Iphone 7 Plus Casing Customize dari Printcious

Iphone 7 Plus Casing Customize dari Printcious

Assalamualaikum uolsss....hugss 💓💓


Ingat tak entry Printcious kat SINI?
Haa.....baru-baru ni Marsha dah buat 1st purchase taw. Tapi yang pertama kali ni untuk kenangan diri sendiri..hihi
Buka web Printcious ni memang berhantu taw....asik dok belek nak pilih item apa untuk kenangan.
Bila dibelek-belek sebab sudah rambang mata, jadi Marsha memilih 'baju baru' untuk Iphone 7 Plus Marsha.
Sebab bila dipikirkan handphone Marsha selalu bawa dan sentiasa dekat dengan Marsha....hihi
Jadi insan tersayang sentiasa disisi....chewahhh...hihihi

So, Marsha teruskan create design - submit - checkout dan buat bayaran.
Proses untuk Printcious siapkan order Marsha tak lama pun.
Almost seminggu termasuk pos dan sampai ke alamat Marsha.
Cepat kan??
Pilihan yang tepat untuk kenangan Marsha bersama Printcious.

Akhirnya last week sampailah parcel yang ditunggu-tunggu dari Printcious dihantar oleh NinjaVan....hiyarghhhh....hihi
Masa parcel sampai Marsha xde kat umah jadi Ahad baru dapat buka parcel.
Masa tak de kat umah tu rasa tak keruan nak balik cepat nak tengok parcel tu...sebenarnya tak sabar nak buka.....hihihi
Sangat teruja sebab tak tau hasil akhirnya macamana kan?
Bila dah unpack parcel, akhirnya hasil kreativiti Marsha dah berada di tangan....alhamdulillah.

Tara.............baju untuk IP 7 Plus Marsha.

Kenangan dengan Printcious


Marsha memilih untuk letak pic latest ( tengah mengandung raya tahun ni) kerana nak simpan kenangan semasa mengandung.
Tak lama lagi adik baby dah nak lihat dunia jadi Marsha design kenangan semasa adik baby masih menghuni rahim Marsha...hihi

Sebenarnya casing ni ada 3 warna iaitu putih, hitam dan transparent.
Jadi Marsha decided untuk pilih transparent supaya warna badan Iphone Marsha nampak disebelah tepi.
Lagipun gabungan trasparent ni Marsha memang suka....nampak classy gitu....hihi

Ok Iphone dah tukar baju baru...saiz dia memang ngam-ngam muat. Alhamdulillah sangat.
Tengok la muka mommy yang sangat seronok ni. Buka parcel terus pasang kat badan Iphone yang dah lama tak bertukar baju...hihihi
Adik baby pun tumpang seronok sebab ibu dia seronok....hihi

Marsha yang berpuas hati dengan kualiti casing dari Printcious


Bila lihat casing idaman hati....sangat teruja bila lihat sebab design yang Marsha buat tu sangat cantik dan ikut yang Marsha design.
Risau jugak kan sebab belum pernah design sendiri casing handphone.
Bila dah sampai.....Alhamdulillah syukur...
Tiada cacat cela sebijik dengan Marsha design dekat web Printcious.
Bila belek-belek casing pula sangat puas hati.
Material yang berkualiti dan secara keseluruhannya Marsha puas hati.

Ni tetiba rasa nak purchase kali kedua ni.
Nak pilih item lain pula dan kali ni untuk yang teristimewa dihati.
Sendiri punya dah ada....hihi

Ok buat kawan-kawan yang berminat jangan lupa singgah - usha - pilih - design - beli personalized gift dari web Printcious.
Ada pelbagai item yang pasti menarik hati korang.
Tak nak personalized untuk gift boleh buat untuk diri sendiri.
Sangat recommended dan Marsha pasti korang akan puas hati....💕💕





Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

18 Comments

  1. Ena pun pernah print Casing kat sini. Cantik! Suka2. Casingnya pun tahan lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan casing dia bila pegang memang guna yg berkualiti

      Delete
  2. Menarik kan bila ada personalised item macam ni

    ReplyDelete
  3. Cantik ka. Memula Mai pun nak buat casing, tapi tengok2 semua iphone je, hahaha kuciwa jap, pastu pilih buat totebag :P

    ReplyDelete
  4. Cantiknya casing iphone 7+..

    ReplyDelete
  5. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    ReplyDelete
  6. www.foodpackagingkl.com/Food packaging wholesales, Plastic food container, Cooler Bag, Ziplock Bag, Seal Bag and etc..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us