Alhamdulillah....Si Dia Sudah Melihat Dunia

/
16 Comments

Welcome To The World!!!


Assalamualaikum..


Beberapa hari ni 'mute' sekejap kerana pada entry terakhir di sini, malam tu Marsha sudah mula sakit dan esoknya 30/09/2017 lahirlah seorang Putra beratnya 3kg.
Alhamdulillah impian Marsha untuk VBAC (Vaginal Birth After Ceaserean) success.
Terima kasih atas kepercayaan doktor membenarkan kehendak Marsha untuk VBAC dan buat suami tersayang terima kasih kerana tak henti-henti memberikan semangat dan teman ayang masa dalam labor room.
Tak lupa buat putri ibu yang setia menunggu kelahiran adik yang kakak selalu tak sabar nak jumpa...💗💗 

Si Dia Sudah Melihat Dunia

Ya....si dia sudah melihat dunia di waktu ini.
Dah berumur 7 hari saat entry ni ditaip.
Walaupun melihat dunia seawal 38 minggu tepat.
Alhamdulillah Allah permudahkan proses kelahiran yang Marsha rasa sangat bersyukur.
Allah dengar doa Marsha moga baby tidak overdue dan dipermudahkan bersalin.
Alhamdulillah syukur pada Allah....syukur sangat-sangat.

Pengalaman Bersalin?


Tanggal jumaat 29/09/2017 adalah hari terakhir Marsha bekerja kerana Marsha ambil cuti bersalin awal 12 hari untuk preparation menerima ahli baru.
Sepatut due date 14/10/2017 dan Marsha rasa cuti awal 12 hari boleh Marsha prepare dengan baik.
Sebab ikut doktor, ibu yang ada GDM (diabetes masa mengandung) tak boleh overdue.
Jadi jika 13/10/2017 baby tak keluar memang kena admit wad dan akan diinduce.
Wah bila dengar macam tu hati tak keruan, takut semua ada sebab kata orang bersalin paksa ni sakit.

After sekolah Marsha g lunch kat Hotel Kinta Riverfront sebab kawan sekolah belanja makyong yang bakal jadi maktang tak lama lagi.
Masa siang hari tu rasa xselesa perut macam nak membuang sahaja.
Balik rumah, rest.
Malam pun masih rasa tak selesa hingga tak lalu nak dinner.
Kakak Anith pula lepas solat maghrib dia terus lena malam tu.
Jam 11 lebih baru perut terasa lapar, so Marsha buat air se 'mug' seorang.
Suami minum air kopi dan marsha minum air teh raspberi untuk memudahkan bersalin.

Lepas minum, rasa sakit pinggang lain macam.
Suami urut then lega.
Kemudian terasa ada cecair keluar dan bila cek keluar sedikit darah.
Lepas tu mula rasa 'contraction' selang 5 minit.
Kami buat keputusan ke hospital dan bertolak ke hospital setengah jam lepas tu sebab berkemas barang incase kena tahan wad.
Masa tu Marsha amik kesempatan makan kurma untuk tenaga.
Sampai labor room jam 1 pagi terus ke kaunter dan bila cek jalan dah buka 5 cm.
Dalam hati kata aku dah nak bersalin.
Terus ditolak ke labor room setelah di cek beberapa kali.

Jam 3 lebih bukaan 6 cm tapi diri ni rasa nak push dah.
Memang tak tertahan dah dengan contraction yang datang silih berganti.
Akhirnya air ketuban dipecahkan masa bukaan 6 cm.
Setengah jam lepas tu bukaan dan 9 cm.
Ok get ready untuk push sementara tunggu encik suami masuk.
Bila encik suami masuk baru rasa semangat dan cubaan push beberapa kali tapi gagal kerana Marsha teran geram pada muka.
Setelah beberapa percubaan akhirnya tepat jam 4.20 pagi lahirlah putera yang dinanti seberat 3kg.

My Hero


Alhamdulillah syukur dan selepas dipotong tali pusat Marsha dapat direct skin to skin dengan baby.
Betul kata orang yang berpengalaman.
Sakit bersalin hilang terus lepas baby keluar.
Syukur sangat Allah bagi Marsha rasa semua yang Marsha tak dapat rasa pada anak pertama sebab ceaser.
Dan kelahiran kali ni tanpa ubat tahan sakit atau epidural.
Marsha ada luka episotomi juga tapi itulah pengorbanan untuk putera Marsha selamat keluar.
Alhamdulillah Marsha bersalin hanya dengan bidan dan suami.
Syukur sangat dipermudahkan untuk kelahiran kali ini.

Sakit Bersalin


Buat kawan-kawan doakan Marsha dapat berpantang dan breastfeed dengan jayanya ya.
Moga misi breastfeed berjaya untuk putera Marsha.
InsyaAllah....Aaamin.







Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

16 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah Marsha.. tgk kaki baby pun boleh bayangkanlah alahai comelnya. Sedapnya bau baby.. selamat berpantang ye

    ReplyDelete
  2. Tahniah Marsha, alhamdulillah selamat melahirkan..selamat berpantang Dan salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan salam kenal juga buat Nia..:)

      Delete
  3. Alhamdulillah tahniah! salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/masuk-sem-2.html

    ReplyDelete
  4. congratulations kak marsha! seronoknya dapat sepasang dah..
    alhamdulillah, selamat berpantang ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Timm....rindu nak gather ngan team BU lagi..:)

      Delete
  5. alhamdulillah. Tahniah ya/.. Done follow sini

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)