jom kita tengok hasil sentuhan Razin Zain Professional Photographer.




Hasil gambar di Port 4





Cantik dan ceria kan gambar Marsha sekeluarga hasil sentuhan Razin Zain? Kalau korang nak tahu yang paling susah ambil gambar dan buat kepala sendiri ialah Tufael anak Marsha yang paling kecik tu. Ikutkan hati rasa macam nak give up tapi Razin Zain sporting je shoot gambar dan melayan anak-anak Marsha ambil gambar. Bila ada anak kecik ni keserasian memang penting. Itu yang membuatkan Marsa selesa dengan Razin Zain.

Eh korang.... Razin Zain Professional Studio ni bukan terhad untuk Photoshoot Raya je tau. Razin Zain Proffesional Studio Sri Iskandar juga menerima photoshoot perkahwinan, keluarga dan bermacam-macam lagi. Kalau korang nak tahu Razin Zain juga pernah diberikan amanah untuk cover Konsert Kembara Kita, Dato Ramli Sarip & Ella di Istana Budaya dan juga pernah berkolaborasi dengan KRU Production dalam pembikinan video klip dan juga poster rasmi. 

Lokasi Razin Zain Professional Studio





Maklumat Lanjut Razin Zain Professional Studio

Kalau korang berminat nak merasai hasil sentuhan Razin Zain Professional Photographer di Razin Zain Profesional Studio ni boleh rujuk maklumat yang Marsha kongsikan ni:


Razin Zain Professional Photographer
Alamat: NO.118 PSRN, Persiaran SIBC 5, Bandar Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak
(bersebelahan Brew Cafe, Sri Iskandar Clinic Veterinary)
No Tel: 010-915 0211


Marsha Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us