Projektor Terbaik untuk Guru Sekolah - INLAB Senz Projector

Projektor Terbaik untuk Guru Sekolah - INLAB Senz Projector | Assalamualaikum.

Projektor kini menjadi gajet wajib kepada guru-guru kerana ia lebih memudahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di era teknologi ini. Penggunaan projektor lebih memberikan kesan positif kepada pelajar dan menarik pelajar untuk fokus dalam sesi pengajaran & pembelajaran. Biasanya projektor ada di makmal komputer, bengkel, makmal sains dan juga bilik-bilik mesyuarat. Tapi kini ianya diperlukan dimana-mana terutamanya dalam kelas.

Dengan adanya projektor, sesi pengajaran & pembelajaran lebih menarik dari menggunakan teknik lama seperti penerangan berpandukan buku teks. Marsha mula survei projektor untuk kegunaan persendirian dalam sesi pengajaran & pembelajaran. Tetapi Marsha bukan mencari projektor biasa tau. Marsha mencari projektor mudah alih dengan harga mampu milik. Bukan sahaja untuk pengajaran & pembelajaran malah ianya boleh digunakan menonton movie bersama keluarga.

Marsha mula survei beberapa jenama projektor mudah alih dan akhirnya Marsha dah jumpa projektor mudah alih dengan harga mampu milik iaitu INLAB Senz. INLAB Senz adalah 'Home Cinema Projector' yang viral di media sosial dengan review yang sangat baik. Sebab itu Marsha memilih INLAB Senz ini.

Projektor Terbaik untuk Guru Sekolah - INLAB Senz Projector


'Home Cinema Projector' sudah tak asing lagi di kalangan kita. Ramai je yang memiliki 'Home Cinema Projector' ini dirumah. Ia bukan terhad kepada cikgu sahaja. Kalau tak silap Marsha, ramai yang membeli 'Home Cinema Projector' semenjak PKP iaitu pada tahun 2020. 'Home Cinema Projector'  biasanya menggunakan imej tayangan bersaiz besar seperti dalam panggung wayang dan ia dipancarkan daripada projektor video atau sistem HDTV yang mempunyai resolusi tinggi skrin rata besar dan juga memiliki audio yang ala ala berada di pawagam. INLAB Senz adalah salah satu SMART 'Home Cinema Projector' serba baharu yang diperkenalkan oleh syarikat INLAB.




INLAB Senz Spesifikasi Terbaik & Harga Mampu Milik

Dalam pemilihan sesuatu gajet elektronik, ramai yang akan utamakan spesifikasi yang ada pada produk tersebut. Projektor INLAB SENZ_ juga tidak terkecuali kerana ia termasuk dalam gajet elektronik. Marsha jatuh cinta dengan projektor INLAB SENZ ni bukan kerana harganya tetapi kerana spesifikasi yang sangat-sangat mantap.

Ciri  Utama INLAB Senz

#1 Reka bentuk yang bersih dan minimal

Rekabentuk INLAB Senz sangat bersih dengan warna putih. Rekabentuk yang sangat minimal dan ringkas membuatkan ianya menjadi pilihan peminat gadget yang sememangnya meminati rekabentuk yang ringkas seperti Marsha. 




#2 1080p asli (sokongan sehingga 4K)

INLAB Senz mempunyai resolusi asli 1080p dan menyokong resolusi sehingga 4K HD.


Dirumah dah macam pawagam

Anak murid cakap jelas nampak di dalam bengkel


#3 7000 Lumens, sangat terang walaupun pada waktu siang

Marsha terkejut bila tengok spesifikasi INLAB Senz ini mempunyai kecerahan sehingga 7000 Lumens. Bila Marsha cuba pasang INLAB Senz di bengkel RBT tanpa langsir dan juga lampu dipasang, ianya masih terang.





#4 Sistem bunyi yang diperakui Dolby Audio

Sebelum memilih gajet yang mempunyai sistem bunyi ini, tahap sistem bunyi perlu menjadi keutamaan. Kalau korang nak tahu, INLAB Senz ini diperakui oleh Dolby Audio. Memang sistem bunyi INLAB Senz sangat mantap.


#5 Mempunyai Ciri pintar dengan Android 9 Terbaharu


INLAB Senz menggunakan Android 9 terbaharu dan mempunyai ciri pintar yang lain juga. Dalam perisian INLAB Senz ini, ada tersedia Wifi, Bluetooth dan juga beberapa aplikasi terkenal seperti Netflix, Youtube, IQIYI, Disney Hotstar+, Iflix. Juga mempunyai Play Store. Nak install aplikasi lain pun boleh.

#6 Terbaik untuk penggunaan pengajaran, aplikasi Office Suites tersedia dan boleh membuka fail seperti powerpoint, pdf dengan mudah.





Untuk individu yang menggunakan perisian seperti word, powerpoint dan sebagainya dalam INLAB Senz ini sudah tersedia aplikasi Office Suites. Jadi waktu mengajar Marsha akan jadi lebih mudah dan pantas. Tak perlu nak bawa laptop dan hanya guna pendrive untuk membuka fail pengajaran yang menggunakan Powerpoint ataupun Word.

#7 'Screen Mirroring' menggunakan telefon pintar 




Marsha juga boleh kongsikan kandungan dalam telefon pintar dengan pelajar menggunakan 'screen mirorring'. Marsha tak perlu muat turun video dalam laptop seperti sebelum ni. Marsha hanya terus kongsikan kepada pelajar secara langsung. Sangat mudah.

#8 Sesuai untuk bilik darjah, dan juga untuk pawagam rumah di rumah.

INLAB Senz bukan sahaja sesuai untuk bilik darjah, bengkel atau makmal. Ia juga sesuai untuk kita tonton filem bersama keluarga dirumah ala-ala 'Home Cinema'.




#9 Saiz yang kompak

Saiz INLAB Senz sangat kompak iaitu 29CM (L) x 22.1CM (W) x 9.5CM (H). Jadi senang bawa kemana-mana dan ia adalah antara projektor mudah alih viral di Malaysia.




#10 Fokus auto & elektronik, boleh dilaraskan menggunakan alat kawalan jauh atau dengan tombol fokus



Paling best INLAB Senz ni ada auto fokus & elektronik. Jadi kalau berubah tempat, INLAB Senz akan auto fokus secara automatik. Kita juga boleh laraskan fokus secara manual menggunakan tombol fokus yang berada di sebelah tepi atau menggunakan alat kawalan jauh.

#11 4 Point Keystone untuk semua sudut pelarasan




INLAB Senz juga mempunyai ciri-ciri 4 Point Keystone. Secara tak langsung ia boleh mempersembahkan paparan yang penuh walaupun projektor INLAB Senz diletakkan di kawasan yang tidak rata. Ia tidak mengganggu pengajaran & pembelajaran.

#12 Pelbagai sambungan, 2x USB, 2x HDMI, 1x fon kepala/telinga 3.5mm.





Sesi pengajaran & pembelajaran menjadi lebih mudah dengan tersediakan pelbagai port sambungan di bahagian belakang INLAB Senz ini. Ia mempunyai 2x sambungan USB, 2x sambungan HDMI dan juga sambungan untuk fon telinga atau kepala. Nak main playstation pun boleh tau!


Bagaimana INLAB Senz boleh memberi manfaat kepada orang ramai? 

Sebagai guru, INLAB Senz ini sangat memudahkan dan memberikan manafaat yang positif kepada Marsha. Ia memudahkan Marsha dalam sesi pengajaran & pembelajaran Marsha dengan anak-anak murid. Marsha tidak perlu bawa pelbagai gajet untuk sesi pengajaran & pembelajaran. Ia juga membantu Marsha menjimatkan masa persedian pengajaran Marsha.

Anak murid pun lebih fokus kerana Marsha dapat kongsikan segala ilmu yang ada melalui aplikasi dan juga perkongsian secara terus melalui telefon pintar.



Dirumah pula Marsha boleh bina 'bonding' dengan keluarga menonton filem ala home cinema bersama-sama anak-anak. Ia lebih mengeratkan ikatan silaturahim antara keluarga.

Bagi Marsha, INLAB Senz ini bukan hanya sesuai untuk guru-guru malah ianya sesuai untuk semua orang. Boleh buat home cinema dekat rumah sama-sama bonding bersama keluarga. Kalau keluarga besar, nak tengok wayang mesti akan berhabis ratusan ringgit. Tetapi dengan INLAB Senz lebih jimat dan kita akan dapat hasil seakan dalam panggung wayang.




Dapatkan INLAB Senz dengan Harga Mampu Milik Sekarang!

Sepanjang Marsha menggunakan projektor INLAB Senz ini di sekolah dan di rumah memang puas hati & sangat memudahkan. Tak perlu dah nak bawa laptop ulang alik dari bilik guru ke bengkel malah laptop boleh tinggal dekat rumah pun. Kalau ada kerja nak buat guna word dan sebagainya, just connect dengan wireless keyboard dah boleh setelkan kerja. Best kan? Ianya sangat sesuai dengan rutin harian Marsha dalam pengajaran & pembelajaran.

Bagi Marsha INLAB Senz ialah model projektor yang mempunyai spesifikasi yang terbaik dengan nilai terbaik dengan harga yang sangat mampu milik. Bayangkan korang boleh dapatkan paparan skrin sehingga 200 inci. Kalau kita nak beli televisyen pun kalau 65 inci pun dah 5-6K harganya. Betul tak? Walaupun spesifikasi yang ada pada INLAB Senz ini tidak sehebat jenama lain diluar, namun spesifikasi yang ada ini adalah yang terbaik bagi Marsha dengan harga bawah RM1K. Memang mampu milik.

Jangan Lupa Guna Baucar Untuk Lebih Diskaun

Nak dapatkan INLAB Senz dimana? Korang boleh dapatkan INLAB Senz sekarang tengah promosi dengan harga super berpatutan! Hanya RM989.90 sahaja sekarang! Dapatkan di: 

Website INLAB :


Kedai Rasmi Shopee INLAB:


Kedai Rasmi Lazada INLAB:


Jangan lupa masukkan kod baucar (INLACIKGU) semasa checkout dan korang akan dapat  diskaun tambahan sebanyak RM30! Banyak tu!! Jadi apa lagi? Marsha dah grab, jadi grab cepat sementara harga luar biasa ni!



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

3 Comments

  1. Wahh dah maju sekarang! Dulu klau cikgu bukak projektor ni mmg syok habis! Hehe

    ReplyDelete
  2. Nice post thank you Meichelle

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us