Salji Pertama di Perak

Assalamualaikum


Salji pertama di Perak?? Haa...jangan tak caya tau Perak ada salji. Siyes ni!! Musim panas pun ada salji kat Perak ni. Perak kat mana tu? Hanya ada di AEON Klebang tau. Terlampau excited dengan pilihanraya sampailah ke Majlis Angkat Sumpah PM ke 7 barulah boleh tenang nak share dengan korang salji pertama di Perak ini. Ianya berlaku last weekend tap this weekend ni ada lagi tau. Jom baca | Salji Pertama di Perak.

Salji Pertama di Perak

Marsha pasti semua maklum yang negara kita adalah negara yang berada berhampiran garisan Khatulistiwa dan tak mungkin ada salji kan? Cuaca negara kita adalah panas dan lembap sepanjang tahun. Tapi ini sudah pelik!! AEON Klebang je yang bawakan salji kepada penduduk negeri Perak. Bila dapat tau memang lah excited nak bawa Kakak Anith. Pada siang hari pertama pun Marsha dah pegi 'riki' tempat. Almaklumlah AEON Klebang dengan rumah Marsha kentut pun boleh dengar...hihi.

Ok, sebenarnya ia adalah salji tiruan yang didatangkan oleh AEON Klebang khas buat pengunjung AEON Klebang. Bermula pada 4, 5 dan 6 Mei 2018 dan 11, 12 dan 13 mei 2018. Ia dikenal dengan event Kids Fun Snow Sport. Hanya untuk kanak-kanak 3 tahun hingga 12 tahun sahaja. Jadi minggu pertama sudah tamat dan buat yang belum berpeluang pergi boleh bawa anak-anak pada weekend ni. 

Kids Fun Snow Sport by AEON Klebang, Ipoh, Perak

Kids Fun Snow Sport

Kat Kids Fun Snow Sport ni nanti akan ada 2 aktiviti untuk anak-anak kita. Pertama ialah Snow Playground dan anak-anak akan buat aktiviti yang menarik. Masuk adalah PERCUMA untuk Snow Playground ini.

Beratur nak masuk Snow Playground

Aktiviti dalam Snow Playground

Saguhati untuk Kakak sebab berjaya cari patung kecil
Aktiviti kedua pula ialah Snow Slide. Aktiviti ini kalau nak join kena buat pembelian sekurangnya RM50 dalam satu resit untuk layak 1 tiket dan pembelian hendaklah dibeli di 'tenant' selain AEON Store dan kedai makan. Resit itu hanya layak untuk hari yang sama sahaja.

Tiket masuk Snow Slide

Beratur

Weeeeee!!!!


Jadual Kids Fun Snow Sport ini? Jom kita tengok jadual dalam gambar dibawah:

Jadual Kids Fun Snow Sport


Marsha dah bawa Kakak Anith main 2 malam berturut dan hanya malam akhir last weekend untuk Snow Slide. Happy betul dia. Baju opkos basahlah sebab kita main snow kan....hihi. Kejap lagi Marsha dah kongsikan gambar2 dan videonya kejap lagi ye. Ada juga aktiviti Snow Fall di bahagian dalam AEON. Tapi yang aktiviti ini dibuat di kawasan luar parking AEON Klebang.

Aktiviti di Snow Playground

Aktiviti di Snow Slide


Marsha boleh rasa kemeriahan anak-anak join aktiviti disini. Jadi buat orang2 Ipoh, Perak yang berhampiran boleh la ke AEON Klebang this weekend untuk anak-anak join aktiviti Kids Fun Snow Sport yang best ini. Moh ler ke Ipoh...:)

Meh Marsha kongsikan video salji jatuh....kekekekeke




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

21 Comments

  1. ingat salji turun betul hehehe

    ReplyDelete
  2. Ingat betul la ada ada snow kat sana..hehehe..apapun menarik la program yang disediakan untuk kanak-kanak..so ibu bapa x risau sebab banyak aktiviti utk anak-anak..

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya ada salji dah ya. Kalau bab salji ni memang anak anak yang paling seronok sekali nak main kan.kita pun tumpang sekaki. Yelah nak merasa salji di tempat orang pun bila lagi kan. Hopefully area sini pun ada nanti salji macam ni juga.

    ReplyDelete
  4. Huhhh terkejut sis baca title..ingat snow turun kat perak..leh lah sis beralri kat sana nengok...hahaha.
    Bagus ekk ada aktiviti cam ni kat Perak..suka lah orang2 sana, tak yah dah nak naik genting main snow..kat kampung halaman pun dah ada

    ReplyDelete
  5. best ke? sejuk x.. bukak malam ke? hurm.. nk kena gi juga ni.. dekat dah

    ReplyDelete
  6. Mesti Kakak teruja nak main Salji, Bonde pon sebenarnya teruja juga dengar ada Salji Pertama dekat Perak. Tahniah AEON Mall untuk event ni, Nanti buat dekat area KL pula yea atau dekat area Seremban boleh Bonde terjah he he he

    ReplyDelete
  7. Walaupun Malaysia ni panas tetap ada salji hehehe bestnya tengok budak-budak tengok main salji tak buat snowman ker hehehehe jelous kita kat KL ni ada rumah sejuk jer wakakakkaka..

    ReplyDelete
  8. Ala seronoknya dia main Salji. Ika tau Kat Shah Alam ada la.Tak sure pula kat Perak pun ada. Boleh Ika datang sini time hujung minggu!

    ReplyDelete
  9. Hr tu ada juga buat dkt Aeon Wangsa Maju. Tak sempat nak.pergi sbb cuaca kat luar waktu tu panas. Mcm impossibl je nak buat salji time2 skrg panas ni.. tp bestnya tgk

    ReplyDelete
  10. syoknya main salju....heheh ingat real salji dari langit tapi still dapat salji buatan macam ni pun best..nanti kalau sampai perak boleh lah singgah dan bagi anak merasai sendiri bila berada di bumi bersalji.

    ReplyDelete
  11. Wahhhh di perak pon dah ada tempat salji mcm nie. Tak perlulah jauh2 org utra nak menapak ke genting tu kan. Bestnya. Semakin hari semakin banyak tarikan yg berada di Perak. Nanti nk bawak lah sedara mara dtg ke sini satu hri nanti

    ReplyDelete
  12. Wow snowing in Ipoh? I'm so excited to see this, the kids will enjoy activities like that, wish I was there with my daughter she would love it.

    ReplyDelete
  13. Alaaaa kita rasa tertipu bila baca tajuk hahahahha. Dah besar panjang pun masih tertipu lagi dengan tajuk2 macam ni hehe. Kita mati2 ingat memang ada salji betul kat perak, hihi

    ReplyDelete
  14. Oh, benda ni macam roadshow ya? Haritu nampak juga ada event macam ni kat luar AEON Cheras ni.

    ReplyDelete
  15. wahh seronok betul! lain daripada yang lain! Kalaulah dia buat sepanjang tahun, bolehlah cari masa nak bawak adik-adik ke sini juga. Mesti seronok mereka bermain salji walaupun buatan. Tapi dah terlepaslah pula. Huwarghh

    ReplyDelete
  16. Wow snow at Perak. Must be fun and cool. I would love to enjoy it if the snow come to Kuala Lumpur cos so hot at here. Everyone seem enjoy the snow.

    ReplyDelete
  17. Mula2 baca title ingatkan ada masalah kat Perak, tiba2 ada salji. Hehe.. Tapi rupa2nya untuk kanak2. Mesti enjoy kanak2 yang dapat try permainan dan activiti yang ada disitu. Lagi2 kalau hari pergi situ hari panas, mesti syok je masuk ke sini dan enjoy2 main salji.

    ReplyDelete
  18. Wowwww.... Awat la Aeon Rawang xde buat macam nie... Confirm anak Bro teruja nak ke sana selalu... Nak main salji jugakkkk

    ReplyDelete
  19. Waaah, maju betul aeon mall siap ada salji.
    Bertuah budak-budak sekarang, kecik-kecik dah kenal salji.
    Kita dulu gigih kena gi ke genting baru boleh main salji.

    Good job aeon ma

    ReplyDelete
  20. Seronoknya ada snow dekat AEON. Bila nak mai KL. Hahahaha. Anak ruby teringin nak main snow. Nak bawa pi travel tak da masa. Busy sokmo mak dan ayah. Hehe. InsyaAllah kalau ada di AEON kl. Ruby pasti bawa anak2.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us