Persiapan Sekolah untuk Anak-anak Sekolah Rendah


Assalamualaikum


Hari ni Marsha nak share sikit tentang persediaan Marsha buat masa Anith nak masuk darjah satu 3 tahun lepas. Opkos la Marsha rasa excited, risau, happy kiranya begelumang rasa dalam hati ni. Boleh ke Anith nanti dan banyak lagi bermain di fikiran seorang ibu yang 1st time anak nak masuk sekolah walaupun hanya sekolah rendah. Faktor yang lain pula ialah kakak Anith akan bersekolah di SJKC itulah juga yang buat hati ibu ni bercampur baur rasanya.

Disember| Persediaan Sekolah untuk Anak-anak


Tak dinafikan mostly parents akan mula membuat persediaan seawal bulan Disember sebab masa tu lah ada sale kembali ke sekolah. Betul kan? Marsha pun tak terkecuali juga sebenarnya. Kalau lambat nanti semua saiz dah sold out payah pula. Dah la kakak Anith ni tinggi saiz masa tu seperti kebanyakan kanak-kanak lain. Kalau lambat-lambat memang kakak Anith pakai yang adalah jawabnya nanti...hahahaha

Ok ni beberapa list yang Marsha buat untuk keperluan Kakak Anith. Every year mesti buat sebab Kakak Anith ketinggian dan saiz kaki setahun akan bertambah 2 saiz sehingga hujung tahun. Cepat betul seketul Kakak Anith ni membesar. Ok jom kita tengok list:

  • Pakaian

  1. Baju Sekolah
  2. Kasut Sekolah
  3. Stokin
  4. Tudung putih sekolah
  5. Camisole
  6. Serkup putih
  7. Stokin Putih
  • Alat tulis
  1. Pensel 2B 
  2. Pemadam
  3. Kotak pensel
  4. Sharpener
  5. Pensel Warna
  • Beg Sekolah
  • Buku Teks, Buku Tulis dan Buku Kerja (Sekolah bagi dengan bayaran yuran. Buku teks dapat pinjaman. Alhamdulillah.
  • Purse kecik (untuk isi bekal duit ke sekolah)
Rasanya itu je yang Marsha beli semasa Kakak Anith masuk darjah satu. Baju sekolah dan tudung Marsha beli sesiap 5 pasang. Kira sehari 1 pasang sebab takut xsempat nak menyental. Tudung tu beli borong je sesiap. Kasut Marsha beli 3 pasang masa tu ada sale gudang kat KL dapat kasut barbie cantik-cantik lagi. Stokin pun 5 pasang sebab stokin ni selalu banyak hilang. Tak sanggup den nak mencari...hahahaha. Brand yang Marsha suka beli ialah brand school sebab kain dia cantik yang licin tu. Senang nak sental dan gosok...hihi. Oh ya, walaupun ke SJKC, Marsha tak belikan Kakak Anith pinafore risau sebab semek ni ganas...hahaha

*semek=che mek

Kakak Anith bersama Marsha dan Encik Hubby

Untuk alat tulis tu Marsha beli banyak sesiap buat stok sebab jenis seketul Kakak Anith ni suka 'derma' alat tulis...hihihi. Pagi bawa pemadam besar balik tinggal sebesar kerikil sebab kongsi potong bagi kawan...hadoiii. Pensel hari-hari hilang....radar pun tak jumpa..hahahaha. Beg sekolah masa tu suka Barbie & Princess so Marsha layankan aje. Hari ke3 beg dah berlubang nak oii. Pakai lah beg berlubang tu sampai akhir tahun. Ibu jahitkan tutup lubang. Harga RMxxx juga tap tak tahan. Tahun kedua pun jadi yang sama. Tahun ke3 terus banned...hahaha. Beli beg sekolah kat popular jenama Pop Kids. Tapi walaupun harga 2 kali ganda tapi setahun elok macam baru dah siap jatuh bergolek dari tingkat 3 pun steady je. So tahun ni jimat tak perlu beli beg sekolah. (untuk tahun 2018)

Jadi itu je persiapan simple Marsha. Yang mana boleh jimat kita jimatkan. Marsha tak nak ajar anak mewah setiap tahun belikan yang baru. Biar dia rasa susah juga. Tapi baju sekolah dan kasut memang kena beli 2 saiz setiap tahun terutamanya kasut. Kalau tak sakit kaki dia. Baju sekolah dah senteng sikit pun pakai je habiskan tahun...hihi.




Marsha
Part Time Blogger Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

16 Comments

  1. Part alat tulis tu sama je dengan anak Sha.. Baik hati.. Suka derma dekat kawan-kawan.. Memang beli banyak-banyak..

    ReplyDelete
  2. Kakak Anith ne baik hati lah sebab tu dia suka derma barang2 kat orang. hehe tapi Kak Anith ne memang baiklah mommy ritu jumpa kat karnival upin ipin rajin pulak dia melayan anak2 miza nak belon

    ReplyDelete
  3. Budak2 ni..belum.sekolah lg. Adoi gerun tgk kos anak nk msk sekolah ni kan.

    ReplyDelete
  4. mana-mana budak,kan suka derma barang kat kawan-kawan..aihhh..bikin mak pak hangin je..

    ReplyDelete
  5. huguhu.. part berlubang yang tak tahan tu.. kesian kena pakai gak sampai abes tahun yea.. hehe

    ReplyDelete
  6. Wah cuti sekolah tinggal 20 hari ja.KEna cepat buat persiapan kalau tak saiz yang hendak beli cepat habis.

    ReplyDelete
  7. Dah nak masuk sekolah, semua barang nak beli baru. Hehe. Kalau dah cuti lama semua pensel, pemadam pensil hilang kan..Yang penting nak beli barang baru. Hehe. Belajar rajin2 ye cakap kat anak Marsha

    ReplyDelete
  8. Sama juga dengan anak Kak Sue bab pensil, pemadam.. manjang hilang je.. huhuhu

    ReplyDelete
  9. Thank you for the tips. I nak sediakan untuk anak juga soon

    ReplyDelete
  10. kena siapkan awal2 supaya segalanya teratur

    ReplyDelete
  11. rajinnya Marsha...tahun 2018 anak akk seorang jer yg masih bersekolah...spt biasa en suami la buat kerja dan rasanya lebih simple sbb sorg jer..

    ReplyDelete
  12. A mum hardwork only God will know. Is not easy to prepare kid that start primary school. Many thing need to buy n list down.

    ReplyDelete
  13. Untuk sesi persekolahan tahun depan kebanyakan dah sedia dah.. cuma yuran je belum pergi bayar lagi... Pakaian semua kitar dari tahun ini punya

    ReplyDelete
  14. Memang bagus persiapan awal... last minit nanti susah nak dapatkan saiz yang sesuai sebab kehabisan stok. Bagus info ni membantu ibu-ibu yg buntu nak beli pekakas dan persiapan anak

    ReplyDelete
  15. semua dah selesai..ada yang beli dan ada yang guna tahun lepas punya terutamanya alat tulis. yang tahun lepas punya banyak tak guna lagi.Beg sekolah pun dia kata tak payah beli..Jimat betul tahun ni..hahah

    ReplyDelete
  16. Hope your kids enjoy their schooling time and I think nowadays preparation for kids to school is not cheap. Saw a friend saying school bag from Swan is RM400!!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us