ICE Hijab dari ModGear | Ultra Light Extra Cool

/
16 Comments

Assalamualaikum


Hai korang!! Cuti sekolah ni ada jalan-jalan memana tak atau balik kampung? Marsha? Tak kemana kot sebab walaupun cuti sekolah, En Suami masih bekerja. Jadi kita bercuti-cuti di rumahku syurgaku aje lah ye...hihi. Tapi bukan lepak bermalasan dirumah tau. Kita buat lah aktiviti beriadah macam jogging, main sports atau cycling. Haa....bestkan spend masa macam ni bersama family kan? Cerita bab beriadah dan bersukan aktif ni Marsha nak share satu apparel iaitu hijab yang Marsha suka pakai semasa membuat aktiviti. Sesuai dengan Tagline 'Extra Light, Extra Cool' memang terbaik. Ok untuk berceloteh lebih lanjut tentang hijab ni meh baca | ICE Hijab dari MODGEAR| Ultra Light Extra Cool.

Tentang MODGEAR

Korang pernah dengar tak brand MODGEAR? Buat yang pernah dengar MODGEAR ni adalah satu brand yang mengeluarkan apparel 'Modest Active Wear'. MODGEAR telah merekabentuk 'active wear' yang praktikal, 'functional' dan mampu milik untuk muslimah moden. Jadi muslimah sekarang mempunyai pilihan apparel yang sesuai untuk gaya hidup aktif atau lebih mudah mempunyai pakaian aktif yang sesuai. 

ICE Hijab| Ultra Cool Extra Light


ICE Hijab adalah produk pertama MODGEAR yang direka khas sebagai hijab yang paling sejuk dan paling selesa berbanding yang lain. Dengan fabrik yang dikenali sebagai ICE, ICE Hijab mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Sangat ringan
  • Lebih sejuk
  • Pembebasan Haba
  • Anti Bau
  • Elastik
  • Lembut
ICE Hijab didatangkan dengan 3 warna yang menarik iaitu BIRU, HITAM dan KELABU.

ICE Hijab MODGEAR

 Komen Marsha Tentang ICE Hijab dari MODGEAR


Marsha telah mencuba ICE Hijab ni pada mulanya di rumah di depan cermin ala-ala syok sendiri....hahahaha. Marsha dapati ianya memang sangat ringan, lembut, elastik tapi tidak nipis. Ianya menutup dada, tidak rasa panas dan berat.Tapi dengan hanya mencuba dirumah ada beberapa situasi yang tidak 'valid' la kan sebab kita nak rasa jaminan yang telah dijanjikan oleh MODGEAR.

Sangat best bila pertama kali cuba dirumah


Jadi Marsha mencuba ICE Hijab ni semasa jogging bersama suami dan anak-anak ditaman. Disebabkan ini adalah HARI PERTAMA Marsha jogging selepas berpantang bersalin anak kedua, jadi Marsha hanya habiskan larian sejauh 600 meter ( 1 pusingan taman). Alhamdulillah mampu jogging sampai 1 pusingan taman dan juga berpeluh.


Marsha jogging sambil tolak stroller baby...hihi


Semasa jogging, Marsha dapati tudung tidak terselak dan masih terletak seperti pada awal Marsha sarungkan ICE Hijab. Masih berasa ringan walaupun di kawasan kepala, muka dan tengkuk sudah mengeluarkan peluh jantan...hahaha. Peluh pula telah diserap dengan pantas sebab Marsha tak rasa panas. Kalau kita rasa panas, bermakna peluh belum kering kan? Rasa nyaman dan sejuk je sebab ICE Hijab ni menggunakan material kain yang sejuk. Ia juga berfungsi untuk pembebasan haba dengan pantas.

Bergaya dengan ICE Hijab dari MODGEAR


Bila sampai dirumah, setelah siap bersihkan diri, Marsha cuba bau ICE Hijab yang Marsha pakai untuk jogging tadi dan suprise!!! TIADA BAU HAPAK atau BUSUK peluh Marsha tadi. Memang menarik sangat. Ni rasa nak tambah lagi ni....hihihi. Memang ia sesuai untuk muslimah moden yang aktif.

Jom layan LIVE Marsha di FB Marsha tentang ICE Hijab ni di SINI.

Bagaimana Nak Dapatkan ICE Hijab dari MODGEAR?

Korang yang berminat nak rasa sendiri pengalaman ICE Hijab keluaran MODGEAR ini boleh rujuk maklumat dibawah. Harga nya hanya RM49 sehelai termasuk postage di seluruh dunia. Paling menarik ianya ada jaminan 100% Any Day Money Back Guarantee (Boleh return balik bila-bila masa sahaja asalkan belum digunakan).  Berbaloi kan? Jom kita aktif bersama ICE Hijab dari MODGEAR.


Website: MODGEAR

Facebook: @MODGEAR

Instagram: @MODGEAR.CO



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

16 comments:

  1. Wah cntiknya! Nmpk senang dan sejuk untuk pakai. Insyallah satu hari kita pun berhijab, boleh la beli Modgear juga (:

    ReplyDelete
  2. Memang susah nak cari tudung yg tak terbang terbang masa jogging haha :')

    ReplyDelete
  3. Menarik, macam berkenan pula Kak Sue dengan tudung nie Marsha..

    ReplyDelete
  4. I pay a quick visit every day some web pages and websites to read content, but this blog presents feature
    based posts.

    Feel free to surf to my web site; thiet ke can ho chung cu dep

    ReplyDelete
  5. Bagus ye kain dia tak terselak. Tak lah kita rasa tak selesa masa nak bersukan. Kalau tudung lain dah bergerak sana sini.

    ReplyDelete
  6. Best lahh tudung nie.. Nampak selesa.. Senang pula nak pakai

    ReplyDelete
  7. el pun aritu tertarik dgn tudung icehijab ni..tengok selesa dan terletak sesuai utk aktiviti luar maupun santai..nti el nak beli tuk koleksi lah

    ReplyDelete
  8. tang bau hapak tu yang buat miza tak sabar nak borong icehjab ne

    ReplyDelete
  9. berkenan juga lah ice hijab ni. Tak panas tapi cuaca skrg sejuk ..

    ReplyDelete
  10. curlass u, jogging sambil tolak stroller..salute..okey tu, yg penting ada ice hijab modgear...hehe

    ReplyDelete
  11. mudah dan cepat je ice hijab ni nak pakai kan...memang kena ada satu ni

    ReplyDelete
  12. nampak comfortable and sesuai untuk daily use.. :D
    follow sini #454

    ReplyDelete
  13. 1st time dengar jenama Modgear ni. Nampak selesa & kain pon cantik.

    ReplyDelete
  14. Boleh start usha ni kak. Boleh pakai kalau nak buat pelbagai aktiviti diluar kan

    ReplyDelete
  15. Bagusnya dah ada tudung untuk muslimah beriadah dan membuat aktiviti sihat. Harga pun berpatutan dan berbaloi dengan kualiti.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)