Dari Pilah ke Istana Budaya : Teater Tanjong Khas Buat Peminat Teater Di Istana Budaya

Dari Pilah ke Istana Budaya Teater Tanjong Khas Buat Peminat Teater | Assalamualaikum. Siapa sangka Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan pada mulanya hanya dari sebuah kelab teater kecil di pekan Kuala Pilah dan digerakkan oleh ibu bapa pelakon dan ahli keluarga yang terlibat, kini teater Tanjong merupakan karya asal Teater ASAR akan dipentaskan di pentas teater terbesar yang paling berprestij di Malaysia, iaitu Teater di Istana Budaya. Sangat membanggakan!



Kelab Teater ASAR Buktikan Ia Bukan Kelab Teater yang Biasa


Kelab Teater ASAR telah diberi kepercayaan untuk mementaskan Teater Tanjong di Istana Budaya. Tanjong adalah naskah sulong dan arahan Prof Dr. Ahmad Rashidi Hasan bertujuan untuk mendidik masyarakat mengenai budaya Adat Perpatih, selain memartabatkan seni teater yang kian pudar. 




Pentas teater ini juga adalah platform terbaik buat komuniti anak-anak ASAR dan remaja di luar sana untuk melakukan aktiviti yang berfaedah.




Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan juga amat berbesar hati dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Harun untuk teater Tanjong dan ianya akan dapat mempertabatkan lagi adat perpatih. Beliau juga amat berpuas hati dan merasa bangga dengan perjalanan teater Tanjong sehingga dapat dipersembahkan di Istana Budaya untuk tontonan orang ramai. Kerajaan negeri berharap pementasan teater Tanjong di Istana Budaya, Kuala Lumpur nanti akan berjalan dengan jayanya hasil komitmen semua pihak yang terbabit.

Adat Pepatih Di Ketengahkan Dalam Teater Tanjong


Teater Tanjong ini mengisahkan tentang adat yang terkenal di negeri sembilan iaitu adat pepatih dimana adat pepatih ini cuba di sangkal akibat ketamakan dan perebutan kuasa. 

Tanjong menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagaruyung. 

Sementara ketiadaannya, Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu dan meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga kelakuan ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong. Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho meninggal dunia dan mengakibatkan kekosongan tampuk pemerintahan. 

Mengikut adat perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano namun Baroq tidak mahu mengikut aturan adat perpatih dan ingin terus memegang kuasa.

Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dan pertumpahan darah di dalam luak Tanjong.

Apa konflik yang berlaku? Dan apakah kesudahannya?

…semuanya akan terjawap dalam pementasan Tanjong di Istana budaya nanti. Jom lah Marsha belanja teaser dulu....




Bila Teater Tanjong akan Dipentaskan?





Teater Tanjong akan berlangsung pada 9-11 September 2022 ini dan Dianggotai seramai 150 tenaga termasuk pelakon, pemuzik, penari, pesilat petugas belakang takbir, penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas. Juga disertai oleh 12 siswa dan 28 orang murid sekolah rendah dan menengah.





Teater Tanjong turut dibintangi oleh pelakon handalan, Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Dato’ Perdano Andika dan juga turut disertai oleh Kartunis Ujang dan penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan Ulong Bakar.

Berita baik untuk korang!

Diskaun harga tiket sebanyak 10% untuk pembelian awal sehingga 1/8/2022

Tiket teater juga boleh di dapati terus melalui laman sesawang: https://ilassotickets.com/event/tanjong/
Peminat teater dan sejarah memang wajib menonton ni. Marsha pun nak tonton pementasan ni sebab nak tahu keunikan adat pepatih ini.


Contest #TAG & #MENANG TIKET TEATER TANJONG 

Nak dapatkan tiket Teater Tanjong FREE? Haaa..mana tau rezeki korang kan? Jadi korang boleh join Contest #TAG & #MENANG Tiket Teater Tanjong di Facebook Teater Tanjong . Memang sangat senang contest hanya tag dan menang je. 








Untuk keterangan lanjut Hubungi:



Prof Dr. Ahmadrashidi
Sutradara
+60 11-6562 5009



Norsyuhada Ahmadrashidi
Penerbit
+60 19-670 7943


#teatertanjong #istanabudaya #perpatih #kisah #malaysia #teater #silat #promosi #akubudakminang #bloggersmalaysia #negerisembilan

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

  1. Wahh bestnya tonton teater.. Lama tak layan cte2 cmni.. Seronok sekali sekala melayan kan kak.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us