Thor Ragnarok| Layan Bersama Bayi 2 Bulan

/
30 Comments


Assalamualaikum



Ni bukan tips parenting ye...Marsha ni suka je buat eksperimen. Eksperimen kali ni ialah tengok movie bersama baby 2 bulan di TGV Cinema Family Friendly. Memang sebelum ni selalu je masuk FF bersama Anith cuma kali ni nak cuba bersama Baihaqi pula. Jadi semalam dah ada lagi movie Thor Ragnarok dan memang teringin nak tengok jadi kami cuba bawa baihaqi untuk bersama-sama layan movie.


Thor Ragnarok| Bersama Bayi 2 Bulan


Thor Ragnarok


Semalam bila tengok Thor Ragnarok masuk Family Friendly cinema TGV, Marsha cuba ajak hubby menonton movie ni. Kebetulan movie ni masuk FF punya cinema. Memang sesuailah untuk kitaorang yang ada baby kecil ni. Buat yang belum tahu, TGV Cinema ada satu cinema khas untuk ibu bapa bawa anak-anak kecil. Ia dikenali sebagai Family Friendly Cinema. Khas buat keluarga nak mempunyai anak-anak kecil kira family time juga. Apa kelebihan FF Cinema ni??? Meh tgk pic bawah


Family Fiendly Cinema


Bagi parents yang ada anak-anak kecil yang sedang membesar memang sangat sesuai. Bawa anak tgk kartun dengan senang hati. Biasalah anak-anak ni semangat inkuiri tinggi jadi FF cinema memang sangat sesuai. Untuk keluarga yang mempunyai baby macam Marsha ni siap disediakan meja khas untuk tukar diaper. Senang kan? Just bawa susu je untuk bekalan. Kelebihan yang ada pada FF cinema ini memang sangat friendly untuk keluarga.

Dari segi harga tiket pula, harga dewasa ialah RM10 dan paling best tiket untuk kanak-kanak jauh lebih murah dan jimat iaitu RM5. Murah kan? Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak ramai umur antara 4-11 tahun boleh bawa anak-anak tonton movie kegemaran dengan happy. Memang FF cinema ni jadi pilihan Marsha bila bawa anak-anak tonton movie sebab rasa selesa. Seronok tengok anak-anak parents lain yang tanya itu ini masa movie ditayangkan. Biasanya setakat Marsha menonton movie memang seronok sangat.

Harga Tiket FF

Review dengan Baby Baihaqi berumur 2 bulan


Alhamdulillah our mission success walaupun bawa Baihaqi tengok Thor Ragnarok. Tak sangka juga Thor Ragnarok masuk FF Cinema. Berpeluanglah Marsha tengok. Dalam FF Cinema Baihaqi boleh layan lena. Kekadang ada tengok screen sebab movie kan ada pergerakan. Menangis?? Ada menangis sebab lapar susu je. Dah kenyang diam kembali dia dalam lenanya...hihi. Tapi Thor ada sambungan lagi rupanya!!


So lepas ni berderet list movie untuk kami sekeluarga tengok. Biasanya banyak kartun. Kalau cerita adult baru abah dating dengan ibu...hihi. Yang terdekat ni Coco & Paddington lah dalam wishlist nak tengok...hihi.


Untuk maklumat lanjut tentang Family Friendly Cinema ni:

Layari : TGV Malaysia

Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

30 comments:

  1. Ooo ada panggung camtu yer. Terbaik la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada zumal boleh bawa anak sedara layan movie

      Delete
  2. murahnya tiket dia. mesti seronok kan ibu dan baby boleh have fun sama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tak resah dah nak kena tinggal baby...hihi

      Delete
  3. Oo..baru tahu ada family friendly cinema ni..kat semua TGV ada ke, marsya?

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar pasal wayang yang ada family friendly ni. Tapi tak pernah pergi lagi. Murah jer tiket nya yer. Ingatkan mahal 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi murah fiza terutama untuk anak-anak. Below 3 yr free pula tu

      Delete
  5. Replies
    1. Memang best cite dia. Tak sabar tunggu sambungan

      Delete
  6. pernah masuk hall Family Friendly ni. memang berbaloi..

    wah 2 bulan dah tengok wayang ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baihaqi masuk teman ibu je tengok wayang...hihi

      Delete
  7. Murah ya family friendly cinema ni..nnt nak bawa anak2 g tgk coco la kt tgv ou..

    ReplyDelete
  8. Pertama kali dengar ada panggung untuk bawa baby.Bagus TGV buat Family Friendly Cinema ni dengan 5 kriteria yang dihighlight tu. juga At least parent boleh menonton bersama dengan selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Bell....selesa sangat rasa

      Delete
  9. Haha..kecil2 dah tengok wayang eh. Dah lama akak tak masuk panggung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan ibu nak tengok Thor kak...redha je dia...hahaha

      Delete
  10. baru tau ada family punya rasanya tempat sha selalu pergi takde haha bagusnya anak akak tak nangis / meragam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak lagi yang ada sha..dia macam indulge jugak tak semua ada

      Delete
  11. Best gila..hrp2 cepat la ada kt penang ni tgv family friendly ni...
    Selalu mmg layan kt tgv ja sbb kami members kt situ..kalau ada yg FF ni lg sennag la nk layan tanpa perlu risau anak yg kecik tu nangis ka

    ReplyDelete
  12. senangla macam tu. kalau tak kena tunggu keluar kat tv jawabnyala. bagusla tgv ni memahami keperluan dan kehendak semua orang. harga tiket pun berbaloi. kena try la.

    ReplyDelete
  13. Thor memang best. palng penting gal gadot tetap di hati..

    ReplyDelete
  14. Tak tahu lah yang ada wayang mesra kanak-kanak macam ni hehehe tapi kalau ibu bapa nak tengok cerita seram macam mana anak2 tak sesuai wakakakkaa...

    ReplyDelete
  15. Waah bagusnya TGV ni. Ika tak pasti kat Penang ada ke tidak package ni. Sesuai untuk semua keluarga datang tgk wayang.

    ReplyDelete
  16. Bahagia kan bila ada ruangan khas begini. Semua selesa dan boleh enjoy.
    Eh.. nak tengok Coco la. Rawlins tak mewayang lagi nie.

    ReplyDelete
  17. haha that's good that TGV got the family friendly version now. I wonder if i would bring my kids there in future. haha

    ReplyDelete
  18. ah this is nice for parents like us. will bring my kids this wkend

    ReplyDelete
  19. Lama tak tengok wayang dekat TGV... pernah sekali je layan yang family friendly.. Anak kita ok, anak orang lain.. perghhhhhh

    ReplyDelete
  20. Lepas ni tiada lagi ibu bapa yang sedih tidak dapat join tonton filem-filem baru di pawagam. Ruby pun suka pi TGV hall family friendly ni. Sambil jaga anak, sambil menonton. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)