Raya Aidilfitri di China: Pengalaman Pertama Beraya di Rantau Orang | Assalamualaikum.
Pengalaman menyambut beraya di China sememangnya antara kenangan paling manis buat Marsha sekeluarga. Tahun 2026 menjadi tahun pertama kami beraya di perantauan apabila memilih Beijing, Xi’an dan Chengdu sebagai destinasi percutian sempena Hari Raya Aidilfitri. Best rupanya raya di Beijing .
Raya Aidilfitri di China: Pengalaman Pertama Beraya di Rantau Orang
![]() |
Raya Aidilfitri di China bersama keluarga di Nuijie Street Beijing |
Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa pulak raya nak raya kat luar? Tak balik raya kampung ke? Kenapa beraya di perantauan?
Kenapa Kami Memilih China Sempena Hari Raya
Plan asalnya kami nak ke Jepun. Collab dengan jiran satu taman aka travel buddy. Tarikhnya pula mcm lepas raya around raya 2-3 macam tu. Bila buat meeting kami tukar ke China. Asalnya nak ke Chengdu je tapi tukar plan ke 3 negeri iaitu Beijing - Xi’an - Chengdu. So amik masa berhari2 juga untuk cover dan decide gerak sebelum raya. Family semua dah maklum. Mestilah kena bagitau family kan.
Long short story, lepas dah meeting dan decide tempat dan tarikh semua kami mula buat prosedur biasa sebagai penjawat awam, isi borang kebenaran ke luar negara, beli tiket flight, booking hotel, booking train dan sebagainya. Akhirnya 19 Mac 2026 kami terbang ke destinasi pertama kami iaitu Beijing. Naik AirAsia jam 7 lebih dan berbuka atas flight dan sampai dalam jam 1-2 pagi waktu Malaysia. Lepak di Airport Beijing, sahur dan solat subuh barulah kami cari Didi ke hotel.
![]() |
| Pengalaman sahur di airport makan RTE |
Sempatlah kami berpuasa dan berbuka di Beijing sebab Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 21 Mac 2026 sama dengan Malaysia. Feel dia lain sangat. Berpuasa dalam suhu yang sejuk dalam 3-7 darjah celsius. Pengalaman pertama kami sekeluarga. Yang bestnya anak-anak yang darjah 3 dan darjah 1 pun puasa penuh dengan sabar.
Selepas sampai hotel pagi tu kami terus keluar ke lokasi yang kami tetapkan dalam itinerary. Simple je sebab masih puasa kan. Balik berbuka dekat hotel. Oh ya hotel kami area Nuijie Street Beijing . Dekat sini banyak komuniti muslim beijing. Sehari sebelum raya kami pakai pakaian raya dan bergambar. Plan nak ke masjid tapi masjid tengah renovation. Jadi masjid berpindah disebelah bangunan sementara. Anak-anak tak dibenarkan masuk jadi kami masuk sekejap dan bergambar family di bahagian luar masjid.
![]() |
Suasana komuniti Muslim dan masjid di Nuijie Street Beijing |
Komuniti muslim di Beijing sangat peramah. Dorang seronok sungguh tengok kitorang memakai baju kurung dan baju melayu. Kami sekeluarga explore Nuijie Street dan cuba makanan yang wajib makan disana. Sambutan Hari Raa Aidilfitri dekat sana tak semeriah di Malaysia. Tapi sembahyang raya tetap ada. Kami pun kurang pasti sebab raya pertama kami ke Universal Studio Beijing dan seharian kat sana. Tapi sebelum ke USB tu kami sempat merasai suasana aidilfitri di China.
Overall pengalaman yang manis dan sangat best beraya di China. Next nanti Marsha akan share secara lengkap itinerary kami. Sharing kali ni untuk share pengalaman menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan sahaja.
Sebelum ini kami juga pernah melancong ke Yunnan, China. Boleh baca pengalaman tersebut di sini.
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger




0 Comments
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)